CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

NAK JADI JUTAWAN? JOM!

Sejak dari Jumaat minggu lepas, aku dah target nak pergi join himpunan manusia yang aku yakin ramai gila kat PWTC.

Kenapa? Ada apa kat situ?

Ya, disitulah tempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa dimana ianya akan menjadi syurga buku dikalangan pembaca-pembaca buku mahupun komik. Dengan tawaran harga yang sangat hebat sehingga mencecah 80% discount...sape yang tak nak? Rugi kalau tak rebut peluang ni.

Banyak participant yang datang macam daripada Karangkraf, Alaf 21, True Wealth Sdn Bhd, Telaga Biru, MPH dan banyak lagi!( Aku sebut yang mana aku tau je la pasal aku baca buku dorang)

So aku takmo melepaskan peluang ni untuk membeli buku-buku motivasi dan perniagaan yang aku dah aim daripada dulu! Buku-buku seperti Jutawan dari Planet Jupiter hasil tulisan pakar kewangan Malaysia, Azizi Ali dan Perniagaan Internet hasil tulisan Irfan Khairi merupakan buku-buku yang aku beli. Buku tulisan Irfan Khairi je dah ada 3 yang aku beli sejak tahun lepas macam Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, Nota Jutawan Nota Motivasi, Nota Jutawan Nota Perniagaan dan juga buku 'legend' tulisan Andrew Carnegie yang bertajuk Bagaimana Mempengaruhi Seseorang dan Mendapat Kawan. Alhamdulillah semua buku tu aku dah habis baca tapi masih kena baca banyak kali untuk memperbaiki diri dan mendalami ilmu-ilmu tersebut. Baca sekali je memang tak berkesan la. Bak kata Dr Haji Fadzillah Kamsah, kena baca 21 kali baru masuk kepala! WOOoOo~

So tadi aku dah borong 5 buku motivasi dan perniagaan disamping bakal menjadi antara buku rujukan aku untuk menjadi jutawan dan bagaimana menguruskan kewangan. Borong beb! Lepas aku dah baca buku2 camni baru aku tau, untuk jadi millionaire kita kene banyak baca buku-buku camni. Samala cam blajar engineering ke medik ke. Baru leh berjaya. Kalau setakat 10 buah buku je baca tak cukup. Nak kena beratus-ratus malahan beribu kalau boleh. Kebanyakkan jutawan dan orang berjaya didunia ni pasal diorang banyak baca buku-buku motivasi dan perniagaan dan bukan buku PORN! So Porn tak leh masuk. Hahaha.

Antara tips untuk menjadi jutawan adalah, kita tak semestinya kena berniaga untuk menjadi jutawan. Kerja makan gaji pun boleh cuma lambat la progress jutawan dia. Pasalnya, kita kena selalu menabung. Bayangkan kalo kita dapat duit sebulan RM20 000 tapi belanja sampai RM18 000 pastu kite bandingkan ngan orang yang gaji RM5000 pastu belanja RM2000....sapa yang dapat buat saving lebih? Its not actually the matter of how much you get but its the matter of how much you spend your money. That important......

Apa kata anda?

2 comments:

heheh..smgt nyee..jumla dtg PJ..MPH pn buat sales...clearance..=)

 

@budaktembam: waaa...terbaek! tapi duit dah habes..hahaha..kene tunggu ada duit dulu baru buat next borong..hahaha XP

 
Related Posts with Thumbnails