CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

SATU RASA DUA HATI

Gua rasa bersyukur kerana minggu lepas, dengan izin Allah gua berpeluang bercuti di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Gua spend 5 days 4 nights dekat Bayview Hotel ngan family gua. Syukur sekali lagi pasal gua selamat pergi dan selamat pulang ke rumah aka HOME SWEET HOME.

Sebenarnya post kali ni bukan la gua nak cerita pasal percutian gua disana....yang gua nak share ngan you all is gua berjaya menamatkan pembacaan buku terbaru yang gua baru beli which is SATU RASA DUA HATI sewaktu gua bercuti di Pulau Pinang haritu....

Gua sangat merekemen kepada semua dengan buku ini pasal ia mendedahkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan rumah tangga dan jangan salah paham pasal buku ni bukan hanya untuk orang yang dah berumah tangga but sangat sesuai untuk mereka yang pentingkan kasih sayang sesama pasangan masing. So maksudnya orang yang dah kawin boleh dan yang belum kawen pun boleh.

Anda mungkin mengalami kekurangan kebahagiaan bersama pasangan dan anda juga tidak berpeluang langsung untuk merasai kebahagiaan tersebut. Tetapi dengan pengetahuan yang terdapat didalam buku SATU RASA DUA HATI ni korang pasti puas kerana usaha mencari kebahagiaan korang sudah bermula! Bak kata orang, once korang baca je buku ni...kirenye korang dah jejakkan sebelah kaki untuk kearah kebahagiaan..Insya-Allah

Gua teringat cerita THE PURSUIT OF HAPPINESS....kenapa dia pakai PURSUIT? pasal apa bukan GAIN ke ape ape ke? pasal HAPPINESS can only be achieved when you pursue it...memang ia bukan sesuatu yang mudah tapi kalau kita buat dengan niat kerana yang Maha Esa...Insya-Allah semua tu tidak mustahil...HAPPINESS tak datang sekelip mata.

So, sekali lagi...korang beli dan bacalah buku ni...tak tebal mana pun. Pendedahan ilmu dalam buku ni sangat leisure dan tak pening kepala....baca la sebelum tidur pasal menurut Dr Fadzilah Kamsah...waktu2 seperti waktu sebelum tidur, baru bangun tidur dan gembira adalah antara waktu2 yang paling sesuai untuk menerima ilmu.

Kepada yang masih ragu2 nak beli pasal mungkin rasa buku ni mahal ke ape, dun worry. Pegangla kata2 ni...

"PELABURAN YANG PALING BAGUS DIDUNIA ADALAH MELABUR KEATAS DIRI SENDIRI"


maksudnya, korang beli buku yang harga die RM20 -30 (investment keatas korang yang korang buat) korang akan dapat ilmu yang dapat cover korang seumur hidup....murah je pun tak mahal...:D



CHEERS!

AMAH

Kenapa orang gaji dipanggil AMAH??? Adakah sebab mereka memang PERAMAH??

Penggunaan amah dalam komuniti di Malaysia semakin popular kerana ramai rakyat Malaysia kini sibuk dengan urusan kerja seharian masing2 lebih-lebih lagi yang sudah bergelar suami mahupun isteri...yang pemalas buat kerja2 rumah pun ada je and end up amik amah untuk dijadikan pembersih rumah...so setel kerja betul tak? '-'

TETAPI.....beberapa perkara telah berlaku sebelum ini seperti kes amah didera dan sebagainya, liputannye sangat meluas dan pantas masuk ke negara-negara berkaitan yang menyediakan khidmat amah ni melalui media massa dan seterusnya menghukum rakyat negara ini sehingga timbulnya perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat negara asal amah2 terbabit lebih-lebih lagi Indonesia. Ramai rakyat Indonesia yang membuat demonstrasi sehingga timbulnya operasi "SAPU MALAYSIA" akibat tidak puas hati kerana ramai amah2 yang bekerja di Malaysia ditindas dan didera.

MENGAPA semua perkara tersebut perlu terjadi? Mengapa masih terdapat segelintir rakyat Indonesia yang terus menghukum rakyat Malaysia? Semua rakyat Malaysia salahkah?

Post ini bukan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan mama-mana pihak dan ianya adalah sekadar untuk dijadikan renungan untuk rakyat dikedua-dua negara.

Adakah rakyat Indonesia sudah lupa betapa banyaknya bantuan yang diberikan oleh Malaysia terutama apabila Indonesia diserang bencana dan malapetaka? Ketika isu "SAPU MALAYSIA" hangat diperkatakan satu ketika dahulu dan pada waktu yang sama bencana alam berlaku di Indonesia, dalam ketakutan dan demi sifat kemanusiaan, ramai rakyat Malaysia yang datang memberikan bantuan. Tetapi masih ada segelintir rakyat Indonesia yang masih menunjukkan keegoan dan memerli bantuan yang diberikan dan semuanya adalah kerana perselisihan faham yang berlaku ketika itu.

Isu ini cuba dikupas kembali oleh gua kerana gua baru sahaja terbaca mengenai kekejaman yang dilakukan oleh seorang amah Indonesia dari Bandung terhadap seorang bayi perempuan di Tanjung Malim. Sedarkah rakyat Indonesia akan perkara ini? Sila klik di sini untuk membaca artikel yang diperoleh daripada Berita Harian 28/11/09

Sebenarnya, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghidupkan kembali suasana harmoni kedua-dua negara. Jangan hanya kerana setitik nila rosak susu sebelangan dan dalam setandan pisang tak kesemuanya busuk.

Oleh itu, sebelum menghukum mana-mana pihak secara membuta tuli tanpa memikirkan kesan dan peristiwa sebenar yang berlaku, kaji dan fikir-fikirkanlah terlebih dahulu.

MALAYSIA YEAR END SALE 2009!!

Sekarang suda pukul 6 pagi..gua masih belum tidur. Tadi tengok bola Manchester Utd lawan Besiktas bosan gila. Dahla Manchester main teruk gile..pi main teng teng lagi bagus. So lepas menyaksikan perlawanan yang menghampakan tersebut, baru gua berkesempatan membuka internet di laptop gua.

Saje belek2 Facebook, gua nampak ada iklan ni di profile page gua...

MALAYSIA YEAR END SALE 2009

Nak tahu lebih lanjut boleh baca info dibawah...

Your Complete Guide for Malaysia Year End Sale 2009

21 November 2009 – 3 January 2010

YES! You heard us right. The shopping season is back again this time round for the year-end sales. The Malaysia Savings Sale this season will last you about 44 days. 44 days of thrilling entertainment, the best dining experience and the best offers you can ever get throughout the year! In conjunction with the Christmas season as well as New Year celebration, it’s going to be a remarkable experience you’ll never forget. And, not forgetting as well, it’s the school holiday season too!

Just set aside your worries and it’s time for a crazy shopping spree. Look out for apparels, accessories, gadgets, interior décor and even holiday packages for more discounts here in the sales.

retrieved from http://megasales.701panduan.com/


so ape lagi...sape yg rasa2 tangan dah gatal tu pi la memboli bolah!

:D

CUTI-CUTI YEAH YO!


Oohhh ooohhh...gua baru je update blog gua tadi..tapi suddenly ada idea baru...melimpah2 plak idea gua nak berblog hari ni...hahaha..bagus2.

Gua bukan ape, sekarang ni dah seminggu lebih gua habis belajar. Nasib baik masa 1st week after gua setel projek gua, gua dan rakan2 civil uniten gua buat trip to Melaka and we had a very great time there. Gua sangat seronok pada masa itu.

But now dah masuk minggu kedua and sedar tak sedar nak masuk 3rd week dah and next week result final exam dijangka keluar. Harap2 semuanya ok la insya-Allah.

Cuma gua rasa sangat bosan sekarang. Rasa cam nak pi jalang2..eh eh..jalan2...Gua ada masa seminggu lebih lagi untuk merasa kenikmatan status 'BERCUTI' pasal bermula 1/12/09 kalau gua masih lom dapat kerja..gua akan isytiharkan diri gua 'PENGANGGUR' atau mungkin lebih molek korang boleh panggil gua 'PENANAM ANGGUR'...harhar.

Dulu gua dah plan dah nak jalan2...memula cam nak wat trip pi EUROPE tapi sapolah nak taja gua...yela...orang dah spent 5 years belajar..ingatkan dapat la trip yang tahap 'BETUL2 HOOLIAU' punye trip lepas habis belajar....dulu nak simpan duit pun banyak manalah gua leh menyimpan...kalau nak jalan2 EUROPE tu koman2 kene ada RM5000 baru syiok tour satu EUROPE....So ABAIKAN...

So gua tak pikir jauh2 dah..gua pikir dekat2 je...maybe nak pergi SABAH & SARAWAK. Tapi beberapa perkara plak jadi halangan....1. Tak banyak duit 2. Takda geng. Takkan nak pergi sana setakat lepas bayar duit kapal terbang je..tu pun ratus2 gak...pastu takkan nak pegi sorang2..hahaha..so ABAIKAN.

So gua rasa impian gua nak dapat vacation yang mantaps sesudah habis belajar hanya berkubur didalam khayalan gua. Lepas ni boleh la gua baca talkin untuk impian gua tersebut (bunyi pasrah habis) huhuhuhu

Tapi gua still harapkan gua dapat percutian yang masyuk selepas ini walaupun gua dah mula bekerja! :p

Yeah yO!

2012: SPOILER!

Sewaktu ketika dahulu ketika gua sibuk2 dengan project Integrated gua yang mana gua perlu membuat presentation dan report, gua tidak sabar2 untuk menonton filem "2012". Mula ditayangkan diMalaysia pada 12/11/2009.

Tapi walaupun dah habis dengan Integrated tu dan abis study, gua masih tak berkesempatan nak menonton 2012 pasal sibuk buat benda lain sehinggalah pada satu hari gua pergi tengok ngan kawan gua kat Mid Valley. Member gua tu bestla dapat guna voucher so tengok free, yang aku plak kena bayar dan yang paling mengong pi bayar penuh RM12 padahal leh dapat diskaun guna 'student rate'....gua masih student ye pasal status student gua masih aktif..:p..kalau tak aktif pun gua nak student price jugak..:p

So nak dijadikan cerita, gua nak buat spoil sikit kat sini..so sape2 yang belum tengok cerita tu and masih nak baca komen gua yang seterusnya, risiko gua tak pegang ye...terima kasih.

Filem 2012 kalau nak dikomen pasal 'effect' dia, memang MANTAPS la kan. Korang akan dapat tengok kapal perang USS J.F Kennedy (tak silap aku) rempuh White House, jalan retak2, orang termasuk dalam retakan bumi, gunung berapi dan tsunami. Semua nampak macam real..90% la.

Penuh dengan moral story yang sangat bagus which menyentuh pasal kehidupan keluarga...pasal ayah dan anak2, pasal isteri kawin lain, pasal anak2 benci ayah...tapi end up sangat touching.

Yang tak bestnye plak, kalau dah kata END OF THE WORLD tu buat la cara end of the world. Tak payahla nak good ending sangat. Bila cerita dia menyentuh pasal bagaimana diorang nak menyelamatkan diri (guna teori BAHTERA NABI NUH) gua dah rasa pelik and tak syiok dah. Ingatkan semua mati. Rupanya ada lagi yang terselamat. Kalau KIAMAT betul2, ko takkan dapat menyorok celah mana pun kat muka bumi ni...celah ketiak mak ayah pun belom tentu terselamat.

So itu sahaja spoiler aku pada hari ini pasal filem 2012...apa kata korang plak??

terima kasih. Yeah Yo!

p/s: dari dulu nak tengok PHOBIA 2 tapi asyik ada halangan je. Nanti gua nak tgk TWILIGHT: NEW MOON pasal awek dia cam cun...:p

PROMOSI HARGA MELETUP ! ONE DROP PERFUMES!



PROMOSI HARGA MELETUP!

INI ADALAH PROMOSI JUALAN PENGHABISAN STOK. Hanya tinggal beberapa set One Drop Perfumes yang akan menjadi rebutan dengan harga tawaran yang sangat murah!

Anda juga tidak perlu risau mengenai harga penghantaran kerana kos penghantaran termasuk dalam harga tawaran!

Apa tunggu lagi! buat tempahan sekarang!


Stok yang tinggal:

Woman Set

Set 1 (GREEN) 1x
Set 2 (PURPLE) 2x
Celebrity (PINK) 3x



Men Set

Set 1 (BLUE) 1x
Set 2 (ORANGE) 1x
Celebrity (Grey) 3x


(BILANGAN STOK DIKEMASKINI SEHINGGA TARIKH 19/11/09)

(SILA KLIK GAMBAR DIATAS UNTUK CARA MEMBUAT TEMPAHAN DAN MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT MENGENAI PRODUK)

UpDaTeZZZZzzzzzz

Ahhh..gil bab...akibat busy memanjang dengan pelajaran (sampai tahap dah leh jadi Menteri Pelajaran dah ni), gua terlupa dengan blog gua yang melezt ni...dah nak dekat setahun gua tak updet..eh...sebulan....shish kebab..

So nak dijadikan cerita, Alhamdulillah ku ucapkan apabila gua berjaya menghabiskan exam terakhir gua di UNITEN..universiti pilihan anda...yang tersayang. Gua dah spend almost 5 years di UNITEN untuk mengisi ilmu dijiwa dan diminda demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...banyak suke duke pahit manis panjang pendek peristiwa2 yang best gua di UNITEN samada bersama kawan2, lecturer-lecturer, staff2 dan ramai lagi.

Di Uniten gua dah banyak belajar erti kehidupan dan gua tak nafikan perkara ini. Seperti ketika gua belajar di Royal Military College mahupun di sekolah taman melawati 1, 2 dan sekolah menengah Taman Melawati...eh tak dilupe pada Tadika gua...Tadika Wirawati..banyak gua dah pelajari demi untuk memajukan diri gua, mengisi jiwa gua dan mengajar gua erti kehidupan...

So gua rasa buat masa ni..tu saje yg gua nak update...senarnye masih ada kerja perlu disiapkan untuk..InsyaAllah..gua tamatkan jurusan Ijazah muda gua dalam Jurusan Kejuruteraaan Awam atau nama glamer Civil Engineering di UNITEN...lepas ni..ape yg gua dah pelajari selama ini...samada interms of pelajaran or life...gua akan praktik kan dalam kehidupan gua untuk menjadi masyarakat yang berguna...

akhir kata daripada gua...

YeaH YO! (pinjam jap ye Ad) :p

BILA JALAN TAK CUKUP LANE, NI LAH JADINYE~

Sewaktu gua dalam perjalanan pulang ke rumah dari UNITEN pada tengah hari tadi, gua memecut laju di right lane di MRR2 berhampiran Tesco Ampang....

Tiba-tiba, lantas gua mencapai handphone gua dan cube menangkap gambar satu insiden pelik tapi benar yang sedang berlaku saat itu.


Ape dia?



Kelihatan sebuah lori yang tersadai di bahu jalan....

Apakah sebenarnye penyebab kejadian tersebut?


Adakah pemandu lori itu ingin berehat?

atau

Adakah pemandu lori itu gagal mengawal lori?

atau

Adakah pemandu lori itu sedang berimaginasi bahawa terdapat 4 lanes di MRR2 sedangkan yang sebenarnye hanya ada 3 lanes?



Hanya pemandu lori sahaja yang dapat menjawabnye~

LARGEST ANACONDA ON EARTH!!! NEW RECORD!

APA YANG ANDA FAHAM MENGENAI PERKATAAN YANG DINAMAKAN "KEJAYAAN"

Dah seminggu aku tak update blog ni pasal sibuk dengan beberapa perkara sehingga tidak mampu membuatku tidur lena dan kadang-kadang tak dapat tidur pun. Namun semua tu akan ku gagahi juga untuk diteruskan dan seterusnya mencapai antara kejayaan yang aku idamkan dalam hidup iaitu tamat pelajaran di menara gading.

Namun ada beberapa persoalan sebenarnye yang bermain difikiran aku sekarang yang mungkin anda ada jawapannya. Tak salah kita berkongsi idea dan pendapat bersama.

SHARING IS CARING....

Mesti ramai yang setuju dengan aku bahawa mentaliti rakyat Malaysia sekarang ini adalah mahukan anak-anak mereka untuk mendapat segulung ijazah daripada menara gading dan bagi mereka kalau anak mereka berjaya mencapai perkara tersebut mereka akan berasa bangga dengan kejayaan tersebut. Kalau anak-anak mereka atau anak-anak buah atau bakal anak menantu takde ijazah, mereka akan dipandang rendah dan lebih berat digelar BODOH....

Adilkah anda rasa?

Cuba anda hayati dua peristiwa yang berbeza ini dan mari kita renungkan bersama....

Peristiwa 1
Ali merupakan seorang pelajar cemerlang SPM dan berjaya melangkah masuk ke dalam salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Dia berjaya menghabiskan pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan mendapat ijazah dalam masa 4 tahun. Habis segenap lapisan keluarga, sedara mara dan rakan-rakan tumpang gembira dengan kejayaan Ali. Ali dipuji dan dipuji dan dipuji...sentiasa dipuji

Namun...

Setelah menamatkan pengajian, Ali menghadapi masalah utama lepasan-lepasan universiti pada ketika ini iaitu untuk mendapatkan pekerjaan. Walaupun mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dan walaupun Ali mendapat kerja sekalipun, namun perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah soal gaji....berapa gaji untuk lepasan universiti terutama untuk degree??? RM1700 pun ada dan average RM2500. Untuk kehidupan sekarang ini dengan gaji RM2500 memang tak cukup. Tolak kereta, tolak sewa rumah, tolak makan minum dan nak berbelanja lagi silap2 balance tinggal ciput je. Ali terpaksa makan gaji mungkin untuk 10 ke 20 tahun akan datang dan itulah hakikatnye kehidupan Ali kalau dia tidak mahu keluar dari zon selesanya atau dengan kata lain membuat business sendiri which is lebih mencabar daripada makan gaji.

So kejayaan disini adalah mendapat ijazah seperti yang dibanggakan sangat oleh semua pihak.


Peristiwa 2
Adam merupakan seorang pelajar tak cemerlang langsung dalam akademik. SPM pun 1 A je itu pun Bahasa Melayu. Oleh sebab itu dia memang takde peluang langsung untuk masuk universiti yang berprestij ataupun yang average sekalipun..kalau masuk swasta mungkin leh dapat tapi mahal. Adam ni miskin orangnye.

Apabila ramai orang tau cerita Adam, ramai yang mula memandang rendah dan sinis pada dia. Siap ada yang comparekan lagi anak dorang lagi hebat pasal ada yang jadi doktor la, engineer la atau kerjaya profesional yang len. Lebih teruk, Adam dikatakan tiada masa depan dan digelar bodoh.

Walaupun terdapat kekurangan dari segi akademik (yang orang kate kalau takde degree gelap masa depan), Adam keluar daripada zon selesa kehidupan dan menceburi bidang perniagaan yang luas peluangnya. Adam memang seorang yang cekal dan berusaha keras dalam perniagaan walaupun orang asyik kata dia pemalas untuk belajar. Disebabkan kesungguhan dia, dia berjaya dalam business dan mencapai pendapatan 5 angka setiap bulan bahkan dia sendiri adalah bos. Dan inilah kejayaan Adam yang orang lain pandang rendah sebelum ini. Dia boleh pakai kereta mewah berbanding rakan-rakan yang belajar cam giler kat universiti tapi keluar tetap makan gaji.

So kejayaan disini adalah mendapat pendapatan lumayan 5 angka setiap bulan, mampu membeli kereta mewah bahkan menjadi bos sendiri!






Persoalannya adalah~

Adilkah jika kita hanya memandang tinggi pada orang yang mempunyai akademik background yang bagus atau yang mempunyai daya keinginan dan usaha yang hebat tanpa sebarang ijazah??

Apa pandangan anda???

**layari http://muazanmohsin.blogspot.com untuk cerita lebih sensasi~


GOKU

Mungkin lu orang ingat gua nak cerita pasal GOKU dalam Dragon Ball Z....

tapi lu orang silap...


GOKU yang gua maksudkan adalah...




KURA-KURA gua!




meh sini gua tunjuk gambar die....pasti lu orang terpukau~ hahaha :p




adorable tak die???




SUNYI


Percaya atau tidak..pagi tadi gua menjinakkan diri untuk memasuki dunia UNITEN dan gua dapati.....

UNITEN ibarat tiada penghuni....tiada pelajar ke hulu ke hilir as always...hanya beberapa biji kereta dan kelas-kelas KOSONG~



SUNYI~



Adakah gua terlalu rajin?? Adakah masih ramai manusia yang masih beraya sakan diluar sana??

Kesimpulan yang gua boleh buat is..



Gua memang rajin~



peace

THE SURROGATES:: ANTARA ROBOT DAN MANUSIA

Gua cam tak sabar nak tengok cerita ni...hehehehe...


SALAM SYAWAL (EXCLUSIVE UNTUK PEMBACA MYBLOGARENA)


SALAM AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, RAKAN TAULAN, SAUDARA MARA, TENAGA PENGAJAR DAN SEMUA UMAT ISLAM YANG BAKAL MENYAMBUT BULAN SYAWAL DALAM MASA TERDEKAT INI.

SEMOGA KITA SEMUA DILIMPAHI DENGAN RAHMAT DAN NIKMAT DARIPADA ALLAH SWT DAN DIELAKKAN DARIPADA SEBARANG BENCANA DAN MALAPETAKA

SALAM SYAWAL! :D

FAST 6

Fast 6? ape jadahnye kan?? rilek suda..

gua saja translate kan PUASA 6 kepada Fast 6 supaya dapat menarik perhatian anda yang telah pun berjaya gua tarik...bukan teh tarik ataupun tarik tali..

Begini al kisahnya...sesudah kita berpuasa selama sebulan dibulan Ramadhan yang sangat diberkati, Allah swt dengan maha pemurahnya masih memberikan semua umat islam keberkatan berpuasa diluar Ramadhan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."


Boleh tak korang lihat peluang ni..korang nampak tak kelebihannya? Walaupun kita hanya berpuasa selamat enam hari dibulan Syawal yakni berturut2 selepas 2 Syawal ataupun mana-mana 6 hari dibulan Syawal...ganjaran pahalanya lebih besar sehinggakan ibarat kita berpuasa selama SETAHUN!

Inilah kuasa Allah SWT yang Maha Pemurah dengan rahmat dan nikmat kepada kita semua umat Islam.

Dengan ini gua menyeru semua umat Islam yang membaca post gua kali ini termasuk dengan diri gua, marilah kita sama-sama merebut peluang ini dan seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT memanjangkan usia kita agar kita boleh menyambut kedatangan bulan Ramadhan untuk tahun-tahun yang akan datang dengan harapan agar kita mendapat keberkatan daripadaNya

Insya-Allah~

THE UGLY TRUTH


WoOoOo~ by the time gua taip post yg ni, gua sebenarnye baru je balik daripada menonton filem terbaru Gerard Butler...THE UGLY TRUTH...

Bukan nak kate apela...citer ni memang terbaik! gua seronok menonton cerita ni dan gua yg pada mulanya agak mengantuk (pasal tgk midnite movie) terus jadi segar sampai cerita tu abes pasal memang non-stop laughing nye cerita...memang terbaik!

Gua recommend korang tgk cerita tu pasal gua yakin korang tak kan kecewa...

TAPI...

Cerita ni hanya untuk 18 tahun dan keatas....pasal its kind of 'dirty' movie...:p

sekian terima kasih~ :D

LIST OF MUSLIM FOOTBALLERS

I'm so proud to share this info with everyone out there. There are actually a lot of muslim footballers currently and most of them are well known and famous...below is the list of the footballers that you may not know...

  • Hamit Altıntop - German-born Turkish national footballer. He is a versatile midfielder and can play either in a defending or attacking role. He is well known for his flair of long-shot ability, as shown when he played for Schalke 04 and so far with Bayern Munich.
  • Marouane Chamakh - is a French-born Moroccan football player who plays for Bordeaux as a striker
  • Zesh Rehman - is a British-born Pakistani football player who plays for Bradford City as a defender
and lot more actually~ :)

THINK POSITIVE!


Say to yourself every morning:

Today is going to be a GREAT DAY!

I can handle more than I think I can!

By worrying about them,

Things would not get better anyway!

I can be satisfied so long as I TRY TO DO MY BEST!

KUIH RAYA

Dah 2 minggu kita berpuasa...pejam celik pejam celik...kejap je. Gua percaya masih ramai manusia diluar sana yang ponteng berpuasa...korang ni nak jadi ape? (emo skit)

Tapi gua nak amik kesempatan ini untuk menyebarkan kepada sekalian manusia di luar sana..bukan pasal sape yang tak pose...tapi pasal gua ada menjual kuih-kuih raya yang lezat lezat...

Gua ada jual kuih Tart, kuih cokolat chip, dan ada satu lagi kuih (aahhh...gua dah lupe nama kuih tu...tapi nanti gua cakap)..harga sangat berpatutan dan kuih dijamin sedap (lidah gua kate sedap and so far lidah orang len pun kata sedap..gua tak hipokrit so gua bercerita yang benar)

Terutama kuih tart yang mak gua buat ni sangat digemari ramai...siap dah sampai ke luar negara (awek gua bawak and ada supplier yang jual..dia beli borong ngan mak gua dan di jual europe)

Ada satu masa tu mak gua dah takmo buat kuih tart pasal penat and tak menang tangan nak buat pasal tak ramai staff (susah nak mencari staff buat kuih skang ni), tapi disebabkan sedap sangat, ramai kawan2 mak gua yang paksa mak gua buat jugak...hahaha..

So penat dah gua cerita perihal kuih tart...dan sekarang gua nak cakap, sape2 yang nak tempah kuih raya tu...boleh la call gua ditalian bebas tol (pasal tol tak charge) kene charge ngan telco korang...0136364606...market buat masa ni untuk rakyat Universiti Tenaga Nasional dengan Ulu klang sahaja...tempat2 lain mungkin boleh diterima bergantung pada lokasi dan jarak dari markas aku...terima kasih

lu pikir la sendiri!

KEBAIKAN SOLAT TARAWIKH DI MALAM KE 10 RAMADHAN

Kepada umat islam yang menjalankan solat tarawikh pada malam yang ke 10 di bulan Ramadhan, akan diberikan rezeki kepadanya kebaikan dunia dan akhirat oleh Allah s.w.t

BURUNG HANTOO

Gua percaya ramai rakan2 diluar sana yang membela pelbagai spesis burung dan gua percaya bahawa hanya segelintir manusia yang ada burung yang satu ni...

BURUNG HANTOO..

Burung Hantoo sangat berbeza dengan Burung Hantu...

kenapa?

Gua adalah antara manusia yang membela burung tersebut...ianya sangat mudah untuk dijaga..tidak perlu memberikan makanan mahupun air...tidak perlu menyediakan sangkar burung mahupun jamban untuk membuang air. Dia memang setia pada tuannya dan hanya satu sahaja perkara yang dia tau buat....

GELENG KEPALA~

Gua tunjuk gambar je so korang tak la nampak die geleng kepala...tapi korang akan nampak kecomelannya sahaja~ @,@"

selamat berkenalan dengan Mimiko! :p


Mimiko~

selamat berpuasa!

OBAMA AND RAMADHAN

KOTOK DAN TEMBAK

Gua nak cerita ni..story ni dah berlaku semalam tapi gua baru nak cerita hari ni ngan kawan2. Semalam gua dan rakan-rakan gua yang amik subjek Integrated atau subjek kod nye CESB493 perlu melalui sesi prelim presentation yang kononnya group2 student ni acted as a consultants and our clients were lecturers and consultant yang btol.

So nak dijadikan cerita, gua nye group yang dikenali sebagai FAMITY Engineering Consultants SDN BHD telah pun menyiapkan slide2 untuk presentation siap compile dan tunggu masa je nak mula. Then pukul 3 pm kitorang dipanggil oleh "client" kitorang iaitu Ir. Zakaria dan rakannya which was seorang engineer yang real.

So tanpa berlengah, gua dan rakan2 gua masuk bilik, siapkan peralatan laptop dan sumenya kemudian presentation dimulakan oleh "Project Manager" group gua cik Tan Wei Pin. peluru2 tembakan daripada "client" dah mula kedengaran selepas sahaja cik Wei Pin menamatkan presentation dia. Pastu, bile aku masuk je (as the structural engineer) peluru tembakan mula keluar bertubi2...hahaha...(aku hanya mampu tersenyum) dan client kitorang siap cakap kalau nak kire-kire loading bangunan tu kalau engineer biasa ni blakang "kotok rokok @ kotak rokok" pun leh calculate siap minum kat kedai kopi lagi...(sekali lagi aku hanya mampu tersenyum)...

Rakan-rakan dalam group gua pun kena tembak bertubi-tubi dan duration yang ditetapkan which not more or less than 45 minutes tidak dapat dilaksanakan apabila kami perlu menahan tembakan selama 1 jam setengah dan itu adalah dua kali ganda lamanya.

At the end, gua dan rakan-rakan sedar bahawa kitorang perlu meneliti kembali setiap kesalahan hasil tembakan bertubi2 client dan oleh itu....doakan la kami berjaya menjadi engineer yang berjaya di akhir nanti....:D

MIZUNO WAVE RUN 2009 - AGAIN!! RUN FOR YOUR LIFE!

Gua sepatutnya kene belajar ni pasal esok ada test numerical method yang susah tahap extrem...tapi takpela..bak kate orang take 5 la kan..hehehe.

So nak dipendekkan cerita, gua nak share lagi pasal satu running competition ni pasal as what i have said long ago, gua dah sangap berlari dah skarang. As long as distance dia tak mencapai tahap gaban, gua nak join la...gua rasa gua lom bersedia nak lari lebih daripada 20 km ni...huhuhu...

Nama diberi MIZUNO WAVE RUN 2009 dan ada beberapa kategori yang dipertandingkan. Jarak diberi 10 km sahaja dan yang bestnye korang kene habiskan larian dalam masa yang ditetapkan untuk kategori masing-masing kalau korang nak medal. Medal disediakan sebanyak 1200 semua skali.

Kejohanan akan diadakan di UPM tak silap gua. Kalau lu orang nak tau lebih lanjut camne nak register, brape hinggit yuran pendaftaran dan sebagainya...lu orang leh klik pada nama Mizuno di atas.

Gua rasa kalau takde pape aral melintang gua nak masuk. Kene register awal...huhuhu..kalo tak abes~ Last time gua dah masuk Men's Health Night Run 2009 kat Putrajaya....this time gua eager nak join lagi another tournement...yeah!

Masa take 5 gua dah tamat...gua chow dulu~

I DONT KNOW



Mari mengharuk kan diri~

56

Kenapa dengan angka 56? Siapa yang boleh teka?

56 merupakan angka keramat pada hari ini (Sabtu, 15/8/09) apabila telah direkodkan seramai 56 orang telah meninggal dunia sejak hari pertama (bukan malam pertama) virus H1N1 menyerang penduduk Malaysia.

