CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

BAGAIMANA NAK SURVIVE DALAM KARIER ANDA ?

Aku sekarang ni sebenarnye tengah duk menaip2 modul untuk Aviation Management College. Ada lagi 130 pages yang aku kene buat...huhu...CHayoyok Muazan!! Kalau satu hari aku target buat 10 pages, insya-Allah aku dapat habis kan dalam 13 hari lagi.....yeah!

Tapi sekarang ni aku nak share ngan korang camne nak survive dalam karier. Kalau kita dah kiok dalam karier kita memang jawabnya susah lah nak survive dalam hidup ni lebih2 lagi karier kita tu la yang menjana pendapatan untuk kita.

Ya, memang aku tak mula kerja lagi pun. Karier pun takda lagi. Tapi daripada apa yang aku dah baca dan berdasarkan pemerhatian aku, antara cara untuk kita boleh survive dalam karier kita dan at the same time ingin improvekan skill kita adalah dengan cara double kan bidang anda atau pelajari pelbagai teknik dan kemahiran selain daripada apa yang korang usahakan sekarang.

Double kan bidang anda bermaksud, jika anda seorang pelajar ijazah muda kejuruteraan awam (cam kes aku la)...pastikan selepas ni korang amik plak master dalam bidang perniagaan atau MBA. Aku bercadang untuk sambung amik MBA. So hopefully harapan aku tu berjaya dicapai! Sebab apa double? Sebab, kalo korang perasan...sekarang ni kalau korang nak apply kerja sebagai contoh aku la...amik kejuruteraan awam, kalau nak apply kerja, ramai je yang ada ijazah muda kejuruteraan awam tapi masalahnye sekarang bakal majikan nak seseorang yang unik dan lain dari yang lain. So at least kalo korang ada double (pastikan yang berkait la..jangan amik degree civil engineering ngan sijil kulinari sude), korang ada harapan cerah untuk impress kan bakal majikan korang.

Pelajari pelbagai teknik dan kemahiran. Skang ni majikan nak pilih pekerja sangat susah pasal ramai sangat yang apply. Tapi benda ni akan jadi lagi senang bile dorang nampak seseorang yang banyak kemahiran dan lain daripada yang lain. Pelajari kemahiran2 macam bagaimana untuk berhubung dengan orang lain (penting!), NLP (neuro linguistic programmimg), belajar cara pengurusan kewangan, dan banyak lagi!

belajar menyanyi tak masuk k....tapi kalo nak belajar gak okey je...cume pastu korang leh la masuk akademi fantasia yang makin bosan tu..hehehe

0 comments:

Related Posts with Thumbnails