CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

URUTAN TRADISIONAL THAI: BEST GILER!

Baru tadi saya bersama famili berjalan-jalan di cawangan Jusco terbaru di AU2. sebelum tu saya dah tanya pada ibu saya nak buat refleksoloji nak urut kaki. Kemudian ibu saya cakap di Jusco AU2 itu ada tempat refleksoloji kaki tapi ibu masih belum cuba urutan di tempat tersebut. So kiranya masih belum tahu la kepuasan perkhidmatan urutan di situ.

Namun saya bertekad untuk mencubanya dan apabila tiba di tempat itu yang bernama AROKAYA: HEALTH CENTRE, saya disambut dengan senyuman oleh pekerja disitu dan mereka melayan saya dengan baik. Semua pekerja adalah dari Thailand termasuk dengan bos dia yang jadik cashier. Disitu terdapat pengurut lelaki dan wanita. Soal kebersihan dan keselesaan memang memuaskan hati. Dengan udara yang sejuk, kerusi yang sedap beserta bantal dan selimut yang disediakan, bilik-bilik kecil juga disediakan bagi yang ingin mengurut badan. Suasana di dalam premis mengurut itu sangat selesa dan nyaman ditambah dengan alunan lagu Thai yang mendamaikan.

Mengenai pakej-pakej yang disediakan, terdapat 4 pakej kesemuanya. Pakej pertama ialah terapi badan dan harga adalah RM50 untuk 1 jam, RM70 untuk 1 jam 30 minit, RM90 untuk 2 jam. Pakej kedua ialah Upper body therapy dengan harga RM40 untuk 40 minit. Pakej ketiga ialah urutan kaki atau foot reflexology dengan harga RM 50 untuk satu jam dan pakej keempat ialah full body therapy dengan harga RM80 untuk 1 jam 30 minit.

Perkhidmatan urutan yang disediakan amat memuaskan dan saya sendiri berasa amat cergas selepas habis mengurut. Badan dan kaki terasa ringan dan otot-otot badan berasa rilek. Saya memilih pakej ketiga iaitu urutan refleksoloji kaki dan selepas tamat urutan kaki saya diberikan bonus 10 minit urutan upper body.

Secara keseluruhan memang syok! Lepas ni nak pergi lagi! yey!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails