CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

MINYAK NAIK HARGA

Salam pembaca semua! Sekarang ini hangat diberita-berita utama berkaitan dengan kemungkinan kenaikan harga minyak dan diesel di Malaysia sejajar dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. Baru-baru ni kedengaran ura-ura bahawa harga minyak dan diesel akan naik pada bulan ogos ini namun Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ada menyatakan bahawa segala keputusan mengenai bahan api mungkin akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi.

Tajuk berita terbaru yang saya terima menyatakan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (pic), menyatakan bahawa harga bahan api di Malaysia mungkin akan bersandarkan terus pada harga pasaran dunia dan persoalan yang timbul adalah adakah ini menunjukkan rakyat tidak akan lagi menikmati subsidi? Lagi berita terbaru adalah kerajaan akan menimbangkan untuk menggunakan 2 mekanisma subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan "penetapan kuota". Disamping itu pada bulan ogos ini Datuk Shahrir berkata harga kawalan bagi bahan mentah akan dimansuhkan serta merta dengan perlaksanaan dua mekanisma baru ini.

Saya disini ingin menyeru kepada semua bijak pandai diluar sana untuk membangunkan kereta yang tidak bergantung pada petrol ataupun diesel. Jurutera-jurutera sekarang ni makin ramai, ahli-ahli penyelidik pun tak kurang hebatnya. Kita kena terima kenyataan yang sumber bahan api ini tidak akan bertahan lama dan akan habis satu hari nanti. Jadinya teruskan usaha anda untuk membantu menyelesaikan kes ini disamping hanya bermain-main dengan harga pasaran bahan mentah ini dan seterusnya hanya menyusahkan para pengguna.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails