CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

iBUKU

Kedengaran suara bayi menangis di sebuah rumah usang yang terletak sejauh 20 km dari sebuah bandar di salah sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia. Tangisan bayi tersebut tidak mampu didengari oleh orang lain memandangkan kawasan penempatan bayi itu tidak mempunyai ramai penduduk dan kebanyakkan penduduknya hanya suka membuat kerja masing-masing tanpa menghiraukan jiran-jiran mereka dan mereka juga tinggal dalam keadaan daif dan miskin.

Bayi itu tinggal bersama ibunya yang telah kematian suami sejak 7 bulan yang lalu bersamaan 11 bulan selepas kelahirannya. Ibu yang juga seorang wanita tabah itu terpaksa hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang sejak suaminya pergi buat selamanya akibat serangan kanser hati. Demi mencari sesuap nasi untuk anak yang tersayang, ibu tabah tersebut sanggup meredah hutan untuk mencari apa jua sumber makanan yang boleh dimakan dan mencari nafkah dengan membuat tikar mengkuang. Hasil yang diterima tidaklah sebanyak mana, hanya RM10 seminggu kerana tikar mengkuangnya tidak berapa digemari orang lain. Yang membeli hanya kerana simpati.

Tinggal di sebuah rumah usang dengan atap zink yang sudah berlubang-lubang, ibu tabah tersebut hanya mampu menyelimutkan bayinya dengan sehelai kain yang amat nipis demi untuk mengelakkan anaknya daripada kesejukkan apabila hujan mula turun. Setiap kali hujan turun, tidak pernah sekalipun air hujan tidak pernah berhenti daripada menitik masuk kedalam rumah usang itu dan membasahi setiap ruang permukaan lantai rumah tersebut.

Tidak ada apa yang mampu dilakukan oleh ibu tabah tersebut untuk mengubah nasib mereka. Usaha sudah dibuat dan apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa.

Sehinggalah pada suatu hari, ibu tabah tersebut bertekad untuk pergi ke bandar yang jaraknya 20 km itu dengan menaiki basikal lama kepunyaan arwah suaminya. Niatnya ke bandar itu adalah kerana untuk meminta bantuan Jabatan Kebajikan. Bayinya ditinggalkan dengan seorang jiran yang sudi membantu dalam menjaga bayi tersebut selama ketiadaan ibunya.

Kata-kata wanita tersebut kepada anaknya

"Jangan nangis ye nak. Ibu pergi tak lama. Semuanya untuk masa depan kau. Ibu berjanji yang ibu akan pulang untuk mengambil kau sebaik sahaja urusan ibu selesai di bandar"

Sesudah itu, wanita itu terus berangkat ke bandar menaiki basikalnya sambil menangis kesedihan kerana mengenangkan nasib dia dan anaknya. Tangisan kuat anaknya terpaksa ditempuhi walaupun hatinya berat untuk meninggalkan anak tunggalnya itu. Air mata mula mengalir keluar dan membasahi pipinya. Namun tiada apa yang mampu dilakukan lagi selain perjuangan yang ini. Keputusan sudah dibuat dan perjalanan pun sudah bermula.

Sepanjang perjalanan, wanita itu hanya mampu menangis tatkala cuaca yang amat panas. Kehidupannya yang serba kekurangan serta tidak mampu melihat anaknya kelak susah seperti dirinya membuatkan beliau cekal untuk terus mengayuh ke bandar walaupun ribut kuat melanda. Hujan lebat mula turun menggantikan sang panas yang baru berkuasa sebentar tadi.

Sambil berkayuh, pemikirannya tidak lekang daripada memikirkan perihal anaknya.

Namun...

Dengan perjalanan yang hanya berbaki 4 km itu daripada Jabatan Kebajikan yang berdekatan, seorang pemandu kereta yang tidak bertanggung jawab kerana memandu laju terlanggar ibu tersebut dari belakang. Wanita itu tercampak ke tengah jalan. Basikalnya remuk teruk dan orang ramai mula berlari kearah wanita tersebut untuk memberikan pertolongan. Pemandu kereta tadi muka ketakutan dan terus memecut laju keretanya tanpa sempat orang ramai mengejar.

Kini, wanita tabah itu hanya mampu terbaring lemah di atas jalan yang basah dan hujan yang turun tadi menjadi semakin lebat. Darah mula mengalir keluar daripada mulut dan hidungnya. Wanita itu sempat menyebut beberapa kali nama anaknya sebelum diakhiri dengan menyebut dua kalimah syahadah sebelum pergi buat selamanya.

Kini tinggallah bayi itu seorang diri menangis dan terus menangis sehinggalah masa untuknya mengetahui bahawa kedua ibu bapanya telah pergi buat selamanya tiba satu hari nanti.

Janji ibu kepada anaknya tadi gagal ditunaikan kerana tuhan lebih menyayangi ibu tabah tersebut.

Mati tidak mengenal masa dan tempat.

Oleh itu, hargailah ibu kita sementara mereka masih ada. Sayangilah mereka seperti mana kita dikasihani oleh mereka dan peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara kita sewaktu kita masih kecil.

Sempena hari ibu ini.....HAPPY MOTHERS DAY to my mom and to all mothers in the world!


Hasil nukilan dan ikhlas daripada,

Muazan Mohsin

1 comments:

sian baby tu..jom kita adopt!

 
Related Posts with Thumbnails