CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

KRISIS EKONOMI GUA

Aku kini menghadapi krisis ekonomi seperti yang pernah aku alami sebelum-sebelum ini. Bila datang masalah ni aku mula pikir, macam mana aku nak berbelanja? Macam mana aku nak menabung? Macam mana nak melabur? Dengan nak bayar duit kereta, servis kereta, makan minum, peralatan keperluan diri, telefon, pelaburan dan sewa rumah yang sudah meningkat gara-gara ada orang lama yang sudah berhenti menyewa....semuanya akan ditolakkan daripada elaun yang aku dapat setiap bulan. Elaun yang menjadi punca rezeki ku untuk terus hidup sebagai pelajar.

Elaun yang aku dapat inilah yang aku akan bayar duit kereta, duit sewa rumah, duit itu duit ini dengan perbelanjaan harian lagi. Nak kata aku buntu nak buat camna nak tambah duit tak jugak pasal macam-macam aku pikir skang ni. Maksudnya idea itu masih ada dan belum kering lagi.

Cuma keputusan aku sahaja yang akan menentukan hala tuju aku dan hasilnya selepas ini disamping keredhaan yang Maha Esa. Tuhan yang memberi rezeki. Semoga dimurahkan rezeki aku untuk hari-hari yang akan datang. Insya-Allah dan Amin~

Perlukah aku bekerja part time seperti yang aku buat pada pertengahan tahun lepas iaitu bekerja di Manhattan Fish Market, Alamanda dan MMU, Cyberjaya sebagai picture cropper atau membuat business? Aku sudah ada business tersendiri tetapi aku juga mahu membuat business lain. Modal diperlukan. Jadi aku perlu membuat sesuatu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails