CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

VIDEO GAME TERBAIK AKU SO FAR!



Hari ni hari Sabtu, hari untuk merehatkan diri dan mendapatkan hiburan selepas penat membuat kerja-kerja pada hari weekdays. So bila dah sebut pasal hiburan ni, dalam otak aku, selain dengar muzik, tengok movie, window shopping, layari internet and so on, aku nak sebut pasal bermain video game.

Aku suka main video game dan untuk pengetahuan korang, video game ni sebenarnya tak elok kalau dah main selalu (tak ingat dunia). Nak main skali skala ok la untuk lepas geram asyik study ke, bekerja ke. Aku tak rasa la yang video game ni pemusnah hidup. Cuma yang memang fakta is kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah janganlah manjakan sangat diorang dengan video game pasal boleh menjejaskan corak pemikiran diorang dan pemikiran diorang tidak akan berkembang.

Untuk aku pulak, aku sebenarnya banyak jugak belajar daripada video game ni. Sebagai contoh, belajar bahasa inggeris. Kebanyakkan game macam Resident Evil dan Silent Hill banyak menguji pemikiran melalui puzzle-puzzle yang kita kena settlekan untuk nak proceed to the next round and another thing is game-game tu dalam bahasa inggeris. So kalau aku encounter perkataan-perkataan yang aku tak pernah dengar or tak paham, aku akan bukak kamus. So aku dah belajar something betol tak?

Resident Evil (RE) adalah game terbaik aku dan yang paling aku suka dalam kategori game adventure. First RE yang aku main was RE 2, pastu RE 1, RE 3 dan RE 4. Yang mana aku pernah main ni are PC version. Yela, sekarang ni kebanyakkannya dah kena tru PS 2 la, PS 3 la, X- Box la. Aku mana ada duit nak beli konsol-konsol tu. Nama-nama macam Chris Redfield, Jill Valentine, Claire Redfield, Leon S. Kennedy dan Albert Wesker adalah legend dalam game tu.

Terbaru diorang ada buat movie kartun 3D Resident Evil yang bertajuk Resident Evil: Degeneration. Filem tu pun terbaik. Cuma filem yang Hollywood buat je dah jauh terpeson daripada jalan sebenar. Harap watak je nama sama. Dahla heroin dia takde pun nama dalam game RE series. Menghampakan.

KRISIS EKONOMI GUA

Aku kini menghadapi krisis ekonomi seperti yang pernah aku alami sebelum-sebelum ini. Bila datang masalah ni aku mula pikir, macam mana aku nak berbelanja? Macam mana aku nak menabung? Macam mana nak melabur? Dengan nak bayar duit kereta, servis kereta, makan minum, peralatan keperluan diri, telefon, pelaburan dan sewa rumah yang sudah meningkat gara-gara ada orang lama yang sudah berhenti menyewa....semuanya akan ditolakkan daripada elaun yang aku dapat setiap bulan. Elaun yang menjadi punca rezeki ku untuk terus hidup sebagai pelajar.

Elaun yang aku dapat inilah yang aku akan bayar duit kereta, duit sewa rumah, duit itu duit ini dengan perbelanjaan harian lagi. Nak kata aku buntu nak buat camna nak tambah duit tak jugak pasal macam-macam aku pikir skang ni. Maksudnya idea itu masih ada dan belum kering lagi.

Cuma keputusan aku sahaja yang akan menentukan hala tuju aku dan hasilnya selepas ini disamping keredhaan yang Maha Esa. Tuhan yang memberi rezeki. Semoga dimurahkan rezeki aku untuk hari-hari yang akan datang. Insya-Allah dan Amin~

Perlukah aku bekerja part time seperti yang aku buat pada pertengahan tahun lepas iaitu bekerja di Manhattan Fish Market, Alamanda dan MMU, Cyberjaya sebagai picture cropper atau membuat business? Aku sudah ada business tersendiri tetapi aku juga mahu membuat business lain. Modal diperlukan. Jadi aku perlu membuat sesuatu.

MOVIE REVIEW: JANGAN TEGUR

WoOoOo~

Aku tak tau la nak kata apa pasal filem ni. Biasala, filem melayu. What to expect kan? Nak buat cerita hantu ala-ala slow cam hantu Jepun. Ok la fine. Maybe itu antara cara nak bawak penonton menjiwai plot cerita seram. Kalau terlalu aggresive pun takut tak jadi cerita hantu plak.

Tapi dialog dia memang sangat menyedihkan. Julia Ziegler tu cam harap muka and body je. Tapi lakonan memang out. Cam baru belajar bahasa melayu la rupe dia bercakap dalam filem tu.

Pierre Andre plak dialog dia takda lain dah....asyik "sayang, sayang, sayang, sayang"...naik geli aku. Macam dah buntu and cam tak tau dah nak cakap apa lagi dalam cerita tu selain "sayang". Dalam cerita ni dia berlakon jadi suami kepada Julia Ziegler.

Almy Nadia plak berlakon jadi adik Pierre Andre. Berlakon cam kartun. Pun sama je cam baru belajar bahasa melayu. Watak yang tak berkembang langsung dan cam gedik lebih. Tension...

Cuma kali ni perkara yang boleh dibanggakan adalah make up hantu dia yang sangat cool! Dah cam tengok cerita Exorcist plak. Sangat hebat! Ada peningkatan sket. Takdela hantu cun cam Miss World. Walaupun yang berlakon jadi hantu tu kire cun namun hasil make up effect dia sangat bagus.

Plot-plot suspen jugak bagus. Mampu membuatkan penonton tercungap-cungap selepas terkejut beruk. Silap-silap leh pengsan sakit jantung. Hahaha.

Perkembangan filem memang tak best. Tak berkembang dan sangat bosan. Huhuhu

Ni totally pendapat personal aku. Kalo korang rasa tak puas hati and nak tengok sangat lah dipersilakan. Pasalnya korang sendiri yang mampu memberi komen-komen yang bernas! :D

At the end korang mungkin tak setuju dengan apa yang aku cakap and korang mungkin SETUJU dengan apa yang aku komen! :D


RATING

3 STARS!

TINA KE? TINA? TANA?

Huhuhu...aku sebenarnya sedang bosan jugak tak tau nak buat ape. So aku layan je la benda ni. Kenangan lama kot...hahaha



Tina ke tina tana! WoOoOo~

ANDA INGIN MENCARI RUMAH SEWA UNTUK SPECIAL SEMESTER? (KHAS UNTUK BUDAK UNITEN)

Aku nak ambik kesempatan ini untuk nak mengiklankan pencarian housemate baru untuk menggantikan yang lama pasal dorang dah habis belajar.

Target 2 orang dan sewa bulanan RM160 keatas termasuk bayaran api, air dan internet streamyx yang masyuk.

Rumah sewa ni tak jauh dari UNITEN kalau nak dibandingkan dengan tempat sewa lain yang famous dikalangan student UNITEN seperti Casavilla di Kajang dan lain-lain. Hanya 3.3 KM sahaja dengan UNITEN dan masa perbezaan untuk sampai UNITEN dalam 8 - 12 minit sahaja. Berhampiran dengan PKNS Bangi dan San Francisco Pizza yang satu deret dengan Restoran Sharifah. Terletak di seksyen 8 (kalo korang tau la kat mana).

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin membuat confirmation untuk menyewa, sila lah email seal_socom@yahoo.co.uk ataupun contact aku terus. Nombor telefon adalah classified so sape yang takde tu leh la email je untuk dapatkan nombor telepon.

Buat apa duduk dalam UNITEN bayar mahal-mahal sampai RM280 untuk single room n RM200 untuk sharing dengan perkhidmatan internet dalam kampus yang cam haram kalau dapat bayar sewa yang lebih murah dengan internet yang berkelajuan terbaik? So lu pikir la sendiri! :D

Sape cepat dia dapat! Mari mari mari.

AKU NAK KASI LU ORANG TERLIURRR~

Gua baru je lepas terliur lepas melihat video demo handphone idaman gua Sony Ericsson W995 yang masih lagi belum keluar dipasaran (saje je uji keimanan aku).

So gua nak kasi lu orang pulak terliurrr~ kalau lu orang tak terliurr pun takpe pasal itu bukan masalah gua. Objektif gua sekarang nak tunjuk kat lu orang kenapa W995 menjadi idaman gua.

saksikan air liur lu orang meleleh....hehehheh



gua sekarang dah lu gua ngan lu orang pasal gua dah terpengaruh dengan budak 20 peratus Setan 80 peratus malaikat..eh..btol ke?? huahuahua.

SUASANA ZAMAN PRAKTIKAL KU

Hari ini dah masuk 3 hari aku menjalankan tugas sebagai seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam Universiti Tenaga Nasional yang mengikuti sesi praktikal selama 3 bulan bermula pada 6 April 2009 hari tu sehingga 26 Jun 2009.

Aku mungkin berpraktikal disyarikat kepunyaan ayah aku namun aku tetap jujur, amanah dan berdedikasi(hohoho) terhadap segala tanggungjawab yang diberikan sebagai pelajar yang sedang berpraktikal iaitu.....melihat, belajar, memahami, menulis laporan, menyediakan laporan harian praktikal dalam log book dan membantu syarikat dalam bidang keupayaan aku.

Dalam praktikal ni, aku tak perlu membuat kerja yang berat2 seperti membuat formwork atau pun memotong kayu sebab semua tu pak-pak indon yang buat. So aku hanya memantau mereka dan melihat perkembangan arus pembinaan rumah-rumah untuk projek terbaru TPG Resources Sdn Bhd.

Masih banyak lagi yang aku perlu perhatikan dan belajar. Tapi semua itu boleh aja dilaksanakan.

sumanya bisa diatur! (dah macam wak indon dah cakap..hohoho)

IS ANYONE OUT THERE STILL REMEMBER THIS? =)

One more time I would like to ask all MyBlogArena readers...

Is anyone out there still remember this? Or more specific....this video?






Hehehe...I know one of you still remember this...

;D

MOVIE REVIEW: FAST & FURIOUS 4

Tepat jam 2.05 pagi tadi, aku, adik aku si Farah, abg boy sedara aku dan boyfriend kepada adik aku Aizat pergi melayan movie cerita Fast & Furious versi keempat di GSC Pavillion.

Dalam masa 3 hari aku berjaya melawat panggung wayang sebanyak dua kali sebaik sahaja aku berjaya menamatkan pengajian sem 1 final year aku. So kali ni aku nak enjoy puas2 sebelum masuk praktikal la pulak Isnin nanti.

So ni nak cerita la sikit pasal Fast & Furious 4 ni a.k.a Laju & Garang 4 (seperti yang diterjemahkan kat panggung wayang). Yang best nye cerita ni adalah kerana pelakon-pelakon utama kali ini adalah pelakon asal Fast & Furious awal2 dulu cam Vin Diesel as Dom and Paul Walker as Brian. They are back in action!

Overall cerita dia kali ni juga menarik namun korang jangan expect la nak tengok racing2 banyak sangat kali ni pasalnye kali ni more to kejar2 orang jahat dan main tembak2. Tapi bab-bab masa babak kejar-mengejar pakai kereta yang hot-hot tu pun mantaps! So korang tak rugi pape pun sebenarnye..

Aku recommend korang untuk tgk jugak movie ni pasal banyak perkara stylo berlaku dan korang akan kata...

Fuyooooo~ ataupun WoOoOoO~

Rating

4 Stars!

MOVIE REVIEW: TAKEN



I have just finished watching the movie and what I can say is that the movie was very...

AWESOME!!!

Liam Neeson really has played the main character role very well and all of the plots are generated nicely and brilliant!

I would recommend all of you to watch it! Yes! All of you! Because I can surely tell you that you will not suffer any boring symptom throughout the movie!

Rating

5 Stars!

HIDUPKU SEMAKIN DEWASA

Mungkin lepas korang baca title kat atas tu korang pikir aku semakin dewasa. Memang aku dah dewasa dan akan menjadi lebih dewasa selari dengan peningkatan umur ku yang tahun ini bakal mencecah 23 tahun.

Namun, apa yang aku nak sampaikan adalah pasal HIDUP ku dan pasal bukan DIRI ku. "Diriku semakin dewasa" adalah berkaitan dengan faktor umur tetapi "hidupku semakin dewasa" adalah mengenai kehidupanku yang semakin menampakkan perbezaan dari segi pengalaman dan faktor pemandangan.

Tahun ni aku merupakan pelajar tahun akhir kejuruteraan awam di UNITEN dan aku hanya tinggal 1 semester sahaja lagi sebelum menamatkan pengajian di UNITEN sambil menggenggam segulung ijazah sebagai 'reward' atau pun kemuncak kejayaan seorang mahasiswa yang telah menamatkan program ijazahnya...insyaAllah

Dulu aku bermula daripada seorang yang tidak tahu berjalan, seorang yang tidak tahu membaca, seorang yang tidak kenal erti kehidupan...sehinggalah aku mendapat pendidikan yang hebat daripada kedua ibu dah papa serta sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan bakal mengharungi dunia yang penuh cabaran dan dugaan apabila akan memasuki dunia pekerjaan dan berkeluarga dan disinilah bermulanya kehidupan berdikari yang diajar sedikit demi sedikit ketika muda remaja.

Aku berharap agar segala impian aku tercapai dalam hidup ini kerana hidup hanya sekali dan aku memohon kepada yang berkuasa agar aku diberikan kekuatan untuk menepuh segala cabaran yang mendatang...

AMIN..

CRAVING FOR TRANSFORMERS GUYS??? HERE COME THE SECOND TRAILER OF TRANSFORMERS 2



I cant wait to watch the movie!

HANDPHONE SCOUTING IN PROGRESS!!

Baru sahaja 2 hari aku kehilangan handphone kesayangan W850i Sony Ericsson yang aku dah pakai selama 2 tahun lebih, aku dah dapat merasakan bahawa hidup tanpa handphone ni adalah satu penyeksaan yang teramat. Susah nak berhubung dan susah nak berhibur. 
Lalu aku telah meneruskan usaha mencari atau scouting dalam mendapatkan pengganti yang telah pergi selamanya dari diri aku itu. Sudah tentu aku nak kan yang terbaik daripada si sang pengganti nanti berbanding pada yang telah pergi. W850i telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang amat besar dalam hidup aku selama berkhidmat 2 tahun yang lepas. Terima kasih my W850i. Aku tetap akan merindui kamu.

Disebabkan aku ni juga kadang-kadang boleh jadi seorang yang pendendam, aku nekad nak cari siapa pencuri handphone tu. Suspek dah diketahui. Nak harapkan polis cam lembu. Konon nak datang umah aku buat siasatan. Batang hidung pun tak nampak. Hampehh.

Lalu aku memulakan scouting sejak semalam dan aku hanya target Sony Ericsson dan sudah tentu Walkman version sebab aku dah sayang jenama Walkman Sony Ericsson. Selepas scouting dijalankan, aku list down hanya 3 handphone sahaja so far yang menepati ciri-ciri kegemaran iaitu Walkman, Slide type, music, 3G dan Stylo! dan handphone2 itu adalah:

W705
W595
W995 (belum keluar Malaysia lagi)

Mula-mula aku hanya nampak W705 dan W595 sahaja namun hari ini dan baru tadi, aku dah jumpa sesuatu yang menarik dan masih belum terdapat di Malaysia which is W995!

Kalo korang nak tau, berikut adalah handphone tersebut...


Spesifikasi:

1. Software Walkman siri 4.0
2. Multi Tasking
3. WiFi & GPS
4. Auto Focus, Face Detector
5. 8.1 Megapixel! (Hebat untuk sebuah Handphone versi Walkman!!)

Lu orang meleleh tak???? Huhahahuaha

So kawan-kawan, doakan saya murah rezeki dan boleh membeli handphone tersebut bila dah keluar dipasaran! :p

MOVIE REVIEW: KNOWING

Aku baru je pulang daripada menonton filem yang ditunggu-tunggu oleh aku sejak seminggu yang lalu. Namun disebabkan final exam yang menjadi perintang lalu aku hanya boleh menonton movie ini pada malam tadi selepas aku habis semua paper final exam aku.

Secara overall, plot atau jalan cerita filem ini amat menarik ditambahkan lagi dengan lakonan hebat abang Nicholas Cage (antara aktor kegemaran) dan juga CGI filem tersebut yang amat hebat terutama apabila cuba menghidupkan suasana kemalangan-kemalangan jiwa yang dahsyat.


Suspen dan beremosi serta terdapat babak sedih dan menakutkan juga berjaya ditonjolkan oleh para pelakon! Syabas diucapan!

Aku dah habiskan RM10 tengok filem ni dan aku rasa amat berbaloi ditambah lagi dengan keperluan hiburan dalam diri yang sudah kekeringan akibat terlalu fokus pada pelajaran sejak bermenjak yang lampau (bunyi cam dah lama sangat je la plak).

Anyway, aku recommend anda-anda di luar sana untuk menonton filem ini. Salah satu plot jalan cerita yang terakhir kelihatan kurang berkesan dan dah macam tengok cerita StarWars dah.

Namun, saksikanlah movie ini!


Rating

4 Stars!
Related Posts with Thumbnails