CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

CABARAN MENANTI MINGGU HADAPAN!

SEMOGA BERJAYA & JUST DO IT! (pinjam NIKE nye moto)...itulah ungkapan yang aku selalu katakan pada diri ku hampir setiap hari. Ungkapan itu juga merupakan antara kata-kata yang menjadi pembakar semangat untuk jiwa ku ini. Selalunya, untuk berjaya kita perlu mempunyai nilai motivasi diri pada tahap tertinggi demi untuk mengiringi jasad dan rohani kearah kejayaan yang ingin dikecapi yang diyakini bukan senang untuk dicapai.

Tak kira la samada masa peperiksaan akhir tahun ke, quiz ke, asessment di kelas ke, amik lesen JPJ ke, bukak perniagaan ke, baru nak start kerja ke, nak kawen ke, macam-macam lagi la. Semua itu memerlukan nilai motivasi yang tinggi untuk menjamin kejayaan setiap individu.

So, nak dijadikan cerita next week merupakan antara hari genting aku pada tahun ini apabila MASUM yakni Majlis Sukan Universiti Malaysia 2009 akan memulakan kempen pertandingan rowing di tempat yang sama setiap tahun iaitu di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8, Putrajaya.

Kejohanan ini pasti menggamit perhatian ramai pihak apabila semakin banyak universiti yang ingin menceburi bidang rowing ini. Oleh itu, pertandingan kali ini dilihat lebih kompetitif berbanding dulu.

Pasukan aku which is from UNITEN dah training for 2 weeks...walaupun nampak cam tak cukup training namun sebenarnya semua itu berpunca daripada rintangan-rintangan yang mendatang sebelum kami berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan....kali ni aku mau EMAS!!

Oleh itu, dalam situasi-situasi genting seperti ini...nilai motivasi perlu tinggi seiring dengan semangat juang yang kental!!

Ini adalah MASUM terakhirku sebelum aku meninggalkan dunia sukan rowing di peringkat Universiti~ wuwuwu

aku (cangkung 2 dari kanan) masa menang Bronze untuk URI

APA YANG PENTING????

KERJASAMA!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails