CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

GUA KECEWA

Baru tadi gua menyaksikan perlawanan Community Shield 09/10 diantara dua gergasi bola sepak dunia iaitu Chelsea dan Manchester United. Perlawanan tersebut berkesudahan 2-2 untuk 90 minit perlawanan dan akhirnya memihak kepada Chelsea apabila mudah menewaskan Manchester United dalam pusingan penalti 4-1.

Apabila menyaksikan perlawanan itu, gua rasa sungguh kecewa dengan prestasi beberapa pemain Man Utd dan secara jujurnya, pada malam ini, gua berasa amat bosan dengan corak persembahan pemain United secara keseluruhan.

Pendapat peribadi gua, gua merindui sentuhan Cristiano Ronaldo dan Tevez. Tanpa mereka gua ada nampak kekurangan corak permainan. Gua sukakan larian pantas Ronaldo dan Tevez. Tapi nak wat cane...life goes on. Walaubagaimana sekalipun, gua masih yakin dengan kredibiliti dan keupayaan United untuk merangkul kejuaraan liga 4 kali berturut-turut dan kalau boleh bawak balik skali semua piala yang dipertandingkan pada musim ni.

Kasi tutup mulut penyokong Arsenal, Liverpool dan Chelsea~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails