CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

TRUE STORY: KEJADIAN PECAH MASUK DI BILIK AKU DI RUMAH AKU

Baru je beberapa hari lepas aku cerita pasal kes rompakan di rumah dekat area Taman Maluri, Cheras. Tapi hari ni aku pulak yang kena. Habis aku punya handphone yang aku tengah charge dalam bilik kena rembat beserta dengan beberapa keping RM10 dalam wallet aku dan siap duit indon and singapore pun dia kebas..sial betol. 

Kalau aku cerita camne si Babi tu mencuri pun korang mesti terkejut. Bayangkan dia masuk rumah aku dan lalu je depan aku dan masuk bilik aku (terletak di tingkat bawah) dan ambil handphone aku (tengah charge) dan seluk wallet aku dan ambil 3 keping RM10 dan duit2 negara lain.

Masa dia lalu je depan aku plak, actually aku tengah tidur di tingkat bawah di ruang tamu semasa belajar subjek Foundation dan aku hanya perasan ada orang masuk masa dengar pintu rumah aku terbukak. Pastu aku pikir housemet aku yang bukak pintu pasal dorang ada kat rumah dan aku pun tidor la balik.

Bila aku bangun balik dan pelik pintu rumah aku masih belum tertutup aku pun pi la tutup pintu. Lepas tu bila aku masuk je bilik aku, aku sedar ada Babi masuk pasal handphone aku hilang dan duit dalam wallet pun hilang. 

Nasib baik si Babi tu tak angkut skali laptop aku, tabung aku, wallet aku (ambik duit je), printer aku dan sebagainya. 

Apsal dia tak angkut aku je masa aku tidor tu? Boleh la bila aku sedar aku terus terajang dia masuk lubang kubur.

Baru tadi aku telah melafazkan sumpah, bukan sumpah kat dalam court mahkamah, tapi sumpahan yang akan membuatkan si Babi yang mencuri barang-barang aku mati pukul 3 petang nanti.

So sekarang aku nak tenangkan diri aku (aku masih rasa bersyukur pasal dia tak angkut sume barang aku) dan study macam biasa pasal esok ada final exam yang terakhir untuk semester ni.

Lepas ni aku perlu lebih berhati-hati pasal THE END OF kedatangan si Babi tadi kemungkinan besar menjadi THE BEGINNING OF babi yang sama untuk datang 'menvisit' balik selepas dia dah tahu rumah aku ada banyak lagi barang yang boleh diambil.

Enuff said...I want to go back to work as a student now

2ND DAY FINAL EXAM: REINFORCED CONCRETE II (PREPARATION AKU)

Hari ni adalah juga merupakan hari kedua final exam aku dan subjek yang akan ditempuhi adalah subjek killer TERBAEK sem ini (Padahal sume cam killer je) iaitu RC II atau REINFORCED CONCRETE II.

Subjek ini diajar oleh lecturer aku yang berasal dari Iraq dan orang nya sangat la berdedikasi pada kerja. WoOoOO~ Hidup Dr. Bashar!

So, dalam post ni aku tak nak citer pasal dia. Aku nak citer pasal preparation aku untuk 2nd day final exam. Semalam tepat jam 10 mlm aku dah memulakan ulang kaji bersama teman-teman perjuangan geng lempeng dan yang lain. 1st phase cam biase kat COE Uniten dan 2nd phase menyusul tepat jam 2 pagi di port kedua geng lempeng iaitu restoran Yus sambil melahap lempeng cicah kuah sardin.

Kami belajar sampai otak kami jadi tepu dan tepat jam 3 kami bersurai dan pulang kerumah masing2. 

Semalam paper final secara conclusion nye adalah Tak Terbaek...namun diharapkan hari ni dapat lah Terbaek!

Chaiyok!


Grading Geng Lempeng (GGL)

A- > A  = Terbaek

B- > B+  = Tak Terbaek

C- > C+  = Tak Terbera*

E > D+  = Terbera*

ADA APA DENGAN HARI INI?

Hari ni adalah antara hari yang dinanti-nantikan oleh aku setiap tahun disamping hari jadi aku, hari raya, puasa, hari cuti, hari-hari, harikrishnan, hari ulang tahun percintaan aku yang dah masuk 3 tahun tahun ni and siap sama lagi tarikh ngan besday Jason Vorhees Friday the 13th dan hari bumi!

Hari ni adalah hari dimana...


Lesen memandu aku dah mati => demn, kena renew lesen la pulak.


&


Hari Jadi orang kesayangan aku!


Happy birthday yang ke 23tahun sayang! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga segala apa yang kita berdua hajatkan tercapai!

Amin...



Just for you~

JUARES BERLAKON DAN BERBULU : APAKAH?

Haha..korang mesti nak tau apa yang aku nak sampaikan btol tak? (especially bro juares..hahaha)

Kalo korang nak tau lebey lanjut,

sila la klik sini 

Cuba cari dimana Juares dan lihat dengan mata kepala anda sendiri...


kalau tak bley yang kat link atas atau kalau anda surf dari apartment Uniten yang sedia maklum internet lembab, 

ada boleh klik sini


PERINGATAN KEPADA PENGGUNA MAYBANK2U : AMBIL PERHATIAN!

Aku sebenarnya baru je lepas menunaikan solat hajat dan solat Isyak alhamdulillah, namun ada perkara yang mengganggu pemikiran ku sekarang. 

Apakah perkara itu?

Sebelum aku solat, aku saja lah nak bukak email MPP aku, dan aku dapati terdapat beberapa email spam yang dihantar dan aku pun saja la click SPAM nak ushar apa yang ada dalam tu. Lepas aku click je, aku nampak ada title lebih kurang cam MAYBANK2U: ONLINE RISK.

So lepas je aku click kat email tu, aku pun baca la email tu. Berikut adalah initipati email tersebut, perhatikan:

Dear maybank2u Account Holder,

    Maybank2u would like to inform you that an increased number of merchants and ATMs in your country have experienced data compromises of payment cards used in their stores and at their ATMs, and that your funds may be at risk.  To protect yourself, please follow the next steps :

   * Log in into maybank2u online account 
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
   * You must request for TAC online via maybank2u - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
     ( you can find the "request a TAC" button in the right menu of your account "Utilities" )
   * Logout from your maybank2u account and close the browser.
   * When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, open the form attached to email and submit the requested information
     ( Account user ID, password and TAC )

    Please allow 48 hours for processing

Thank you,
maybank2u Risk Management Department


Lepas je aku habis baca, aku pun teringat yang aku pernah dengar dalam radio kata yang Maybank tidak akan sekali-kali meminta perkara-perkara penting cam TAC, ID siap ngan password lagi especially tru email. 

So aku jadi PANAS jugak cam member aku!

Ini macam sindiket penipuan je! Yelah, memang nampak sangat dorang nak kita nye password, ID and TAC. Buat apa dorang still mintak padahal dorang boleh je check kat system dorang ID and password kita. 

So apa pendapat korang??? Perlukah kita mempercayai benda ni?

Bagi aku, aku takkan percaya benda ni sampai bila-bila. Kalau ada apa-apa urusan pasal bank, aku akan jumpa sendiri pegawai tu FACE 2 FACE.

Aku secara peribadi harap korang jangan percaya dengan email-email cam ni...OKEY!

Roger n out!

1ST DAY FINAL EXAM: HIGHWAY & TRANSPORTATION ENGINEERING (PREPARATION AKU)

Sekarang dah masuk pukul 3 pagi. Aku baru pulang dari menuntut ilmu bersama rakan-rakan seperjuangan di Uniten untuk fasa pertama (pukul 9.45pm - 12.30am) dan fasa kedua (pukul 12.45am - 3.00am) di Restoran Yus sambil makan lempeng cicah kuah sardin...sedaaapppp~

Pada sesi kali ini, kami (Aku, Ad, Sob dan Amar) telah menfokuskan 100% pada paper yang akan kami tempuhi esok iaitu Highway & Transportation Engineering. 

Otak seperti sudah tepu kerana cuba anda bayangkan, subjek yang diajar selama 4 bulan dengan nota yang sangat tebal dan menakutkan, aku berjaya revise semua dengan jayanya selama 3 hari saja (Yg efisien). So otak aku boleh dikatakan tepu la jugak.

So lepas ni aku nak solat Isyak, Solat hajat, bercanda bersama orang tersayang dan akhir sekali...

TIDO...

Mari kita mulakan dengan langkah kanan!

Doakan aku dan rakan-rakan berjaya!

AMIN..

MY FINAL EXAM =/= MY FREEDOM

Hari ni dah bertungkus lumus memasterkan diri untuk subjek Highway & Transportation Engineering. Mana taknya, antara nota yang paling tebal adalah nota subjek ni la. Psycho aku dibuatnya.

Nasib baik ada soalan past semester final exam. So leh la buat reference sket-sket dan dapat gambaran awal la jugak camne bakal soalan yang akan datang Ahad ni. Group study aku plak memang terbaek pasal study-study-study last skali mesti ditutup dengan melepak di kedai Yus dan melayan lempeng panas cicah kuah sardin pada pukul 4 pagi.

Final exam aku start Ahad ni dengan subjek Highway & Transportation Design, disusuli dengan Reinforced Concrete Design II pada hari Isnin dan Foundation Engineering pada hari Rabu. Lepas tu plak nak kena fokus kat projek group RC plak siap kena buat report and presentation. 

Bila dah setel semua benda-benda ni aku nak buat MOVIE MARATHON dengan member-member aku. Hahaha! Best siot~ 

Bile la nak menjelma saat-saat gembira seperti ini? Aku nak layan movie Knowing, Unborn, Fast & Furious dan sebagainya. Huhuhaha

Korang plak camne? Layan~

Aku nak tido skang!

PEROKOK = LEMBU : KENYATAAN TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT

Selepas aku membelek-belek blog rakan-rakan seperjuangan aku, aku pun terus meng'click' website Berita Harian, antara sumber berita elektronik aku kat internet ni. Selepas mata aku meliar mencari tajuk-tajuk best selain politik dan perang, aku pun ternampak tajuk berita yang hot ini...




Perkara ini telah menarik perhatian aku untuk membaca isi kandungannya dengan lebih mendalam...berikut adalah isi kandungan bertia tersebut...

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. 

Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. 

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). 

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. 

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.


Secara peribadi, aku rasa merokok itu jugak tidak elok untuk kesihatan namun masing-masing ada pendapat masing-masing...


jadi apakah perspektif pandangan anda?? Mari BERFORUM & BERDIALOG....

TRUE STORY: KEJADIAN ROMPAKAN DI RUMAH DI TAMAN MALURI CHERAS

Aku baru dapat video ni daripada si Dia pada pagi tadi sebagai peringatan ataupun reminder kepada aku bahawa walaupun anda di rumah anda, anda masih dalam bahaya. Berkemungkinan untuk dirompak, dibunuh, dan di apa saja...semuanya tidak mustahil boleh berlaku. Terima kasih sayang saya kerana prihatin =)

So kalo korang nak tau apa cerita disebalik "TRUE STORY" aku pada kali ini...sila lihat video dibawah. Perhatikan~

Jagalah diri anda walau di mana sahaja anda berada kerana yang pasti di mana-mana sahaja ada bahaya...

WooOoOoO~

video


HELL WEEK : 8KM RUN AT PUTRAJAYA

Partner aku dah bukak cerita pasal aktiviti kami petang tadi dalam blog die dan aku pun nak bercerita jugak perkara yang sama dengan korang..hehe.

Kami berjaya mengharungi jarak lebih kurang 8 KM bermula dari Kelab Tasik Putrajaya dan berakhir juga di Kelab Tasik Putrajaya. Minggu lepas kitorang lari kat Putrajaya gak tapi jarak cuma 5.6 KM je so this time we have decided to take new path which is longer than before.

Alhamdulillah, after we ran all out we have finally managed to finish the running session in 50 minutes. Not bad for 1st trial..haha

Skarang ni aku suka untuk mencabar diri aku sejauh mana aku mampu pergi. So aku nak test lagi dengan jarak yg sama tapi dengan timing yang baik lenkali.

Kami nak masuk Duathlon! WoOoOo~


EXAM WEEK = AKU NAK LARI MASUK KEDALAM TV = KENAPA? TAK PERCAYA?

Bila tiap-tiap hari asyik menghadap buku dan nota-nota subjek semester ni sehingga 8 - 10 jam lamanya setiap hari tanpa gagal, aku terasa seperti mahu melarikan diri buat seketika semata-mata untuk menghiburkan hati. 

Bukan lari-lari cam jogging ke apa, itu sudah tentu aku buat setiap minggu dan setiap hari dengan partner aku En. Ad dan kadang-kadang aku layan sorang, tetapi nak melarikan diri daripada kesebukan kota...eh...kesebukan persediaan final exam ku ini.

So aku terpikir nak lari masuk TV..bukan berlakon dalam TV tapi masuk dalam TV..jangan salah paham plak. Aku nak masuk TV......

Kalo cerita The Ring, antoo dia suka keluar TV......tapi aku nak buat kelainan dengan masuk TV plak...hoho..amcam?? Ade bran??

Lu orang takot tak?? hohoho....


SAYANG TARIK SAYANG : BENCI TARIK BENCI => MANA KORANG SUKA?


Aku nak share something ngan korang. Tadi aku baru dengar kat radio Era masa Dato' Dr Fadzillah Kamsah nye sesi ceramah ringkas. Kali ni topik dia pasal tarik menarik...bukan main tarik tali dan bukan main tarik kereta cam orang yang tak bayar duit sewa kereta dia tu lepas tu kena tarik ataupun main tarik rambut.

Kali ni main tarik-tarik adalah bermaksud....orang yang bagi perasaan sayang akan dapat sayang manakala orang yang bagi perasaan benci akan dapat benci. 

Mengikut kajian dato' Fadzillah, 30% isteri kat Malaysia ni pada asalnya benci + meluat + tak suke kat suami dia (masa zaman-zaman sebelum bercinta la especially masa suami dorang nak ngorat) tapi bile lepas si suami ni yang dulu duk sebuk ngorat-ngorat dan curahkan kasih sayang lama-lama si isteri-isteri ni pun cair dan dorang pun reply balik sayang yang diberi oleh si suami dengan sayang. Tapi kalo kite bagi perasaan benci kat orang, orang pun akan bagi balik benci kat kita. Aku dulu camnila masa zaman ngorat-ngorat...Xp..lol..orang tu asyik jual mahal je..tapi lama-lama jadi suka itu pun lepas aku dah mencuba pelbagai strategi yang mantaps! :p (pinjam CD bley??..hehehe)

So aku nak mengingatkan diri aku dan semua yang membaca, marilah kita sayang menyayangi antara satu sama lain. muehehe.

Tapi jangan harap aku nak sayang ToaT...muahahaha! Sile nyatakan 'WOoOOoO' tanda sokongan!

Kepada sayang saya Cik Nazirah Baharudin! I love you forever! :D

PAGI YANG INDAH DISERTAI DENGAN HUJAN YANG MENDAMAIKAN

Sewaktu mimpiku memasuki scene yang terakhir dimana aku memegang tangan bidadari ku yang berwajahkan si 'Dia' dan berjalan-jalan entah dimana, aku mula merasakan kesejukan disertai dengan bunyi titisan air hujan yang mendamaikan.

Udara yang dihirup amat menyegarkan disamping angin sepoi-sepoi bahasa. Aku mula merasakan kedamaian kehidupan ini apabila diiringi oleh kejadian semulajadi yang diciptakan tuhan untuk hambanya. Setiap ciptaannya itu ada kegunaannya dan setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Apabila kesejukkan mula menunjukkan kerakusannya sehingga menyebabkan aku menggigil, lantas aku membuka mata ku dan aku dapati aku berada didalam kamar tidur ku yang hanya diterangi oleh sedikit cahaya pagi kerana langsir bilik masih belum terbuka.

Kedengaran diluar bunyi titisan air hujan yang turun rintik-rintik dan kadang-kala lebat. Memang mendamaikan....


Ooohhh...sedapnya tidoooo~

TOGETHER WE SUPPORT THE EARTH HOUR!: STOP GLOBAL WARMING!

Hello all, this time I feel like to post in English and perhaps can help to improve my english..hehehe. Since this event which is Earth Hour: 60 Hours will be supported from all people around the globe and not to forget those from Antartica, therefore I'd like to express my feeling in English so that all people from all parts of the earth who surf my blog can understand what I'll be saying.

This coming Saturday, 28th March 2009, we, not only from my beloved country Malaysia, but from all countries in the world, will be celebrating the Earth Hour by switching of the lights for one hour starting from 8.30 pm no matter where you are during that 1 hour period.

Whats with Earth Hour?

This might be a good question that flies in your mind and especially for those who are just noticed about this global event.

Earth Hour is basically an event that requires all of us to vote whether to support the earth or to go for global warming. The vote is done by switching of all of the lights at your house or everywhere you are if you vote for earth and let all the lights turned on if you prefer global warming. So choose which side you are in. Pick wisely.

This event is actually, for the first time, celebrated by more than 80 countries globally this year. It was initiated in Sydney in the 2007 where almost 2.2 millions houses and businesses switched of their lights for one hour. In 2008, the celebration had grown to the next level when more than 50 million people globally took part and in 2009, this year, the target has been increased to 1 billion people.
So lets take part to support the Earth by switching of your lights! :D

For more info please click on below url:

APABILA JASON VORHEES FRIDAY THE 13TH JADI TETAMU TALK SHOW: DONT MISS!

Petang tadi, aku nampak adik aku tengah guna laptop dan melayari internet. Aku nak guna internet jugak dan since aku malas nak bawak keluar laptop aku dari dalam beg so aku pun conquer la laptop adik aku ni..hahaha, sorry Qamarina.

Lepas aku dah jajah laptop adik aku, aku pun buka Youtube dan terasa nak ushar trailer2 movie Hollywood terbaru. So habis semua coming soon nye movie aku tengok macam GI JOE, Terminator 4: Salvation, Friday the 13th(yang baru punye) dan beberapa lagi. Trailer lama pun aku bantai tengok jugak macam Robocop, Nightmare on Elm Street dan Friday the 13th....kenapa cerita horror plak? Jangan tanya..hahaha.

So yang aku nak bagitau korang dalam post kali ini is lepas aku dah tengok beberapa trailer cerita hantu yang lama-lama ni, lepas tu aku ternampak ada satu title video yang best yet meragukan!

Apakah??

Kalo korang nak tau lebih lanjut, sila tonton video yang aku dah attached kat bawah ni..enjoy the show! XP

KUASA PEMBALIKKAN GROUP FOUNDATION AKU: HEBAT!

Sepatutnya sekarang ini aku perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian getir terakhir sebelum tibanya final exam aku pada 29/3, 30/3 dan 1/4 (bukan April FOOL). Ujian getir itu adalah Test 2 Foundation. Tapi takpe, aku nak ambik 15 minit waktu rest aku untuk berblog. Tak rugi pun.

Aku ada story nak diceritakan ni, semalam aku ada group presentation untuk subjek yang sama dengan test yg akan aku hadapi petang ini iaitu Foundation. Kumpulan aku kena buat mengenai Group pile tapi disebabkan susah nak dapatkan projek sedemikian, so kitorang dapat Single pile punya projek sahaja melalui IKRAM Sdn Bhd (ala dorang ni daripada KLIUC).

Hendak dijadikan cerita, petang semalam semua dah cuak pasal takut kena tembak (tanya soalan) dengan Dr. Lee (lecturer aku) sebab group budak Iran yang buat presentation first skali kena tembak kaw kaw punya, so masing-masing cuba memahami apa yang kitorang dah dapat dalam report tu so that boleh lah jawab kalau Dr. Lee tembak guna machine gun nanti.

Tapi bila sampai turn kami buat presentation, sebelum buat presentation dan selepas proses pengundian siapa yang akan buat presentation untuk group aku : Ayie dan aku (cis)

Muazan: Sir, I have a few questions for you during the presentation

Dr.Lee : Ok ok..you can ask me. No problem (muka Dr. Lee nampak cam happy masa ni)

So masa presentation bermula, Ayie bercakap-cakap selama 2 minit dan kemudian turn aku untuk 2 minit yang seterusnya. Masa presentation tu, Dr.Lee ada tanya sikit-sikit, namun, di atas kehebatan KUASA PEMBALIKKAN group aku, ternyata kehebatan kitorang berjaya apabila Dr. Lee yang ditembak oleh kitorang pada waktu presentation tu dan Dr.Lee yang jawab semua.

Thank you Dr. Lee! (WoOOoOoO~)

DIMANAKAH BUTTERSCOTCH YANG ENAK??

Apakah itu butterscotch? Perghh..kalo korang dapat rasa makanan ni memang korang akan makan sehingga menjilat jari. Butterscotch yang aku maksudkan adalah roti Gardenia keluaran terbaru. Memang jauh beza dengan roti Gardenia yang biasa-biasa itu dimana dorang jual dengan kadar harga RM2.80 untuk Bonanza Big Saver dan lain2. Roti ni mahal pasal dia ada extra features seperti butter.

Namun, walaupun roti Gardenia: Butterscotch ini agak mahal berbanding roti Gardenia yang biasa dan dijual dengan harga lebih kurang RM4.00, aku tetap recommend korang untuk cuba (kepada yang belum rasala kan). Korang memang akan nak beli punye roti ini untuk masa-masa akan datang kecuali kalo korang ada RM3.00 je dalam poket (yela harga RM4 so camne korang nak belikan? kecuali kalo korang meminjamla). Tadi aku dah pergi dua tiga empat kedai, 7 Eleven, Petronas.. namun usaha pencarian aku untuk mencari Butterscotch: Gardenia masih hampa....:(

Inilah rupa roti butterscotch selepas diletakkan diatas pinggan

APA PERASAAN ANDA APABILA WAJAH ANDA BERGERAK MERATA-RATA DI GERABAK PUTRA LRT : WoOOOo~

Wahaha..wuhuhu...Aku tak tau nak kata apa lagi. Petang tadi, Kak Ayu and sir TJ Iskandar dah bagi comment kat aku melalui Facebook a.k.a FB dan dorang dah cakap-cakap pasal muka aku ada kat Iklan Uniten di gerabak Putra LRT. Sir TJ siap bagi lagi gambar-gambar yang diorang tangkap masa proses penampalan iklan UNITEN di satu tren Putra LRT ni! (Kredit to Sir TJ dan Kak Ayu!).

So, lepas je aku tengok gambar-gambar tu, aku terus cakap "Peeghhhhhh, muka aku ada kat Putra LRT!" Terasa kelakar ada, meremang-remang bulu roma pun ada (maklumla 1st time muka jadi bahan komersial). Anyway, for me this is a lifetime opportunity that I should grab, yela pasal bila lagi muka nak keluar iklankan? hehe..

Ni adalah pelan yang aku dapat untuk proses penampalan satu tren Putra LRT tu..satu gerabak tu UNITEN punye!

Bawah ni plak gambar-gambar iklan lain termasuk yang ada gambar aku..WoOOOOo~


(Atas) Gambar aku disebelah mamat international tu...WoOOO~ besar giler!


Gambar di bahagian dalam gerabak..penuh seyh..

Bawah ni adalah schedule pergerakkan advertisement UNITEN ni...

Adalah dimaklumkan bahawa Iklan UNITEN di LRT akan bermula pada 15 Mac 2009 (Ahad) bagi Laluan Kelana Jaya. Manakala bagi Laluan Ampang pula akan bermula pada 15 Julai 2009. Tempoh iklan di LRT bagi setiap laluan adalah 6 bulan.

Selain dari Iklan di LRT, iklan UNITEN juga terdapat di `Horizontal Panel’ di 8 buah stesyen bagi Laluan Ampang iaitu di stesyen berikut :

Sentul Timur
PWTC
Hang Tuah
Chan Sow Lin
Bukit Jalil
Pandan Jaya
Cempaka

“JOY RIDE WITH UNITEN”

WoOOoO~

BERLARI DALAM HUJAN SEJAUH 6KM = WooOoO~


Hari ini aku dan partner Adzale bercadang nak berlari mengelilingi tasik Putrajaya bermula dari Kelab Tasik Putrajaya di Presint 8. Tapi macam-macam masalah dihadapi. 1st skali hujan lebat yang amat, kedua kitorang silap jalan sampai pusing mengelilingi Putrajaya..so dah wasted nak dekat 30 minit perjalanan. Tapi yang bestnye, sepanjang perjalanan aku dan Ad borak pasal Encek ToAT..huhu. Pastu Ad citer pasal Treasure Hunt yang dia masuk semalam. Dapat nombor dua beb..gua respek sama lu~ Tahniah pada Asan, Seelan dan kawan Asan as well.


Sampai-sampai je di Kelab Tasik Putrajaya, hujan lebat menjadi-jadi so kitorang decided untuk berlari di kawasan perumahan kitorang je di Bangi. Sepanjang perjalanan ke Bangi masih lagi berborak pasal Encek ToAt...huhuhu~ Lepas tu bila dah sampai rumah saya kat Bangi, kitorang tros memulakan larian dan masa tu dah pukul 7.20 malam lebih kurang. Tapi yang bestnye, siap lari dalam hujan lagi...WoOoo~ nasib baik hujan tak lebat. Nak lari punye pasal, hujan pun redah je and walaupun dah malam pun belasah je. Sejuk dan gelap....WOoOoO~


Alhamdulillah, selepas 35 minit larian sejauh lebih kurang 6 km (lepas aku dah ukur track di Google Earth sebelum memulakan larian), aku selamat sampai di rumah aku. Tapi si Ad tak muncul-muncul lagi. aku dah risau dah takut-takut anything bad happen to my partner. Tapi alhamdulillah, lama lepas tu dia pu muncul. Yang kelakar nye, dia cakap dia dah confius rumah aku kat mana pasal at first masa sampai dia tak recognise lagi and mase tu pun dah gelap anyway so susah nak notice which one is my house...hahaha. Klakar la ko Ad...Pasni kitorang bercadang nak join 25 Km Kayaking at Putrajaya maybe in July. Hoooyah!


WoOoOo~

DILEMA INTERNSHIP??: PANDUAN HEBAT DARIPADA ENCIK MUAZAN...WoOOooO~

Hmmm..bile pikir pasal internship ni memang la menarik...kekadang tu banyak benda nak kene pikir n consider..sampai leh jadi pening mengalahkan nak jawab soklan final plak..Namun jika dilihat dari sudut pandangan En Muazan..berikut adalah beberapa faktor yang perlu diberi perhatian untuk pertimbangan

1. Elaun:

3 bulan bekerja tanpa elaun adalah satu perkara yang membosankan. Memang kadang-kadang experience yg disediakan lebih cam menarik namun 3 bulan takde gaji dah rase cam orang bodoh plak. Let say sebulan gaji RM400..3 bulan dah RM1200 kan?? banyak wooo..sape nak bagi..boleh beli macam2...@@ mate duitan jap..time is money so dont waste it! WooOoO~

2. Pengalaman bekerja:

Okla, sape taknak dapat intern kat tempat yg leh provide pengalaman kerja yang best disamping pengetahuan yg akan dapat banyak? Tapi percayalah, 3 bulan itu tak banyak benda yg kite leh belajar..tup tup dah habes intern..tak habis dpt experience. Namun kita perlu pikir, mungkin kita akan dapat kerja lagi best daripada intern lepas grad nanti. So dun worry to much about experience during intern.

3. Jarak tempat kerja dengan rumah:

Perkara ini mungkin perkara kecik dan kebanyakkan student nak yg dekat2 ngan rumah je tapi ade yg suke merantau jauh2..kadang2 rumah kat ampang tapi intern kat kelantan..WooOoO~ respect la orang ni.

Sebagai konklusi, pilihlah tempat yg leh provide elaun yg best. Experience leh dicari so dun worry. Duit boleh dicari tapi kalo dok kerja je siap shift lagi bilenye nak cari duit?? kan kan?? melainkan kalo parents sanggup bagi elaun yang banyak bulan2..huhuhu

WoOooOO~

renung2kan dan selamat beramal!

p/s: Keratan post ini diambil daripada comment Encek Muazan dalam blog Erin si Budak Tembam berkenaan dengan dilemma internship a.k.a confiusnyee..

NAVY SEALS : WANT TO BE FIT? PREPARE TO PUSH YOURSELF TO THE LIMIT


Sepatutnya sekarang adalah masa untuk menyiapkan isi-isi slide untuk presentation final year project esok namun kesempatan yang ada diambil untuk terus meng'update' MyBlogArena dengan isi-isi dan topik-topik panas dan berkualiti..huhu.


Sesi kali ini adalah pasal fitness anda. Saya adalah rowers Uniten dan untuk sukan rowing atau apa jua sukan kita mestilah fit untuk perform yang terbaik. Oleh itu sejak 3 bulan yang lalu, satu pendekatan kehidupan yang berbeza telah diambil untuk memantapkan diri dalam mengharungi gaya hidup sihat dan untuk perform well dalam apa jua sukan yang diceburi seperti Rowing.


Ada satu sesi yang dikendalikan oleh kelab rowing dan coach telah memperkenalkan latihan yang dimulai dengan Level 1..berikut adalah corak latihan yang diperkenalkan dalam Level 1:


Runinng - 1 hour / 10 km ....ok la lagi

Swimming - 1 hour / 1.5 km ....wuhuhu, cam 50 meter je dah tenggelam

Ergometer - 1 hour / 10 km ....belum pernah cuba tapi insya-allah akan cuba

Cycling - 1 hour / 40km .....woOOOo,cam sama dgn berbasikal dari Uniten ke Seremban


Itulah semua latihan yang coach sarankan, namun saya masih punyai cara tersendiri untuk workout. Tak kira apa juga jenis latihan yang ingin digunakan, kita kena ingat bahawa untuk jadi fit bukan senang dan harus kuatkan mental untuk push diri to the limit dalam apa jua workout.


Saya juga ada workout sendiri dan nama diambil sempena workout komando US terkenal, Navy SEALs iaitu BUD/S atau Basic Underwater Demolition training..huhuhu. Siaplah ko Encik Toat..ko pikir ko hebat??? huhu..kasi wOoOo sket!


THE ONLY EASY DAY WAS YESTERDAY!


MANCHESTER UNITED VS INTER MILAN: SIAPA POWER!


Skarang ni bila tengok jam rupanya dah pukul 1.10 pagi. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk perlawanan antara dua gergasi bola sepak Eropah bermula iaitu diantara Manchester United dan Inter Milan dan aku akan terus bergerak ke cawangan Old Trafford di Malaysia iaitu seksyen 15 Bangi pukul 3 pagi nanti. Perlawanan akan berlangsung bukan di Stadium Shah Alam, Stadium mini Uniten mahupun Stadium Paroi di Negeri Sembilan, tetapi di Old Trafford stadium di Manchester.


Semalam Liverpool dan Chelsea berjaya menempah tiket ke peringkat seterusnya selepas mengalahkan lawan masing-masing dengan jayanya. Tapi persoalannya sekarang, mampukah Inter Milan menewaskan Manchester United? Hahaha...boleh mimpi la beb!


Walau apa pun, kita tunggu sahaja keputusannya nanti!


Glory glory Man United!


Apa kata survey??!!

FINAL EXAM: KEGAGALAN ITU TANGGA KEJAYAAN

Selepas berhempas pulas sejak dua menjak ini untuk persediaan rapi menghadapi dua test 2 yang baru berlangsung petang tadi untuk subjek Highway & Transportation dan baru tadi untuk subjek Reinforced Concrete 2, saya masih merasakan bahawa persediaan sekarang masih belum cukup untuk melalui detik lebih mencabar hujung bulan ini iaitu final exam apabila saya masih merasakan bahawa saya gagal dalam mendapatkan keputusan terbaik untuk dua test tersebut.

Highway&Transportation rasanya boleh score namun Reinforced Concrete 2 macam haram je. Tapi perkara yang lepas itu perlu dilepaskan dan jangan dikenang sangat. Cukup hanya sekadar mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan berusaha dengan lebih gigih lagi dimasa hadapan.

Tapi apa kena dengan tajuk kat atas tu? Kegagalan tangga kejayaan? bukan usaha tangga kejayaan ke?

Jangan khuatir, kadang-kadang sesetengah perkara perlu di"adapt"kan mengikut kesesuaian kita. Bukan apa, ianya adalah untuk meningkatkan semangat yang kian pudar kepada api yang membara. Mungkin anda tidak pernah dengar quote ini yang datang daripada mulut pioneer antara syarikat komputer terbesar didunia iaitu En. Dell yang mengasaskan DELL . En. Dell pernah ditanya bagaimana cara untuk kita berjaya dan jawapan magik beliau adalah GANDAKAN KEGAGALAN ANDA!

Kenapa? Sekiranya diteliti dengan betul, memang betul apa yang dikatakan kerana KEGAGALAN juga dapat mengajar kita erti kejayaan. Janganlah bila En.Dell kata gandakan kegagalan pastu kita pun asyik gagal je dalam hidup. Bukan camtu, bila kita gagal, pastikan kita belajar daripada kesilapan dalam kegagalan tersebut dan ini akan buat kita lagi berjaya!

Janganlah bila dah gagal buat bodoh je...memang bodoh sampai ke mati la jawabnye.

WooOOoO~

REINFORCED CONCRETE + HIGHWAY TRANSPORTATION TESTS VS MUAZAN MOHSIN = WOOOOO~

Kali ini saya cuba untuk menggagahkan diri untuk merepek buat kali yang seterusnya apabila berlaku pergolakkan minda dan jiwa bila terkenangkan esok bersamaan dengan 11/3/09 ada 2 test yang sangat hardcore levelnya.

Ingin mengambil kesempatan yang ada untuk masa rehat selama 15 minit dengan repekan untuk melepaskan tension dan stress tatkala membuat persediaan bagi menghadapi hari esok yang penuh mencabar.


Selepas ini perjuangan akan diteruskan sehingga ke titisan air liur yang terakhir apabila tahan mengantuk kerana bercadang untuk tidur pada pada pagi nanti. So perjuangan masih jauh dan cabaran nya sudah terasa. Walaupun kadangkala telatah Encek TOAT tak boleh dipadamkan daripada mindaku yang suci ini namun perkara ini harus diketepikan untuk seketika bagi memberi sepenuh tumpuan kepada perkara yang lebih penting! wooooo~

MARI KITA BER'WOOOOOO" !!

Budaya woooo telah bermula pada hari Sabtu bersamaan dengan 7 March 2009 di Dewan Seri Sarjana sewaktu kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa 2009 bagi sukan Indoor Rowing. Wooo telah diperkenalkan oleh Encek TOAT yang telah pun diperkenalkan semalam didalam blog ini. Nak tau apa maksud TOAT? Anda boleh baca sendiri di artikel sebelum artikel ini. Kenapa TOAT famous sangat? anda juga boleh dapatkan jawapannya pada artikel yang sama.

TOAT ini bukanlah TOAD watak didalam X-Men (gambar) kerana TOAT ini masih belajar di UNITEN dan sudah mendalami bidang kejurulatihan terutama dalam bidang angkat berat di gym. Perkara ini sangat berbeza dengan Toad X-Men kerana Toad X-Men adalah sangat jahat disamping mempunyai lidah yang panjang, boleh melekat dimana-mana dan tidak mengeluarkan bunyi 'woooo'.

Disini juga diselitkan video yang agak menarik untuk ditonton oleh anda semua. Kehangatan 4 x 500 meter men category untuk Indoor Rowing Karnival Sukan Mahasiswa 2009. Bahangnya sudah terasa. Mari kita saksikan beramai-ramai! WOOOOO~


APABILA SESEORANG BERMUKA2 DAN BERKATA HEBAT WALAUPUN DIA TAK HEBAT

Aku amat benci orang sebegini. Bukan aku sahaja, namun juga segelintir pihak yang dapat merasakan ke"annoy"an orang sebegini. Walaupun pada mulanya aku terasa seperti ingin meng"get rid"kan orang itu namun disebabkan masalah attitude dia yang semakin teruk telah membuatkan ku ingin menulis didalam blog ini mengenai dia.

Dengan panggilan "T.O.A.T" dalam bahasa saitifiknya dan "Trainer Of All Trainers" dalam bahasa melayunya, perubahannya dari segi mental dan fizikal amat ketara sejak kebelakangan ini. Sikapnya yang sangat annoying itu masih dikekalkan sehingga sekarang dan sudah mencapai tahap mencapub yang teruk. Silap hari bulan kene rendam dalam tasik Putrajaya tu ramai2. Walaupun riak mukanya adalah daripada muka yang original tanpa pembedahan plastik namun apabila dia membuat muka-muka yang sangat bermuka-muka, keadaan menjadi semakin hangat dan meletop. Disamping itu, trademark "woooo"nya juga sudah menarik perhatian ramai orang.

Okla, sampai disini sahaja coretan ku diawal pagi sebelum tidor. Aku ingin tidur dengan memeluk silver medal yg dimenangi hari ini pasal lepas ni aku takkan dapat lagi silver medal sebab lepas ni sume yg aku akan capai adalah GOLD medal! Nothing is impossible!

BACK TO BUSINESS

Salam all, untuk seminggu yang lepas saya memang tidak mempunyai masa untuk mengupdate MyBlogArena sebab saya tersangatlah sibuk dengan perkara-perkara lain seperti study(membuat assignment,projek,revision), kerja-kerja Majlis Perwakilan Pelajar, bersukan dan business.Oleh itu saya terpaksa melupakan seketika MyBlogArena untuk seminggu. Oleh itu saya akan memulakan balik proses mengupdate blog ini untuk anda semua.

Bagi ruangan "21st century millionaire bersama Muazan Mohsin", seperti yang dimaklumkan sebelum ini saya akan memberi 2 post setiap minggu berkenaan dengan perniagaan dan motivasi namun disebabkan kesuntukan masa saya terpaksa mengehadkan post sekurang-kurang satu post untuk ruangan tersebut.

Segala kesulitan amat dikesali, Stay cool!
Related Posts with Thumbnails