CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

UPIN DAN IPIN: ANIMASI 3D TERBAIK BUATAN MALAYSIA!

Apabila mendapat tahu bahawa kartun pendek yang selama kini mewarnai kaca tv di bulan puasa di Malaysia iaitu Upin dan Ipin melayari hampir seluruh pawagam tanahair, saya rasa tertarik untuk melihat sendiri filem animasi 3D buatan anak muda Malaysia ini di pawagam.

Selepas menghabiskan masa selama 1 jam 30 minit di TGV, Jusco Balakong, saya rasa berpuas hati dengan tiket yang dibayar untuk menonton filem ini. Filem animasi terbitan produksi Les Copaque ini ternyata tidak membosankan dan berjaya membawa penonton menjiwai hampir setiap plot didalam filem tersebut.


Dengan jalan cerita yang menarik, penuh fantasi dan lawak jenaka yang melucukan terutamanya hasil daripada telatah lucu Upin dan Ipin serta beberapa ekor binatang seperti ayam dan angsa yang sangat lucu, Geng yang merupakan tajuk ceritanya ternyata berjaya menawan hati setiap penonton.



Karyawan-karyawan muda yang bertanggungjawab dalam menjayakan filem ini adalah Mohd Safwan, Mohd Nizam dan Mohd Usamah Zaid. Walaupun baru pertama kali melangkah ke alam filem animasi dan dengan hanya RM4 juta dilaburkan untuk kos keseluruhan filem, ternyata tenaga yang diserapkan dan dibawa oleh anak-anak muda ini kedalam Geng: Pengembaraan bermula ternyata hebat dan berkualiti.



Namun setiap yang baru itu pasti ada kelemahannya dan setiap perkara yang berkualiti itu masih ada yang perlu diperbaiki lagi. Bagi saya, dengan kemunculan filem animasi 3D ini, sektor animasi di Malaysia mampu untuk berjaya dan menyaingi kehebatan produksi-produksi luar negara seperti Disney dan pelbagai lagi pada masa akan datang. Diharapkan agar pihak produksi Les Copaque akan terus maju dan mengembangkan lagi bakat-bakat Malaysia dan sektor filem animasi tempatan.

6 comments:

wah! dah tengok! seronoknye! we are glad that you enjoyed it. terima kasih atas ulasan/kritikan anda. part mana faveret u? heheeee...

thanks la sebab menonton citer nih.

spread the GENG love ya?

-AddamBlack dari LCP-

 

Ahahaha..best2..mase mule2 start movie la yg paling best cam ayam2 la angsa cross jalan la..hehe.

 

dalam banyak2 u suka angsa dan ayam. memang peka. heheee...

haritu siap ada brader nih tgk 8 kali :| amacam? mau challenge ker??

-AddamBlack dari LCP-

 

pehh...kaya kot brader tu..hehehe. sampai 8 kali tu tak dapek la den..tapi pasni nak beli la citer upin ipin...adik nak tgk..die suke tgk berkali2...hahaha

 

haaa! kalau nak beli, beli yang original. kitorang ada DVD siap. heheee....

-AddamBlack dari LCP-

 
Related Posts with Thumbnails