CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

AMAH

Kenapa orang gaji dipanggil AMAH??? Adakah sebab mereka memang PERAMAH??

Penggunaan amah dalam komuniti di Malaysia semakin popular kerana ramai rakyat Malaysia kini sibuk dengan urusan kerja seharian masing2 lebih-lebih lagi yang sudah bergelar suami mahupun isteri...yang pemalas buat kerja2 rumah pun ada je and end up amik amah untuk dijadikan pembersih rumah...so setel kerja betul tak? '-'

TETAPI.....beberapa perkara telah berlaku sebelum ini seperti kes amah didera dan sebagainya, liputannye sangat meluas dan pantas masuk ke negara-negara berkaitan yang menyediakan khidmat amah ni melalui media massa dan seterusnya menghukum rakyat negara ini sehingga timbulnya perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat negara asal amah2 terbabit lebih-lebih lagi Indonesia. Ramai rakyat Indonesia yang membuat demonstrasi sehingga timbulnya operasi "SAPU MALAYSIA" akibat tidak puas hati kerana ramai amah2 yang bekerja di Malaysia ditindas dan didera.

MENGAPA semua perkara tersebut perlu terjadi? Mengapa masih terdapat segelintir rakyat Indonesia yang terus menghukum rakyat Malaysia? Semua rakyat Malaysia salahkah?

Post ini bukan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan mama-mana pihak dan ianya adalah sekadar untuk dijadikan renungan untuk rakyat dikedua-dua negara.

Adakah rakyat Indonesia sudah lupa betapa banyaknya bantuan yang diberikan oleh Malaysia terutama apabila Indonesia diserang bencana dan malapetaka? Ketika isu "SAPU MALAYSIA" hangat diperkatakan satu ketika dahulu dan pada waktu yang sama bencana alam berlaku di Indonesia, dalam ketakutan dan demi sifat kemanusiaan, ramai rakyat Malaysia yang datang memberikan bantuan. Tetapi masih ada segelintir rakyat Indonesia yang masih menunjukkan keegoan dan memerli bantuan yang diberikan dan semuanya adalah kerana perselisihan faham yang berlaku ketika itu.

Isu ini cuba dikupas kembali oleh gua kerana gua baru sahaja terbaca mengenai kekejaman yang dilakukan oleh seorang amah Indonesia dari Bandung terhadap seorang bayi perempuan di Tanjung Malim. Sedarkah rakyat Indonesia akan perkara ini? Sila klik di sini untuk membaca artikel yang diperoleh daripada Berita Harian 28/11/09

Sebenarnya, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghidupkan kembali suasana harmoni kedua-dua negara. Jangan hanya kerana setitik nila rosak susu sebelangan dan dalam setandan pisang tak kesemuanya busuk.

Oleh itu, sebelum menghukum mana-mana pihak secara membuta tuli tanpa memikirkan kesan dan peristiwa sebenar yang berlaku, kaji dan fikir-fikirkanlah terlebih dahulu.

MALAYSIA YEAR END SALE 2009!!

Sekarang suda pukul 6 pagi..gua masih belum tidur. Tadi tengok bola Manchester Utd lawan Besiktas bosan gila. Dahla Manchester main teruk gile..pi main teng teng lagi bagus. So lepas menyaksikan perlawanan yang menghampakan tersebut, baru gua berkesempatan membuka internet di laptop gua.

Saje belek2 Facebook, gua nampak ada iklan ni di profile page gua...

MALAYSIA YEAR END SALE 2009

Nak tahu lebih lanjut boleh baca info dibawah...

Your Complete Guide for Malaysia Year End Sale 2009

21 November 2009 – 3 January 2010

YES! You heard us right. The shopping season is back again this time round for the year-end sales. The Malaysia Savings Sale this season will last you about 44 days. 44 days of thrilling entertainment, the best dining experience and the best offers you can ever get throughout the year! In conjunction with the Christmas season as well as New Year celebration, it’s going to be a remarkable experience you’ll never forget. And, not forgetting as well, it’s the school holiday season too!

Just set aside your worries and it’s time for a crazy shopping spree. Look out for apparels, accessories, gadgets, interior d├ęcor and even holiday packages for more discounts here in the sales.

retrieved from http://megasales.701panduan.com/


so ape lagi...sape yg rasa2 tangan dah gatal tu pi la memboli bolah!

:D

CUTI-CUTI YEAH YO!


Oohhh ooohhh...gua baru je update blog gua tadi..tapi suddenly ada idea baru...melimpah2 plak idea gua nak berblog hari ni...hahaha..bagus2.

Gua bukan ape, sekarang ni dah seminggu lebih gua habis belajar. Nasib baik masa 1st week after gua setel projek gua, gua dan rakan2 civil uniten gua buat trip to Melaka and we had a very great time there. Gua sangat seronok pada masa itu.

But now dah masuk minggu kedua and sedar tak sedar nak masuk 3rd week dah and next week result final exam dijangka keluar. Harap2 semuanya ok la insya-Allah.

Cuma gua rasa sangat bosan sekarang. Rasa cam nak pi jalang2..eh eh..jalan2...Gua ada masa seminggu lebih lagi untuk merasa kenikmatan status 'BERCUTI' pasal bermula 1/12/09 kalau gua masih lom dapat kerja..gua akan isytiharkan diri gua 'PENGANGGUR' atau mungkin lebih molek korang boleh panggil gua 'PENANAM ANGGUR'...harhar.

Dulu gua dah plan dah nak jalan2...memula cam nak wat trip pi EUROPE tapi sapolah nak taja gua...yela...orang dah spent 5 years belajar..ingatkan dapat la trip yang tahap 'BETUL2 HOOLIAU' punye trip lepas habis belajar....dulu nak simpan duit pun banyak manalah gua leh menyimpan...kalau nak jalan2 EUROPE tu koman2 kene ada RM5000 baru syiok tour satu EUROPE....So ABAIKAN...

So gua tak pikir jauh2 dah..gua pikir dekat2 je...maybe nak pergi SABAH & SARAWAK. Tapi beberapa perkara plak jadi halangan....1. Tak banyak duit 2. Takda geng. Takkan nak pergi sana setakat lepas bayar duit kapal terbang je..tu pun ratus2 gak...pastu takkan nak pegi sorang2..hahaha..so ABAIKAN.

So gua rasa impian gua nak dapat vacation yang mantaps sesudah habis belajar hanya berkubur didalam khayalan gua. Lepas ni boleh la gua baca talkin untuk impian gua tersebut (bunyi pasrah habis) huhuhuhu

Tapi gua still harapkan gua dapat percutian yang masyuk selepas ini walaupun gua dah mula bekerja! :p

Yeah yO!

2012: SPOILER!

Sewaktu ketika dahulu ketika gua sibuk2 dengan project Integrated gua yang mana gua perlu membuat presentation dan report, gua tidak sabar2 untuk menonton filem "2012". Mula ditayangkan diMalaysia pada 12/11/2009.

Tapi walaupun dah habis dengan Integrated tu dan abis study, gua masih tak berkesempatan nak menonton 2012 pasal sibuk buat benda lain sehinggalah pada satu hari gua pergi tengok ngan kawan gua kat Mid Valley. Member gua tu bestla dapat guna voucher so tengok free, yang aku plak kena bayar dan yang paling mengong pi bayar penuh RM12 padahal leh dapat diskaun guna 'student rate'....gua masih student ye pasal status student gua masih aktif..:p..kalau tak aktif pun gua nak student price jugak..:p

So nak dijadikan cerita, gua nak buat spoil sikit kat sini..so sape2 yang belum tengok cerita tu and masih nak baca komen gua yang seterusnya, risiko gua tak pegang ye...terima kasih.

Filem 2012 kalau nak dikomen pasal 'effect' dia, memang MANTAPS la kan. Korang akan dapat tengok kapal perang USS J.F Kennedy (tak silap aku) rempuh White House, jalan retak2, orang termasuk dalam retakan bumi, gunung berapi dan tsunami. Semua nampak macam real..90% la.

Penuh dengan moral story yang sangat bagus which menyentuh pasal kehidupan keluarga...pasal ayah dan anak2, pasal isteri kawin lain, pasal anak2 benci ayah...tapi end up sangat touching.

Yang tak bestnye plak, kalau dah kata END OF THE WORLD tu buat la cara end of the world. Tak payahla nak good ending sangat. Bila cerita dia menyentuh pasal bagaimana diorang nak menyelamatkan diri (guna teori BAHTERA NABI NUH) gua dah rasa pelik and tak syiok dah. Ingatkan semua mati. Rupanya ada lagi yang terselamat. Kalau KIAMAT betul2, ko takkan dapat menyorok celah mana pun kat muka bumi ni...celah ketiak mak ayah pun belom tentu terselamat.

So itu sahaja spoiler aku pada hari ini pasal filem 2012...apa kata korang plak??

terima kasih. Yeah Yo!

p/s: dari dulu nak tengok PHOBIA 2 tapi asyik ada halangan je. Nanti gua nak tgk TWILIGHT: NEW MOON pasal awek dia cam cun...:p

PROMOSI HARGA MELETUP ! ONE DROP PERFUMES!



PROMOSI HARGA MELETUP!

INI ADALAH PROMOSI JUALAN PENGHABISAN STOK. Hanya tinggal beberapa set One Drop Perfumes yang akan menjadi rebutan dengan harga tawaran yang sangat murah!

Anda juga tidak perlu risau mengenai harga penghantaran kerana kos penghantaran termasuk dalam harga tawaran!

Apa tunggu lagi! buat tempahan sekarang!


Stok yang tinggal:

Woman Set

Set 1 (GREEN) 1x
Set 2 (PURPLE) 2x
Celebrity (PINK) 3x



Men Set

Set 1 (BLUE) 1x
Set 2 (ORANGE) 1x
Celebrity (Grey) 3x


(BILANGAN STOK DIKEMASKINI SEHINGGA TARIKH 19/11/09)

(SILA KLIK GAMBAR DIATAS UNTUK CARA MEMBUAT TEMPAHAN DAN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI PRODUK)

UpDaTeZZZZzzzzzz

Ahhh..gil bab...akibat busy memanjang dengan pelajaran (sampai tahap dah leh jadi Menteri Pelajaran dah ni), gua terlupa dengan blog gua yang melezt ni...dah nak dekat setahun gua tak updet..eh...sebulan....shish kebab..

So nak dijadikan cerita, Alhamdulillah ku ucapkan apabila gua berjaya menghabiskan exam terakhir gua di UNITEN..universiti pilihan anda...yang tersayang. Gua dah spend almost 5 years di UNITEN untuk mengisi ilmu dijiwa dan diminda demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...banyak suke duke pahit manis panjang pendek peristiwa2 yang best gua di UNITEN samada bersama kawan2, lecturer-lecturer, staff2 dan ramai lagi.

Di Uniten gua dah banyak belajar erti kehidupan dan gua tak nafikan perkara ini. Seperti ketika gua belajar di Royal Military College mahupun di sekolah taman melawati 1, 2 dan sekolah menengah Taman Melawati...eh tak dilupe pada Tadika gua...Tadika Wirawati..banyak gua dah pelajari demi untuk memajukan diri gua, mengisi jiwa gua dan mengajar gua erti kehidupan...

So gua rasa buat masa ni..tu saje yg gua nak update...senarnye masih ada kerja perlu disiapkan untuk..InsyaAllah..gua tamatkan jurusan Ijazah muda gua dalam Jurusan Kejuruteraaan Awam atau nama glamer Civil Engineering di UNITEN...lepas ni..ape yg gua dah pelajari selama ini...samada interms of pelajaran or life...gua akan praktik kan dalam kehidupan gua untuk menjadi masyarakat yang berguna...

akhir kata daripada gua...

YeaH YO! (pinjam jap ye Ad) :p
Related Posts with Thumbnails