CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

BILA BERAS MENJADI BEBAN

Salam pembaca semua! Sejak kebelakangan ini harga barang-barang semakin menjadi-jadi. Semuanya naik. Itu naik ini naik. Rakyat pun boleh naik jugak tapi naik angin. Kerajaan tetap meneruskan usaha untuk cuba membendung harga-harga barang ini daripada terus naik sehingga membebankan pengguna atau rakyat. Akhirnya satu Jawatankuasa Kabinet dibentuk oleh kerajaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan hari ini mereka membincangkan untuk menguruskan kenaikan harga beras ini.

Petang tadi satu keputusan sudah pun dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet itu dan keputusannya adalah harga beras Super Special Tempatan 5 % dan Beras Super Special Tempatan 10 % yang sebelum ini tidak dikawal harganya akan diletakkan harga siling masing-masing pada RM2.80 sekilo dan RM2.70 sekilo.

Harga padi dinaikkan kepada RM750 setan (metrik) berkuat kuasa serta merta untuk membantu ekonomi para petani. Adakah ini keputusan yang bagus? Kita lihat hasilnya nanti.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails