CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

AL-IKHSAN (W.MAJU) - ONE UTAMA - AMPANG PARK - KLCC

Tepat pukul 3.45 petang Ahad bersamaan dengan 31 May 2009, aku melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan mendirikan solat Zuhur. Sesudah urusan selesai dengan yang Esa, aku terus melangkah keluar rumah dan masuk ke kereta untuk memulakan perjalanan "PENCARIAN RUNNING SHOES" pada hari ini.

Duduk aje aku dalam kereta, aku terus terpikir...kemanakah harus aku pergi dulu? adik aku pesan supaya check di Al-Ikhsan Wangsa Maju dulu..so aku pun pergi la sana dengan harapan untuk mencari yang terbaik...

Bila dah sampai Al-Ikhsan Wangsa Maju, lepas aku godek2...aku rasa cam tak puas hati dengan apa yang aku nampak...mungkin aku perlu bergerak merata-rata untuk membuat survey.

Lepas tu aku cuba melangkah lebih jauh dengan menuju ke One Utama. Kat sana, abes semua kedai kasut aku geledah dan kasut yang aku berkenan sume nye takde saiz aku...yang berkenan banyak je cume banyak jugak yang mahal giler walaupun after less.

Pastu pi Ampang Park pulak...kat sana ada Al-Ikhsan ngan butik Adidas...bile sampai aje sane...lagi hampeh...takde yang aku berkenan dan harga plak mahal giler...

Pastu aku pikir balik, perlukah aku ke destinasi pertama aku tadi? Atau ke.....KLCC??

Dah masuk kereta n mula kan perjalanan pulang, bile dah sampai simpang AKLEH ke KLCC, aku terus ambik keputusan untuk ke KLCC dan meneruskan usaha mencari....

Bile dah sampai, aku pergi ke satu kedai yang bernama STADIUM/STUDIO R dan disitu banyak pilihan ada, diskaun pun ada....memula aku berkenan ada satu kasut Adidas ni...tapi hampeh..saiz aku takde...namun begitu harga die after less RM279... agak diluar budget aku..memula pikir kalau ada size aku nak angkat je yang tu..tapi takde size...so at last...yang aku beli was....

RUNNING SHOES ADIDAS ADIPRENE


sama cam member aku budangpanjang//rambutpendek tapi aku nye kaler kuning~ woOoOoo..harga boleh tahan RM233 tapi sayang kaki punye pasal beli je la walaupun mahal pasal sebelum ni aku beli brand POWER je untuk running shoes...huhuh..bapak sep...

Tapi sebab aku akan banyak berlari lepas ni...so aku kene beli yang mahal sikit untuk kebaikan dihari tua kelak..hihihi

BRONZE NO MORE

Nampaknya...pada 30 Mei 2009 a.k.a semalam, aku dah berjaya memecahkan badi BRONZE MEDAL aku dalam sukan Rowing apabila berjaya mendapatkan SILVER MEDAL yang pertama sejak aku menjinakkan diri dalam sukan rowing sejak 3 tahun yang lalu dan MASUM 2009 jua merupakan MASUM pertama dan terakhir yang aku sertai sebelum akan mengakhiri zaman universiti aku (dah kerja la maksudnye~)

Walaupun pada mulanya harapan aku dan rakan2 amat tinggi menggunung untuk mendapatkan GOLD MEDAL...namun ternyata kami masih perlu melakukan banyak perkara untuk tingkatkan performance nanti...

walaupun aku dah buat persediaan awal sejak 5 bulan yang lalu, namun ternyata banyak lagi perkara perlu ditingkatkan lebih2 lagi emotionally dan technically. So aku harap for the next Rowing tournement yang aku akan join....

GOLD WILL BE MINE!

AKU TELAH JATUH CINTA PADA AINO SE

Selepas menunggu bagai nak rak selama lebih 3 bulan, nampaknya W995 akan keluar juga di Malaysia tapi lambat lagi nak kene tunggu..wuwuwuw...tapi masalahnya sekarang aku dah jatuh cinta dengan satu lagi Handphone Sony Ericsson yang namanya memang pelik....AINO!

Nak tengok apa yang ada pada AINO SE? Tengoklah video dibawah~


APABILA BERTEMU DENGAN ANGIN BARAN BOLOT

aku baru je nampak nama anak Angin, Baran dan Bolot hari ni...kesemuanya warganegara Malaysia....

Tak percaya??

Percayala....

CLONNED YAHOO: PLEASE DONT BELIEVE THIS


Have you seen anything like this? I got this extract from my Yahoo email and the title is "YAHOO ALERT!" sent by "YAHOO CENTERS".

In my opinion this is something that might trap you to give "them" your username and password so that they can use it and get into your email account to obtain any important file like your Banking account info and so forth.

Never ever trust this kind of email and once you get it, just get rid of it.

Yahoo will not use this kind of method to ask for your username and password. There is no congestion report so far officially reported by Yahoo and they have their own method to just delete any unused email account but not like this extract.

So please be aware.....

KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT

Kami tak besar dan kami tak kuat..namun bila kami bekerjasama semua jadi mudah!

Itu lah dia yang berlaku pada kami pagi tadi apabila usaha yang sebenarnya masih belum mencapai tahap yang memuaskan berjaya membuahkan hasil untuk hari pertama Masum Rowing 4+ Lelaki apabila kami berjaya mengalahkan USM, UTeM dan satu lagi universiti yang aku dah lupa apa nama dia untuk melangkah ke semi final pada hari Jumaat nanti~

Namun kami masih mempunyai baki pertarungan yang dijangka sengit sehingga Sabtu ini dan kami akan berusah untuk mengharumkan nama UNITEN!

THE DUCK NIGHTS ARE THE CHAMPIONS!

MARI MENYANYI! WONDER PETS



APA YANG PENTING??? KERJASAMA~

TOP 10 GIANT MOVIE MONSTERS! CHECK THIS OUT

So far citer raksasa apa yang korang pernah tengok? Godzilla? sebenarnye banyak lagi...hehehe..nak tau lebih lanjut korang leh ushar video bawah ni.

I'LL BE BACK..

What is wrong with "I'LL BE BACK"?

Hahaha..actually it is something that I want to share with you guys. The phrase is taken from one of the most success movie since 1980s which is Terminator.

There were 3 of them actually. Terminator 1, Terminator 2 and Terminator 3. But this week in Malaysia and worldwide, there will be a new Terminator movie which is the fourth one, Terminator Salvation!

I cant wait to watch it. This movie will be my next movie in line to be watched after Angels & Demons played by Tom Hanks. I havent watched Angels & Demons till now so I have to be hurry because Terminator Salvation will be screening worldwide by this week!

1500 PUSHUPS A DAY?

Yeah~ 1500 pushups a day. That is the number of pushups performed every day by former Heisman Trophy winner and NFL running back Herschel Walker when he played football.



236 is the average number of additional calories a person consumes on a Saturday, compared with weekday.



75% of strength recovered within 1 minute of completing a set during workout.

MINGGU YANG PENUH KEHITAMAN

Hitam dan kegelapan~

Itulah warna kulit aku saat ini apabila dah 7 minggu berbumbungkan matahari terik ketika berpraktikal di site construction. Ditambah lagi dengan 2 minggu latihan rowing di tasik Putrajaya sebagai persediaan untuk kejohanan MASUM yang akan bermula hari ini iaitu pada 25/5/09.

So senang cerita, aku telah bergelumang dengan minggu-minggu kehitaman dan aku akan menfokuskan ke arah pencerahan kulit apabila minggu MASUM berakhir kelak. Praktikal pun dah tinggal 4 minggu lebih...so okey la..ahahaha...

Namun yang pasti, aku akan merindui pengalaman berpraktikal setelah menamatkan sesi praktikal selama 3 bulan ini nanti. Walaupun berjemuran di bawah sinaran mentari..namun aku suke dengan kerja-kerja yang aku buat semasa praktikal...tidak hanya duduk di ofis...

NIGHT RUN 09: READY TO TEST YOUR LIMITS?

Men's Health Malaysia, iaitu majalah kegemaran ku masakini akan menganjurkan satu larian tengah malam (tengah malam beb!) di Putrajaya, Selangor. Berikut adalah detail-detail yang aku dapat:

Tarikh: 25 Julai 2009
Masa : 6 pm - Midnight
Flag off : 8 pm
Start/Finish: In front of Kompleks Perbadanan Putrajaya, Precint 3
Kategori :
Lelaki terbuka 11.5 KM (18 tahun ke atas) Lelaki Veteran Jr 11.5 KM (40 tahun ke atas) Lelaki Veteran Senior 7.7 KM (50 tahun ke atas) Fun Run 5 KM (18 tahun ke atas)
Bayaran Pendaftaran : RM 30**

Semua pelari akan menerima goodie bag bernilai lebih RM300 termasuk Reebok runner's tee dan kalau dapat habiskan perlumbaan akan dapat sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut leh la klik www.mens-health.com.my dan pendaftaran secara online leh la ke www.hooha.asia

Daripada diri aku secara personal, aku mungkin tak dapat join triathlon yang akana berlangsung di Pahang nanti pasal bayaran dia mahal sangat dan jauh...so mungkin aku nak masuk yang ini! Kena berlatih bersungguh-sungguh!


THE ONLY EASY DAY WAS YESTERDAY!

CABARAN MENANTI MINGGU HADAPAN!

SEMOGA BERJAYA & JUST DO IT! (pinjam NIKE nye moto)...itulah ungkapan yang aku selalu katakan pada diri ku hampir setiap hari. Ungkapan itu juga merupakan antara kata-kata yang menjadi pembakar semangat untuk jiwa ku ini. Selalunya, untuk berjaya kita perlu mempunyai nilai motivasi diri pada tahap tertinggi demi untuk mengiringi jasad dan rohani kearah kejayaan yang ingin dikecapi yang diyakini bukan senang untuk dicapai.

Tak kira la samada masa peperiksaan akhir tahun ke, quiz ke, asessment di kelas ke, amik lesen JPJ ke, bukak perniagaan ke, baru nak start kerja ke, nak kawen ke, macam-macam lagi la. Semua itu memerlukan nilai motivasi yang tinggi untuk menjamin kejayaan setiap individu.

So, nak dijadikan cerita next week merupakan antara hari genting aku pada tahun ini apabila MASUM yakni Majlis Sukan Universiti Malaysia 2009 akan memulakan kempen pertandingan rowing di tempat yang sama setiap tahun iaitu di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8, Putrajaya.

Kejohanan ini pasti menggamit perhatian ramai pihak apabila semakin banyak universiti yang ingin menceburi bidang rowing ini. Oleh itu, pertandingan kali ini dilihat lebih kompetitif berbanding dulu.

Pasukan aku which is from UNITEN dah training for 2 weeks...walaupun nampak cam tak cukup training namun sebenarnya semua itu berpunca daripada rintangan-rintangan yang mendatang sebelum kami berjaya mencapai kejayaan yang diimpikan....kali ni aku mau EMAS!!

Oleh itu, dalam situasi-situasi genting seperti ini...nilai motivasi perlu tinggi seiring dengan semangat juang yang kental!!

Ini adalah MASUM terakhirku sebelum aku meninggalkan dunia sukan rowing di peringkat Universiti~ wuwuwu

aku (cangkung 2 dari kanan) masa menang Bronze untuk URI

APA YANG PENTING????

KERJASAMA!!!

SONY ERICSSON IDOU: INFO AND SPECS

Sony Ericsson Idou encapsulates the future of mobile entertainment in the palm of your hand delivering visual communication like never before.

Capture moments, talk through pictures and share all your experiences like never before with the 12.1 megapixel camera, intuitive touch features and Xenon flash. Tap directly into your favourite videos and tracks with the full-touch media menu and feast your eyes on movies, TV-series and video clips in true 16:9 widescreen format. Based on what will become the Symbian Foundation operating system, thousands of applications are available online letting you install new applications and download exciting content from PlayNow™ to make the Sony Ericsson Idou truly yours.

The Sony Ericsson Idou is packaged with Sony Ericsson's new sub ion-based Entertainment Unlimited movie service. Viewers can download films to a PC and then transfer them over to phones.

Sony Ericsson Idou will be available 2nd Half of 2009.

*"Idou" is a concept name for this phone and not the final name under which the product will be marketed to the public

SONY ERICSSON IDOU: PREVIEW

TIPS TO PREVENT CATCHING THE H1N1 FLU

Below are the tips to prevent yourself from H1N1 infection..
  • Cover your nose and mouth with a tissue when you cough or sneeze. Throw the tissue in the trash after you use it.
  • Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hand cleaners are also effective.
  • Avoid touching your eyes, nose or mouth. Germs spread this way.
  • Try to avoid close contact with sick people.
  • If you get sick with flu, stay home from work or school and limit contact with others to keep from infecting them.

H1N1 FLU SYMPTOMS

Below are the lists of H1N1 Flu symptoms and if you have detected one of the symptoms in you, please go to any hospital/doctor to do medical check up.
  • High Fever
  • Coughing
  • Runny nose
  • Sore Throat
  • Nausea or diarrhea
  • Loss of appetite

H1N1: INFLUENZA A

H1NI or INFLUENZA A or previously known as Swine Flu has attacked the entire earth...People do not normally get this type of flu, but human infections can and do happen. In March and April 2009, the first confirmed cases of human infection were documented in a number of states as well as in other countries.

This H1N1 flu is contagious, but there are simple steps to take to reduce your chances of contracting the flu. The first and best method is washing your hands frequently with warm water and soap and to cover your mouth when you cough or sneeze. You cannot catch this H1N1 flu by eating pork or products made from pork.

Infected people may be able to infect others even before symptoms develop and up to seven or more days after becoming sick. That means that you may be able to pass the flu on to someone else before you know you are sick, as well as while you are sick.There medicines available to treat H1N1 flu. Antiviral drugs are prescription medicines – pills, liquid or an inhaler – that fight against the flu by keeping flu viruses from reproducing in your body. If you get sick, antiviral drugs can make your illness milder and make you feel better faster. They may also prevent serious flu complications.For treatment, antiviral drugs work best if started soon after getting sick, usually within two days of developing symptoms.


BAGAIMANA UNTUK BERPINDAH DARIPADA WEB HOSTING YANG LAMA KE YANG BARU

Seperti kamu-kamu di luar sana...aku yakin ramai yang tak tahu pasal perkara ni which is berkaitan dengan pemindahan web hosting yang lama (tapak web site anda) kepada web hosting yang baru.

Oleh itu aku akan kongsi maklumat tu dengan korang dan aku dapat maklumat ni daripada laman web jutawan internet Malaysia terkenal which is Dr. Irfan Khairi (gambar)! Berikut adalah cara-caranya...

Kalau anda menjalankan perniagaan Internet, atau mempunyai blog atau laman web, ada kalanya anda perlu berpindah server. Server yang lebih baik untuk menampung kapasiti aktiviti laman web anda. Ini yang terjadi pada IrfanKhairi.com apabila webhosting lama (A) sudah tak larat nak menampung IrfanKhairi.com. So, saya berpindah ke webhosting (B) baru.

Berikut adalah proses berpindah webhosting untuk pengetahuan anda…

  1. Webhosting syarikat A akan menghubungi anda untuk beri tahu mereka dah tak dapat menampung kapasiti laman anda. So, anda perlu cari webhosting lain. Saya pun mendapatkan webhosting syarikat B.
  2. Sering kali webhosting syarikat B akan membantu dalam proses pemindahan. Kerana mereka dapat ‘business’ :) . Anda juga boleh request perkhidmatan Web Host Migration ini.
  3. Syarikat B akan backup semua file dari syarikat A. Anda perlu beri username dan password anda kepada syarikat B. Mereka akan pindahkan semua file ke server baru (B).
  4. Take note, pemindahan file sahaja berlaku sehingga kini. Nama domain (IrfanKhairi.com) belum lagi pindah…
  5. Anda perlu pindahkan domain name (IrfanKhairi.com) supaya ditujukan ke webhosting B pula
  6. Untuk domain name pula, anda perlu mengubah NAMESERVER domain name dari A kepada B. Untuk mengubahkan nameserver, anda perlu login ke akaun domain name management anda (berbeza dengan akaun webhosting).
  7. Ubahkan nameserver kepada nameserver baru (di beri oleh syarikat B… kalau tak, anda perlu minta)

Beri beberapa masa… dan viola! Proses pemindahan pun selesai :)

*Sebenarnya, langkah 2 & 3 di atas boleh dilakukan oleh anda sendiri. Melainkan, sekiranya anda mempunyai pelbagai script/program/database atau tak ada masa melakukannya, minta perkhidmatan “Web host migration” ini dari webhost baru anda. Sering kali percuma… adakalanya mereka charge.

Didapatkan dari www.irfankhairi.com

RUNNING SHOES: ADIDAS OR NIKE?

Sejak aku mula bergiat aktif untuk berlari dan berjogging yang kadang-kadang tu boleh mencapai 8 km pada satu-satu masa, aku mula merasakan aku memerlukan sesuatu yang mampu membantu aku dalam meningkatkan ketangkasan.

Bukan seperti budakpanjang//rambutpendek yang mengambil pendekatan yang berlainan kerana berdasarkan slogannya "setiap sedutan meningkatkan ketangkasan", aku perlu mengambil pendekatan yang berbeda.

Tamat sudah mukadimah, namun persoalannya sekarang adalah, Nike atau Adidas?

Secara amnya, sebelum ni aku hanya membeli boot bola dan kasut futsal daripada jenama Adidas dan Nike(namun Nike berjaya mencuri tumpuan aku sejak akhir2 ni kerana mereka telah menggunakan idola aku untuk memancing perhatian aku)...

untuk running shoes hanya sekadar jenama Power sahaja yang berharga tak lebih RM80 pun. Namun jika dilihat dari sudut keselesaan dan kualiti, ternyata aku perlu mengubah pendekatan aku terhadap running shoes demi untuk menjaga kesihatan tulang, ligamen dan sendi2 kaki aku. Mungkin aku terpaksa membayar lebih untuk kepuasan jangka panjang.

Namun semua itu perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya terutama dari segi harga memandangkan ada perkara lain yang perlu didapatkan jugak selain running shoes.

Aku sudah buat keputusan, my next running shoes yang bakal menggantikan kasut Power aku yang sudah tak rupa kasut lagi adalah daripada jenama Adidas. Aku perlu melabur lebih untuk keselesaan dan kesihatan kaki aku....

AYAT-AYAT CINTA

Sekadar ingin menyingkap kembali sebuah filem Indonesia yang bertajuk Ayat-ayat Cinta. Aku belom lagi tengok cerita ni sampai habis. Tengok sikit-sikit adalah. Tapi orang cakap cerita dia best. Tak tau la kan. Sendiri belom tengok susah nak cakap jugak. Tapi takpela. Leh je aku tengok pasal rumah aku ada VCD dia. Tengok tu, rumah dah ada VCD pun tapi tak tengok2 jugak kan...hehhehe

Walau apa pun, aku suka original soundtrack dia...dahla Rossa nyanyi..lagi best. Anyway, korang leh tgk sendiri video klip lagu tu kat bawah ni...

enjoy~

SONY ERICSSON W995: PREVIEW

SONY ERICSSON W995: INFO AND SPECS

Nak share sikit ngan korang pasal handphone yang menjadi buruan aku sekarang which is Sony Ericsson W995. Jom usha~

The Sony Ericsson W995 Walkman
Anytime is showtime

  • Optimised video playback with style and performance – get the best possible video resolution in your pocket
  • Videos straight to your phone - Wi-Fi™ and Turbo 3G – easy video access to YouTube™ and other entertainment sites
  • Clear 2.6” display - with desk stand, powerful speakers or 3.5mm audio jack
  • 8.1 megapixel camera – take picture perfect images with Photo Flash and face recognition
  • Clear audio experience – enjoy the best sound possible, the way it was meant to be heard
  • 8GB Memory Stick™ Micro – save an inexhaustible amount of photos, video clips and sounds
  • Tag a place-name to your memories or stay on track with aGPS and Google Maps™

Media Go™
Makes it easy to bring your media with you

  • Transfer, play and organise – with Media Go™ you can easily transfer music, videos, photos and podcasts between your mobile phone and computer
  • Automatic sync – sync your music playlists automatically to keep the phone updated with your new music
  • Auto convert – Media Go™ gives you the best quality playback of multi-media content on a mobile phone. There’s no need to use extra applications to be able to bring your media with you.
  • SensMe™ - create a playlist of songs in your library, you can also sort your music by mood or tempo
  • Podcasts – it has never been easier to subscribe and download podcasts. Apart from adding your own favourites, the directory is there to help you to find the new and exciting content.
  • Audio CD ripping – Use Media Go™ to burn your CDs and bring your music and audio books with you

AMARAN POLIS: LINDUNGI DIRI DARIPADA PENCURI IDENTITI!

Sebagai untuk berkongsi maklumat...perkara ini penting untuk dikongsi bersama demi untuk melindungi diri daripada pencuri maklumat yang mampu memasuki akaun perbankan korang dan seterusnya mengambil semua duit dalam akaun sehingga tiada lagi yang tinggal.

semua maklumat ini diambil daripada laman web www.maybank2u.com.my

Police alert!

  • NEVER respond to any phone call / SMS / email requesting your bank account details

  • NEVER reveal your bank account details / ATM PIN / Internet banking password to anyone

  • NEVER follow instructions from unknown parties to do banking transactions or make changes to your bank account details

  • NEVER be a victim of schemes that sound too good to be true

Amaran pihak polis!

  • JANGAN layan sebarang panggilan telefon / SMS / emel yang meminta butir-butir perbankan anda

  • JANGAN dedahkan maklumat akaun / nombor PIN ATM / kata laluan perbankan Internet anda kepada mana-mana pihak

  • JANGAN terperdaya dengan arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan butir-butir perbankan anda

  • JANGAN menjadi mangsa skim-skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan

QUOTE OF THE DAY: PENGALAMAN

Yes, memang betul. Setinggi mana latar belakang pendidikan seseorang...namun..semua itu tidak lengkap jika tiada perkara yang satu....

PENGALAMAN..

Untuk menjadi seseorang yang betul2 berjaya dalam hidup mahupun kerjaya....pengalaman lebih memainkan peranan dalam memacu setiap pergerakkan kita kearah yang lebih baik dan untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.

Ramai jutawan dan hartawan di dunia yang datang dari jalanan atau dengan kata lain mereka adalah dalam golongan "street smart".

Pengalaman dan pengetahuan yang tiba hasil daripada pendidikan yang betul amat mustahak dalam menjadikan seseorang itu berkaliber tidak kira bidang apa pun yang diceburi.

Nyanyian? Pemain bola? Jurutera? Doktor? Pegawai Tentera?...

Semuanya memerlukan pengalaman + pendidikan

Oleh itu, carilah sebanyak mana pengalaman untuk menjadi seorang yang cemerlang!


"Kamu tidak boleh mencipta pengalaman, Kamu mesti menghadapinya"

- Albert Camus

iBUKU

Kedengaran suara bayi menangis di sebuah rumah usang yang terletak sejauh 20 km dari sebuah bandar di salah sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia. Tangisan bayi tersebut tidak mampu didengari oleh orang lain memandangkan kawasan penempatan bayi itu tidak mempunyai ramai penduduk dan kebanyakkan penduduknya hanya suka membuat kerja masing-masing tanpa menghiraukan jiran-jiran mereka dan mereka juga tinggal dalam keadaan daif dan miskin.

Bayi itu tinggal bersama ibunya yang telah kematian suami sejak 7 bulan yang lalu bersamaan 11 bulan selepas kelahirannya. Ibu yang juga seorang wanita tabah itu terpaksa hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang sejak suaminya pergi buat selamanya akibat serangan kanser hati. Demi mencari sesuap nasi untuk anak yang tersayang, ibu tabah tersebut sanggup meredah hutan untuk mencari apa jua sumber makanan yang boleh dimakan dan mencari nafkah dengan membuat tikar mengkuang. Hasil yang diterima tidaklah sebanyak mana, hanya RM10 seminggu kerana tikar mengkuangnya tidak berapa digemari orang lain. Yang membeli hanya kerana simpati.

Tinggal di sebuah rumah usang dengan atap zink yang sudah berlubang-lubang, ibu tabah tersebut hanya mampu menyelimutkan bayinya dengan sehelai kain yang amat nipis demi untuk mengelakkan anaknya daripada kesejukkan apabila hujan mula turun. Setiap kali hujan turun, tidak pernah sekalipun air hujan tidak pernah berhenti daripada menitik masuk kedalam rumah usang itu dan membasahi setiap ruang permukaan lantai rumah tersebut.

Tidak ada apa yang mampu dilakukan oleh ibu tabah tersebut untuk mengubah nasib mereka. Usaha sudah dibuat dan apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa.

Sehinggalah pada suatu hari, ibu tabah tersebut bertekad untuk pergi ke bandar yang jaraknya 20 km itu dengan menaiki basikal lama kepunyaan arwah suaminya. Niatnya ke bandar itu adalah kerana untuk meminta bantuan Jabatan Kebajikan. Bayinya ditinggalkan dengan seorang jiran yang sudi membantu dalam menjaga bayi tersebut selama ketiadaan ibunya.

Kata-kata wanita tersebut kepada anaknya

"Jangan nangis ye nak. Ibu pergi tak lama. Semuanya untuk masa depan kau. Ibu berjanji yang ibu akan pulang untuk mengambil kau sebaik sahaja urusan ibu selesai di bandar"

Sesudah itu, wanita itu terus berangkat ke bandar menaiki basikalnya sambil menangis kesedihan kerana mengenangkan nasib dia dan anaknya. Tangisan kuat anaknya terpaksa ditempuhi walaupun hatinya berat untuk meninggalkan anak tunggalnya itu. Air mata mula mengalir keluar dan membasahi pipinya. Namun tiada apa yang mampu dilakukan lagi selain perjuangan yang ini. Keputusan sudah dibuat dan perjalanan pun sudah bermula.

Sepanjang perjalanan, wanita itu hanya mampu menangis tatkala cuaca yang amat panas. Kehidupannya yang serba kekurangan serta tidak mampu melihat anaknya kelak susah seperti dirinya membuatkan beliau cekal untuk terus mengayuh ke bandar walaupun ribut kuat melanda. Hujan lebat mula turun menggantikan sang panas yang baru berkuasa sebentar tadi.

Sambil berkayuh, pemikirannya tidak lekang daripada memikirkan perihal anaknya.

Namun...

Dengan perjalanan yang hanya berbaki 4 km itu daripada Jabatan Kebajikan yang berdekatan, seorang pemandu kereta yang tidak bertanggung jawab kerana memandu laju terlanggar ibu tersebut dari belakang. Wanita itu tercampak ke tengah jalan. Basikalnya remuk teruk dan orang ramai mula berlari kearah wanita tersebut untuk memberikan pertolongan. Pemandu kereta tadi muka ketakutan dan terus memecut laju keretanya tanpa sempat orang ramai mengejar.

Kini, wanita tabah itu hanya mampu terbaring lemah di atas jalan yang basah dan hujan yang turun tadi menjadi semakin lebat. Darah mula mengalir keluar daripada mulut dan hidungnya. Wanita itu sempat menyebut beberapa kali nama anaknya sebelum diakhiri dengan menyebut dua kalimah syahadah sebelum pergi buat selamanya.

Kini tinggallah bayi itu seorang diri menangis dan terus menangis sehinggalah masa untuknya mengetahui bahawa kedua ibu bapanya telah pergi buat selamanya tiba satu hari nanti.

Janji ibu kepada anaknya tadi gagal ditunaikan kerana tuhan lebih menyayangi ibu tabah tersebut.

Mati tidak mengenal masa dan tempat.

Oleh itu, hargailah ibu kita sementara mereka masih ada. Sayangilah mereka seperti mana kita dikasihani oleh mereka dan peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara kita sewaktu kita masih kecil.

Sempena hari ibu ini.....HAPPY MOTHERS DAY to my mom and to all mothers in the world!


Hasil nukilan dan ikhlas daripada,

Muazan Mohsin

MOVIE REVIEW: X-MEN ORIGIN= WOLVERINE

Penantian demi penantian, akhirnya terbongkar jugak kisah misteri abg Logan aka Wolverine melalui filem terbaru X MEN ORIGIN: WOLVERINE. Cerita ni berkisarkan mengenai perjalanan hidup En. Wolverine daripada beliau masih kecil sehinggalah berdekad2 beliau hidup. Bermula dengan kehidupan berperang bersama askar-askar US daripada perang dunia pertama sampai perang dunia kedua...dahsyat wooo...lama hidup..awet muda la tu...ni bukan ape. Kan En Wolverine ada healing power. So memang la susah nak mati. Kalau camtu aku pun nak..hahaha XP
Cerita sket2 je la kan pasal karang sape yg lom tgk lagi jadi tak suspen la kan..hehehe...murni jugak hati aku ni. Hehehek

Komen pasal movie ni plak..mmmm....pada pendapat aku, filem ni takdelah hebat mana pun rupenye. Fast and Furious 4 lagi best kot. So betulla kata2 beberapa orang member aku yg dah tgk lebey awal cerita ni. Dorang pun kata Fast and Furious 4 lagi best.

Pasal apa tak hebat? Senang...pasal jalan cerita dia memang tak best. Kurang aksi-aksi berlawan-lawan. CGI filem ni pun cam ada gak yg bocor2 kalo korang perasan la...especially masa ada satu babak wolverine keluarkan kuku besi dia tu. Secara keseluruhan, aku secara peribadi rasa filem ni tak leh lawan filem2 franchise X MEN yang sebelum sebelum ni. Tapi yang bestnye cume ada Gambit je. Tu pun masih tak best pasal die takde la lawan2 sangat. Stakat jadi pengacau je..hahaha

Thats all for now!

