CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE
Showing posts with label 21st Century Millionaire bersama Muazan Mohsin. Show all posts
Showing posts with label 21st Century Millionaire bersama Muazan Mohsin. Show all posts

NAK JADI JUTAWAN? JOM!

Sejak dari Jumaat minggu lepas, aku dah target nak pergi join himpunan manusia yang aku yakin ramai gila kat PWTC.

Kenapa? Ada apa kat situ?

Ya, disitulah tempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa dimana ianya akan menjadi syurga buku dikalangan pembaca-pembaca buku mahupun komik. Dengan tawaran harga yang sangat hebat sehingga mencecah 80% discount...sape yang tak nak? Rugi kalau tak rebut peluang ni.

Banyak participant yang datang macam daripada Karangkraf, Alaf 21, True Wealth Sdn Bhd, Telaga Biru, MPH dan banyak lagi!( Aku sebut yang mana aku tau je la pasal aku baca buku dorang)

So aku takmo melepaskan peluang ni untuk membeli buku-buku motivasi dan perniagaan yang aku dah aim daripada dulu! Buku-buku seperti Jutawan dari Planet Jupiter hasil tulisan pakar kewangan Malaysia, Azizi Ali dan Perniagaan Internet hasil tulisan Irfan Khairi merupakan buku-buku yang aku beli. Buku tulisan Irfan Khairi je dah ada 3 yang aku beli sejak tahun lepas macam Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, Nota Jutawan Nota Motivasi, Nota Jutawan Nota Perniagaan dan juga buku 'legend' tulisan Andrew Carnegie yang bertajuk Bagaimana Mempengaruhi Seseorang dan Mendapat Kawan. Alhamdulillah semua buku tu aku dah habis baca tapi masih kena baca banyak kali untuk memperbaiki diri dan mendalami ilmu-ilmu tersebut. Baca sekali je memang tak berkesan la. Bak kata Dr Haji Fadzillah Kamsah, kena baca 21 kali baru masuk kepala! WOOoOo~

So tadi aku dah borong 5 buku motivasi dan perniagaan disamping bakal menjadi antara buku rujukan aku untuk menjadi jutawan dan bagaimana menguruskan kewangan. Borong beb! Lepas aku dah baca buku2 camni baru aku tau, untuk jadi millionaire kita kene banyak baca buku-buku camni. Samala cam blajar engineering ke medik ke. Baru leh berjaya. Kalau setakat 10 buah buku je baca tak cukup. Nak kena beratus-ratus malahan beribu kalau boleh. Kebanyakkan jutawan dan orang berjaya didunia ni pasal diorang banyak baca buku-buku motivasi dan perniagaan dan bukan buku PORN! So Porn tak leh masuk. Hahaha.

Antara tips untuk menjadi jutawan adalah, kita tak semestinya kena berniaga untuk menjadi jutawan. Kerja makan gaji pun boleh cuma lambat la progress jutawan dia. Pasalnya, kita kena selalu menabung. Bayangkan kalo kita dapat duit sebulan RM20 000 tapi belanja sampai RM18 000 pastu kite bandingkan ngan orang yang gaji RM5000 pastu belanja RM2000....sapa yang dapat buat saving lebih? Its not actually the matter of how much you get but its the matter of how much you spend your money. That important......

Apa kata anda?

LOGO PERNIAGAAN ANDA: IMPAK GEMPAK

Minggu lepas kita ada bincang pasal nama perniagaan dan kali ini kita akan bincang pulak pasal logo perniagaan.

Kenapa logo? penting sangat ke logo nie?


Itu lah persoalan yang selalu orang tanya. Yela..bendanya kecil aje. Apa keberkesanan dia kalau kita ada logo sendiri? Dahla kecil, apa yang benda ni mampu buat? Tapi itu lah kelemahannya pemikiran sesetengah usahawan-usahawan ataupun ahli perniagaan yang ada sekarang. Mereka terlalu memandang rendah keupayaan sesuatu yang bernama LOGO ini.


Seperti yang anda semua sedia maklum, logo itu adalah suatu gambar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk setiap perniagaan yang mempunyai logo. Pepatah inggeris ada cakap "A picture paints a thousand words" ataupun dalam kata melayu nya "sekeping gambar melakar seribu perkataan".


Anda sepatutnya mencipta logo sendiri untuk perniagaan anda. Walaupun logo itu kecil tapi ia mampu memberikan impak yang amat besar kepada sesuatu perniagaan. Walaupun kecil tapi ianya kecil-kecil cili padi.


Disamping itu, logo akan memberikan gambaran profesional kepada perniagaan anda dan ini sangat penting untuk "1st impression" yang kita pernah bincang minggu lepas. Selain itu, imej atau gambar juga mudah diingati oleh manusia berbanding perkataan kalau hendak dilihat dari sudut psikoloji nya.


Jika anda tidak mempunyai idea membuat logo sendiri, grafixxcavator.com bersedia membantu anda untuk mencipta logo yang menarik dan unik sejajar dengan perniagaan anda. Untuk maklumat lanjut silalah layari http://www.grafixxcavator.com/ hari ini.


Cola-cola, 7 Eleven, Giant, Tesco, Dunhill, Mercedes Benz, Intel, dapatkah anda gambarkan logo-logo tersebut? Anda sebenarnya perlukan logo untuk memantapkan lagi perniagaan anda!


Apa tunggu lagi! Cipta logo anda sekarang! :D

NAMA PERNIAGAAN ANDA: PENUH MAKNA DAN SESUAI

Perniagaan yang dinamakan dengan nama yang bagus akan mudah diingati oleh para pelanggan. Nama perniagaan tidak perlu terlalu panjang ataupun terlalu pendek sehingga menimbulkan kekeliruan dan ketidak fahaman para pelanggan mengenai perniagaan anda.

Mengapa nama pernigaan itu penting?

Secara psikologinya, nama pernigaan merupakan antara perkara utama yang akan dilihat oleh para pelanggan terutama pelanggan yang baru. Jadi bukankah "1st impression" itu penting? Kemudian, nama perniagaan juga bertindak sebagai strategi dalam mempromosikan perniagaan anda. Nama perniagaan akan menjadi efektif apabila disebut, fungsi atau industri perniagaan anda diketahui.

Sebagai contoh, Aroma Bakery is better than Aroma sahaja.Nanti orang tanya..aroma ape? dah susah kan? Kemudian jika anda berniaga kerepek ubi kayu dan ikan bilis, anda tidak perlu menamakan perniagaan anda sebagai Syarikat Berniaga Kerepek Ubi Kayu dan Ikan Bilis Enterprise...pelik bukan?

Oleh itu sebelum anda memulakan perniagaan, fikirkanlah nama perniagaan anda yang terbaik, paling menarik dan penuh makna.

Jadi sekarang, apa nama perniagaan anda?

IDEA PERNIAGAAN ADA DALAM DIRI ANDA

Kebanyakkan daripada kita semua selalu mengambil masa yang lama untuk mencari apakah perkhidmatan atau produk yang boleh diniagakan. Disebabkan masa yang diambil terlalu lama untuk memikirkan perkara ini termasuk dengan masa untuk mengambil keputusan apakah jenis perniagaan yang ingin diceburi, kita telah pun rugi kerana pihak lain yang mempunyai idea perniagaan yang sama telah membuat "first step" dengan memulakan perniagaan yang kita sedang pertimbangkan.

Untuk mencari idea perniagaan apakah yang ingin diceburi, kata Irfan Khairi didalam bukunya Nota Jutawan Nota Perniagaan, kita tidak perlu mencarinya jauh-jauh kerana kemungkinan kita sendiri tidak sedar bahawa terdapatnya idea perniagaan yang berharga jutaan ringgit didalam diri masing-masing.

Peluang perniagaan itu ada dimana-mana dan kita boleh memilih jalan perniagaan kita sendiri namun disarankan agar cepat bertindak setelah kita membuat keputusan kerana kebanyakkan kita yang sebenarnya mempunyai idea perniagaan yang baik terpaksa membatalkan hasrat berniaga kerana kita sendiri yang membunuhnya akibat tidak yakin dan mempercayai idea perniagaan sendiri.

Apakah idea perniagaan anda hari ini? pegang pada kata pepatah ini jika anda berhasrat untuk menjadi kaya, "No dreams come true until you wake up and go to work"

RUANGAN JUTAWAN BERSAMA MUAZAN MOHSIN

Salam semua pembaca MyBlogArena blog terhangat masakini..huhu..Sekarang saya cuba untuk berblog dengan cara santai dan pada masa yang sama saya selaku penulis blog ini ingin mengumumkan ruangan terbaru dalam MyBlogArena iaitu "21st Century Millionaire bersama Muazan Mohsin". Saya akan mengupdate ruangan ini dua kali setiap minggu dan hari keluarannya adalah rahsia untuk membiarkan anda tertanya-tanya dan kerap melawat blog saya..hehe..taktik baik punya.

Baiklah, apa itu "21st Century Millionaire bersama Muazan Mohsin" dan apa pengisiannya? Seperti yang semua sedia maklum, saya ni adalah seorang pelajar dan masih menuntut di tahun akhir pengajian kejuruteraan awam di Universiti Tenaga Nasional. Status jutawan pun belum dapat lagi since rezeki belum sampai la katakan..hehe. Tapi saya mempunyai impian untuk menjadi jutawan muda insya-allah jika diizinkan tuhan pada masa akan datang.

Oleh yang demikian, saya selalu membaca buku-buku motivasi dan perniagaan sebagai antara pendorong untuk meningkatkan momentum saya dalam mencapai impian saya yang menggunung tingginya itu. Saya juga, seperti yang dinyatakan pada post yang sebelum ini bercita-cita untuk menjadi speaker untuk perniagaan dan motivasi di masa akan datang. Oleh yang demikian, walaupun saya belum mencecah status jutawan lagi, saya ada sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat dan belajar untuk kearah jutawan abad ke 21 ini. Itulah sebabnya saya namakan ruangan ini sebagai "21st Century Millionaire bersama Muazan Mohsin" (21CMBMM).

Dengan berkonsepkan santai dan padat dengan info-info perniagaan, saya harap para pembaca akan tertarik dengan apa yang akan dikongsikan nanti di ruangan ini. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan dan kenyataan ini telah dikuatkan lagi dalam Islam. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama berkongsi ilmu!

"NO DREAMS COME TRUE UNTIL YOU WAKE UP AND GO TO WORK!"

Salam jutawan,

Mohd Muazan Mohsin
Related Posts with Thumbnails