CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

VIDEO GAME TERBAIK AKU SO FAR!



Hari ni hari Sabtu, hari untuk merehatkan diri dan mendapatkan hiburan selepas penat membuat kerja-kerja pada hari weekdays. So bila dah sebut pasal hiburan ni, dalam otak aku, selain dengar muzik, tengok movie, window shopping, layari internet and so on, aku nak sebut pasal bermain video game.

Aku suka main video game dan untuk pengetahuan korang, video game ni sebenarnya tak elok kalau dah main selalu (tak ingat dunia). Nak main skali skala ok la untuk lepas geram asyik study ke, bekerja ke. Aku tak rasa la yang video game ni pemusnah hidup. Cuma yang memang fakta is kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah janganlah manjakan sangat diorang dengan video game pasal boleh menjejaskan corak pemikiran diorang dan pemikiran diorang tidak akan berkembang.

Untuk aku pulak, aku sebenarnya banyak jugak belajar daripada video game ni. Sebagai contoh, belajar bahasa inggeris. Kebanyakkan game macam Resident Evil dan Silent Hill banyak menguji pemikiran melalui puzzle-puzzle yang kita kena settlekan untuk nak proceed to the next round and another thing is game-game tu dalam bahasa inggeris. So kalau aku encounter perkataan-perkataan yang aku tak pernah dengar or tak paham, aku akan bukak kamus. So aku dah belajar something betol tak?

Resident Evil (RE) adalah game terbaik aku dan yang paling aku suka dalam kategori game adventure. First RE yang aku main was RE 2, pastu RE 1, RE 3 dan RE 4. Yang mana aku pernah main ni are PC version. Yela, sekarang ni kebanyakkannya dah kena tru PS 2 la, PS 3 la, X- Box la. Aku mana ada duit nak beli konsol-konsol tu. Nama-nama macam Chris Redfield, Jill Valentine, Claire Redfield, Leon S. Kennedy dan Albert Wesker adalah legend dalam game tu.

Terbaru diorang ada buat movie kartun 3D Resident Evil yang bertajuk Resident Evil: Degeneration. Filem tu pun terbaik. Cuma filem yang Hollywood buat je dah jauh terpeson daripada jalan sebenar. Harap watak je nama sama. Dahla heroin dia takde pun nama dalam game RE series. Menghampakan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails