CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

EXPECTATION: UTAMAKAN ORANG LAIN ATAU DIRI SENDIRI

Expectation ialah satu perkataan dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud harapan. Harapan pula adalah perkara yang sangat tinggi nilainya bagi semua kehidupan berakal di dunia ini. Tidak kira samada harapan itu diletakkan keatas diri sendiri berasaskan kemahuan sendiri ataupun orang lain. Umpamanya harapan kedua orang tua ke atas anak-anak mereka ataupun harapan rakyat kepada pemerintah ataupun harapan pengikut kepada ketuanya ataupun harapan diri sendiri yang semestinya keatas diri sendiri mungkin disebabkan cita-citanya ataupun lain-lain dan sebagainya.

Bagi saya, sekiranya kita mempunyai sebarang cita-cita yang ingin kita capai dimasa hadapan ataupun pada masa sekarang dan kita mempunyai harapan yang tinggi terhadap cita-cita tersebut, kita seharusnya berusaha kearah kejayaan dalam mencapai apa yang dicitakan tanpa mengikut harapan orang lain. Orang lain mungkin mengharapkan sesuatu daripada kita yang diluar jangkaan kita dan saya menyatakan ini kerana saya yakin setiap orang tahu kemampuan masing-masing. We have our own target in what we want to acheive and we must strive for it! Tapi kena ingat target tu mestilah membawa kebaikan dan mampu membuatkan kita menjadi antara manusia yang berguna. Jangan pula nak jadi penagih dadah!

Jika mak ayah kita mengharapkan kita untuk menjadi Jurutera tapi disebabkan kita tahu kemampuan diri sendiri yang hanya minat pada jurusan kedoktoran, seeloknya kita teruskan dengan harapan diri sendiri itu. Kerana jika kita hendak berjaya semata-mata untuk mengikut harapan orang lain, dimanakah perginya keinginan dan harapan kita sendiri? Jika harapan yang sama bagusla tapi bagaimana kalau harapan yang berbeza?

Seperti saya, saya mempunyai matlamat untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya, ahli perniagaan yang berjaya, seorang speaker motivasi, ahli sukan (bukan wakil Malaysia tapi wakil universiti sude) dan ingin menjadi contoh terbaik untuk sesiapa sahaja lebih-lebih lagi bakal anak-anak saya. Saya semestinya perlu bersemangat dan akan berusaha kearah semua itu! Memang benar kita tidak mungkin dapat kesemuanya tapi who knows the final result better than god? maybe Allah dah tentukan saya berjaya dalam kesemua perkara itu dimasa hadapan dan rezeki kurang pada masa sekarang. Thats why saya mungkin tak pernah dapat deans list la ape la..tapi alhamdulillah saya masih mampu berjaya dalam bidang lain selain akademik dan kejayaan ini tak semestinya terletak pada faktor akademik. Betul tak? Walaupun kejayaan tu mungkin tak seberapa, tapi orang lain tahu ke sejauh mana usaha saya untuk mencapai kejayaan tersebut? I know myself better than everybody. You should know yourself better than anybody.
So guys and girls out there, if you have a very good expectation towards yourself just proceed with whatever you have planned and continue to believe in yourself. Dont forget that you might have to discuss with anybody in order to get a better view but you must decide what is your expectation...not people around you. Make sure your expectation is a good expectation. This will actually level up your self-assurance.

ITS YOUR LIFE...ITS MY LIFE

0 comments:

Related Posts with Thumbnails