CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

BAGAIMANA UNTUK BERPINDAH DARIPADA WEB HOSTING YANG LAMA KE YANG BARU

Seperti kamu-kamu di luar sana...aku yakin ramai yang tak tahu pasal perkara ni which is berkaitan dengan pemindahan web hosting yang lama (tapak web site anda) kepada web hosting yang baru.

Oleh itu aku akan kongsi maklumat tu dengan korang dan aku dapat maklumat ni daripada laman web jutawan internet Malaysia terkenal which is Dr. Irfan Khairi (gambar)! Berikut adalah cara-caranya...

Kalau anda menjalankan perniagaan Internet, atau mempunyai blog atau laman web, ada kalanya anda perlu berpindah server. Server yang lebih baik untuk menampung kapasiti aktiviti laman web anda. Ini yang terjadi pada IrfanKhairi.com apabila webhosting lama (A) sudah tak larat nak menampung IrfanKhairi.com. So, saya berpindah ke webhosting (B) baru.

Berikut adalah proses berpindah webhosting untuk pengetahuan anda…

  1. Webhosting syarikat A akan menghubungi anda untuk beri tahu mereka dah tak dapat menampung kapasiti laman anda. So, anda perlu cari webhosting lain. Saya pun mendapatkan webhosting syarikat B.
  2. Sering kali webhosting syarikat B akan membantu dalam proses pemindahan. Kerana mereka dapat ‘business’ :) . Anda juga boleh request perkhidmatan Web Host Migration ini.
  3. Syarikat B akan backup semua file dari syarikat A. Anda perlu beri username dan password anda kepada syarikat B. Mereka akan pindahkan semua file ke server baru (B).
  4. Take note, pemindahan file sahaja berlaku sehingga kini. Nama domain (IrfanKhairi.com) belum lagi pindah…
  5. Anda perlu pindahkan domain name (IrfanKhairi.com) supaya ditujukan ke webhosting B pula
  6. Untuk domain name pula, anda perlu mengubah NAMESERVER domain name dari A kepada B. Untuk mengubahkan nameserver, anda perlu login ke akaun domain name management anda (berbeza dengan akaun webhosting).
  7. Ubahkan nameserver kepada nameserver baru (di beri oleh syarikat B… kalau tak, anda perlu minta)

Beri beberapa masa… dan viola! Proses pemindahan pun selesai :)

*Sebenarnya, langkah 2 & 3 di atas boleh dilakukan oleh anda sendiri. Melainkan, sekiranya anda mempunyai pelbagai script/program/database atau tak ada masa melakukannya, minta perkhidmatan “Web host migration” ini dari webhost baru anda. Sering kali percuma… adakalanya mereka charge.

Didapatkan dari www.irfankhairi.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails