Pesanan ini ingin saya tujukan terutama kepada pengguna tandas awam wanita kerana perkara ini telah dialami sendiri oleh adik saya ketika dia menggunakan tandas awam wanita di Times Square. Ceritanya bermula macam ni, adik saya sedang mencuci muka di dalam toilet tersebut kemudian dia terperasan kelibat seorang lelaki botak sedang menyorok di dalam salah satu tandas. Adik saya terus memanggil seorang wanita dan juga seorang makcik pencuci tandas yang berada di dalam tandas ketika itu. Makcik pencuci tandas itu terus mengejar lelaki tersebut yang cuba melarikan diri dan tidak diketahui lagi apa yang terjadi selepas itu. Lelaki itu dikatakan berlari terus kedalam surau lelaki berserta barang-barang yang dibawa di dalam beg plastik. Perkara ini diberitahu oleh adik saya sejurus selepas saya selesai solat. Adik saya rasa bersyukur sebab tidak menggunakan toilet ketika itu.
Jadi kepada semua wanita diluar sana, tingkatkan langkah keselamatan anda ketika menggunakan tandas awam! Pastikan anda betul-betul rasa secure tanpa sebarang kamera yang memerhatikan anda!
Where to go with kids below 5
-
As much as kids love being with their parents everywhere, they also love
playing and running. Fairuz and I love traveling and exploring. Before we
had 2 ex...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment