CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

SUASANA ZAMAN PRAKTIKAL KU

Hari ini dah masuk 3 hari aku menjalankan tugas sebagai seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam Universiti Tenaga Nasional yang mengikuti sesi praktikal selama 3 bulan bermula pada 6 April 2009 hari tu sehingga 26 Jun 2009.

Aku mungkin berpraktikal disyarikat kepunyaan ayah aku namun aku tetap jujur, amanah dan berdedikasi(hohoho) terhadap segala tanggungjawab yang diberikan sebagai pelajar yang sedang berpraktikal iaitu.....melihat, belajar, memahami, menulis laporan, menyediakan laporan harian praktikal dalam log book dan membantu syarikat dalam bidang keupayaan aku.

Dalam praktikal ni, aku tak perlu membuat kerja yang berat2 seperti membuat formwork atau pun memotong kayu sebab semua tu pak-pak indon yang buat. So aku hanya memantau mereka dan melihat perkembangan arus pembinaan rumah-rumah untuk projek terbaru TPG Resources Sdn Bhd.

Masih banyak lagi yang aku perlu perhatikan dan belajar. Tapi semua itu boleh aja dilaksanakan.

sumanya bisa diatur! (dah macam wak indon dah cakap..hohoho)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails