CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE
Showing posts with label SEGMEN PEDASSS~. Show all posts
Showing posts with label SEGMEN PEDASSS~. Show all posts

APA YANG ANDA FAHAM MENGENAI PERKATAAN YANG DINAMAKAN "KEJAYAAN"

Dah seminggu aku tak update blog ni pasal sibuk dengan beberapa perkara sehingga tidak mampu membuatku tidur lena dan kadang-kadang tak dapat tidur pun. Namun semua tu akan ku gagahi juga untuk diteruskan dan seterusnya mencapai antara kejayaan yang aku idamkan dalam hidup iaitu tamat pelajaran di menara gading.

Namun ada beberapa persoalan sebenarnye yang bermain difikiran aku sekarang yang mungkin anda ada jawapannya. Tak salah kita berkongsi idea dan pendapat bersama.

SHARING IS CARING....

Mesti ramai yang setuju dengan aku bahawa mentaliti rakyat Malaysia sekarang ini adalah mahukan anak-anak mereka untuk mendapat segulung ijazah daripada menara gading dan bagi mereka kalau anak mereka berjaya mencapai perkara tersebut mereka akan berasa bangga dengan kejayaan tersebut. Kalau anak-anak mereka atau anak-anak buah atau bakal anak menantu takde ijazah, mereka akan dipandang rendah dan lebih berat digelar BODOH....

Adilkah anda rasa?

Cuba anda hayati dua peristiwa yang berbeza ini dan mari kita renungkan bersama....

Peristiwa 1
Ali merupakan seorang pelajar cemerlang SPM dan berjaya melangkah masuk ke dalam salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Dia berjaya menghabiskan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan mendapat ijazah dalam masa 4 tahun. Habis segenap lapisan keluarga, sedara mara dan rakan-rakan tumpang gembira dengan kejayaan Ali. Ali dipuji dan dipuji dan dipuji...sentiasa dipuji

Namun...

Setelah menamatkan pengajian, Ali menghadapi masalah utama lepasan-lepasan universiti pada ketika ini iaitu untuk mendapatkan pekerjaan. Walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dan walaupun Ali mendapat kerja sekalipun, namun perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah soal gaji....berapa gaji untuk lepasan universiti terutama untuk degree??? RM1700 pun ada dan average RM2500. Untuk kehidupan sekarang ini dengan gaji RM2500 memang tak cukup. Tolak kereta, tolak sewa rumah, tolak makan minum dan nak berbelanja lagi silap2 balance tinggal ciput je. Ali terpaksa makan gaji mungkin untuk 10 ke 20 tahun akan datang dan itulah hakikatnye kehidupan Ali kalau dia tidak mahu keluar dari zon selesanya atau dengan kata lain membuat business sendiri which is lebih mencabar daripada makan gaji.

So kejayaan disini adalah mendapat ijazah seperti yang dibanggakan sangat oleh semua pihak.


Peristiwa 2
Adam merupakan seorang pelajar tak cemerlang langsung dalam akademik. SPM pun 1 A je itu pun Bahasa Melayu. Oleh sebab itu dia memang takde peluang langsung untuk masuk universiti yang berprestij ataupun yang average sekalipun..kalau masuk swasta mungkin leh dapat tapi mahal. Adam ni miskin orangnye.

Apabila ramai orang tau cerita Adam, ramai yang mula memandang rendah dan sinis pada dia. Siap ada yang comparekan lagi anak dorang lagi hebat pasal ada yang jadi doktor la, engineer la atau kerjaya profesional yang len. Lebih teruk, Adam dikatakan tiada masa depan dan digelar bodoh.

Walaupun terdapat kekurangan dari segi akademik (yang orang kate kalau takde degree gelap masa depan), Adam keluar daripada zon selesa kehidupan dan menceburi bidang perniagaan yang luas peluangnya. Adam memang seorang yang cekal dan berusaha keras dalam perniagaan walaupun orang asyik kata dia pemalas untuk belajar. Disebabkan kesungguhan dia, dia berjaya dalam business dan mencapai pendapatan 5 angka setiap bulan bahkan dia sendiri adalah bos. Dan inilah kejayaan Adam yang orang lain pandang rendah sebelum ini. Dia boleh pakai kereta mewah berbanding rakan-rakan yang belajar cam giler kat universiti tapi keluar tetap makan gaji.

So kejayaan disini adalah mendapat pendapatan lumayan 5 angka setiap bulan, mampu membeli kereta mewah bahkan menjadi bos sendiri!






Persoalannya adalah~

Adilkah jika kita hanya memandang tinggi pada orang yang mempunyai akademik background yang bagus atau yang mempunyai daya keinginan dan usaha yang hebat tanpa sebarang ijazah??

Apa pandangan anda???

**layari http://muazanmohsin.blogspot.com untuk cerita lebih sensasi~


DAH BOSAN DENGAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Aku dah bosan ngan team bola malaysia..bukan nak kate ape la...aku ni mule kenal bola 10 tahun dulu aku layan liga Malaysia siap sokong negeri sembilan...bile dah lama and bosan dengan persembahan dalam liga malaysia beserta pasukan kebangsaannya, aku pun beralih arah ke Man Utd pasal masa tu aku dah membuka mata untuk menonton liga luar negara...1st time aku tgk impression aku adalah "PERGH!! MANTAP GILER!!"...aku masa tu tertarik dengan corak serangan dorang, cane dorang hold bola, defend, ngan masa tu David Beckham mantap giler...so aku dah stuck ngan Man Utd dan tros jadi die hard fan sehinggalah munculnya kelibat Cristiano Ronaldo 6 tahun dulu.

Aku agak puas hati dengan keputusan aku layan liga lain pasal aku tidak membuang masa melayan liga malaysia yang hampeh dan ranking malaysia turun cam turun escalator setiap tahun...pasukan kebangsaan negara lain yang lopek pun leh duduk atas malaysia...

Thats why aku sokong man united..walopun orang kate dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung...memang betul..tapi sedarkah korang pasal korang dah membuang masa melihat persembahan yang budak sekolah pun lagi hebat?

Aku masih menantikan pasukan Malaysia yang hebat persis zaman Mokhtar Dahari atau nickname dia SUPER MOKH dulu yang membanggakan..dorang siap pernah beat Arsenal kot...tu baru pasukan Malaysia..bukan yang sekarang ni..gaji nak banyak tapi main cam main teng teng.

sekadar pendapat aku...

Majulah sukan untuk negara & GLORY GLORY MAN UNITED!
Related Posts with Thumbnails