CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

United melangkah ke separuh akhir Liga Juara-juara bertemu Barca

Manchester United berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan AS Roma dengan aggregat 3-0. Peringkat seterusnya adalah separuh akhir dimana Manchester United akan bertemu dengan satu lagi kelab gergasi eropah iaitu Barcelona. Barcelona dilihat kurang meyakinkan pada kali ini apabila sekadar menang dengan aggregat 1-0 keatas Schalke 04.

Barcelona yang sedang mengalami sedikit kemerosotan daripada segi kualiti permainan dikaitkan dengan merudumnya prestasi bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho. Ronaldinho hanya bermain dalam beberapa perlawanan sahaja untuk musim ini bersama Barcelona kerana mengalami kecederaan dan persembahan hambarnya. Selepas dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab terkemuka eropah, agen Ronaldinho iaitu abang kandungnya sendiri menafikan khabar angin tersebut.

Manchester United pada ketika ini sedang mensasarkan untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-juara Eropah (CL) bagi musim ini. Selepas dikecewakan oleh Portsmouth dalam Piala FA, maka terpadamlah hasrat Sir Alex Ferguson untuk meraikan treble kedua beliau semenjak menjadi pengurus Manchester United. Berdasarkan prestasi Manchester United pada ketika ini menunjukkan betapa cerahnya peluang pasukan gergasi eropah ini untuk merangkul juara bagi kedua-dua kejohanan tersebut.

Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan beberapa pemain lagi sedang menunjukkan prestasi yang meyakinkan untuk membawa Manchester United ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

2 comments:

Admiration and interest were my first feelings when I’ve entered your blog. It is indeed the most remarkable creation I’ve ever seen! Moreover, your manner of writing and the photos are absolutely fine and I think everyone would agree with my words. All this made me immediately add the blog to my links. Thank you very much for such a marvelous web page and I will surely enter it again!

 

Thank you so much for your comment. Can you understand Malay Language? Because I'll be using two languages in this blogspot which are my mother tongue and English. Thank you also for your interest in my blog. =)

 
Related Posts with Thumbnails