Kepada yang belum tgk dan nak tgk...selamat menonton!


Filem rating

3 1/2 Stars

BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN TAHAP KECERGASAN ANDA DAN MENDAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL?

Semua orang nak berat badan yang ideal dan tahap kecergasan yang terbaik. Kebanyakkannya bila dah gemuk baru nak jaga makan untuk kurus (cam aku)...tapi ada je yang buat tak kesah dengan pemakanan dorang pasal dorang makan camne pun dorang maintain kurus...faktor utama untuk ni is because of their kadar metabolisma yang tinggi atau mungkin faktor genetik.

Tapi takpe..itu hal lain. Sekarang ni jika korang dalam golongan orang2 yang rasa diri korang berisi dan nak dapatkan bentuk badan yang ideal dan berat badan yang cun( menjadi kurus bukan target terbaik untuk kelihatan segak!)...cuba dapatkan berat badan yang ideal dengan tinggi korang.

caranya adalah dengan menjaga pemakanan dan selalulah bersenam (selalu sangat dengar tapi masalah nye inilah hakikat!)

Cara aku setiap hari (Bukannya yang terbaik tetapi sekadar ingin berkongsi dengan semua..kalau nak ikut terpulang, kalau tak nak pun terpulang pasal tak buat aku susah pun..hehe)

Aku bersenam di gym setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat...kenapa selang2? Pasal aku mengamalkan Total Body workout dan hari selepas hari aku pergi gym tu cam hari Selasa dan Khamis adalah hari dimana aku membiarkan muscle aku untuk recover atau dengan kata lain membesar! WoOoOo~ Berada dalam gym untuk 1 jam 30 minit ke 2 jam dah memadai. Tapi yang penting bila dah masuk dalam gym kena la banyakkan exercise dan bukan banyak cakap dan berbual-bual...Kuantiti bukan penting tetapi Kualiti senaman korang tu yang penting.

So apa aku buat hari yang aku tak pi gym tu? Aku berjogging atau pun main bola! Kalau berjogging selalunya aku akan jog dalam 6 km paling minimum dan bagi aku kalau lari 2.4 km tu cam nak panas badan la...so kalau dah biasa lari jauh2 lama2 jadi small matter je untuk korang.

Makan? Malam aku makan roti Gardenia @ butterscotch, telur, minum susu, Tuna (no nasi)....everyday..kecuali hari sabtu dan ahad aku makan lain sket (mungkin ada nasi)...tapi yang penting kurangkan makanan berlemak!

Aku dah amalkan perkara ni nak dekat 5 bulan dah dan hasilnya....berat aku daripada 75 KG skang dah jadi 68/69 KG dan aku rasa lebih yakin dengan penampilan aku..cheewah..ayat tak bley belah...yakin2..:D

Nak kongsi cara korang plak? sila kan....:D

MELABUR

Setahu aku, ada dua maksud perkataan melabur ini....

satu, melabur di jamban!

dua, melabur di skim2 pelaburan.

Melabur adalah something yang sangat bagus untuk dilakukan demi untuk menjana pendapatan sampingan disamping pendapatan tetap yang diterima jika kita kerja makan gaji atau pendapatan tidak tetap jika kita berniaga.

Skarang ni ramai dah pandai melabur dalam skim-skim pelaburan yang dijamin berbanding Skim Pak Man Telo dulu dan kita leh nampak sendiri unit2 Amanah Saham yang bernilai billiom ringgit habis dijual dan yang paling ramai membeli unit saham adalah kaum Cina....

Tidak pelikkah anda atau perasan kah anda akan sesuatu?

Kaum Cina merupakan kaum yang sangat bagus lebih2 lagi dalam perkara yang melibatkan perniagaan dan wang. Mereka sentiasa pandai menngambil peluang yang ada untuk meraih pendapatan sampingan...So aku ingat nak belajar la camne dorang ni buat duit....leh kaji2 sket...hehehe. Tetapi secara kasar pada pendapat aku, sekarang ini memang majoriti kaum Cina yang memegang ekonomi Malaysia.

Korang tak pernah ke lalui peristiwa bile masuk je Raya Cina, banyak giler kedai tutup....sunyi~
Related Posts with Thumbnails