Virus ini dilihat semakin menular dan semakin mengganas menyerang manusia sehinggakan lebih 70 negara seluruh dunia menerima nasib yang sama dimana hampir kesemua negara tersebut telah merekodkan angka kematian walaupun seorang.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan manusia dan harap agar dijauhi daripada bencana-bencana seumpamanya.


MOVIE REVIEW: G.I JOE AND THE PROPOSAL

Gua baru je habis menonton filem The Proposal tadi dan gua dapati gua tidak membuang masa emas gua dengan menonton The Proposal pasal gua rasa cerita tu memang awesome! Ryan Reynold dan Sandra Bullock memang rocks! Nenek dalam citer tu pun klakar nak mati! Kenapa aku cakap camtu? Lu orang pi la tengok sendiri cerita tu.

Memang mantaps seyh gua cakap sama lu! Jalan cerita memang terbaik...banyak plot2 kekeluargaan, kelakar, kesebukkan kota, kerenah dalam organisasi dan many more! Just watch the trailer first and you will see by yourself how awesome the movie is!



Film Rating

5 Stars!


Satu lagi movie yang gua nonton minggu ni was G.I JOE. The movie was so good with all the action packed storyline and all the characthers. Sesiapa yang mahukan aksi awek lompat2, aksi main tembak-tembak(Bukan tembak guna pistol air), lawan-lawan ninja...ni movie yang korang kena tengok sekarang! ye! sekarang! :p

G.I JOE juga terbaek so ape tunggu lagi...korang pi tengok sendiri la kat wayang..takkan nak tunggu aku belanja kot..muahaha :p



Film Rating

4 Stars!

GUA KECEWA

Baru tadi gua menyaksikan perlawanan Community Shield 09/10 diantara dua gergasi bola sepak dunia iaitu Chelsea dan Manchester United. Perlawanan tersebut berkesudahan 2-2 untuk 90 minit perlawanan dan akhirnya memihak kepada Chelsea apabila mudah menewaskan Manchester United dalam pusingan penalti 4-1.

Apabila menyaksikan perlawanan itu, gua rasa sungguh kecewa dengan prestasi beberapa pemain Man Utd dan secara jujurnya, pada malam ini, gua berasa amat bosan dengan corak persembahan pemain United secara keseluruhan.

Pendapat peribadi gua, gua merindui sentuhan Cristiano Ronaldo dan Tevez. Tanpa mereka gua ada nampak kekurangan corak permainan. Gua sukakan larian pantas Ronaldo dan Tevez. Tapi nak wat cane...life goes on. Walaubagaimana sekalipun, gua masih yakin dengan kredibiliti dan keupayaan United untuk merangkul kejuaraan liga 4 kali berturut-turut dan kalau boleh bawak balik skali semua piala yang dipertandingkan pada musim ni.

Kasi tutup mulut penyokong Arsenal, Liverpool dan Chelsea~

TOY STORY WILL BE BACK IN 2010!

I still remember when I was a kid 10 years back, if i'm not mistaken, i love to watch Toy Story and i even played its computer game and it was fun! I miss those days so much~

A good news for all people out there who love to watch Toy Story, they will be back in 2010 and the movie is set to be released in June 2010 to be specific.

Watch the movie trailer if you dont believe me! :p

LATEST NEWS REGARDING THE DEATH OF GARY LEON ROBERT

Here are some of the links that you can check to find out more new updates regarding the death of Gary Leon Robert.

Pelajar Uniten ditemui mati di Stadium Shah Alam

Family claims organisers were negligent

Gary’s mysterious death

Varsity student ‘died of severe dehydration’

Gary died due to dehydration (LATEST!!)

GARY LEON ROBERT (1987-2009) - REST IN PEACE MY FRIEND

Gary Leon Robert is a friend of mine although we have just met few times. I knew him and first met him in Universiti Tenaga Nasional. He was a great person, smart and active in sports. He got deans list few times if i'm not mistaken and he played a lot of sports such as futsal, football, running and so on.

He joined Sao Paolo for UNITEN cup with his friends and I admit he was very good at playing this game. The last time I watched him played, he scored a very nice free kick for the UNITEN Cup 09 opening game against Benfica if i'm not wrong.He also active in club and societies in UNITEN. He was such a great person and he really was good.

So sad to tell that his last sports was THE KING OF THE ROAD: ADIDAS that happened last weekend. He was fainted at the finishing line and was taken away by the paramedics. He was then dissapeared for more than 24 hours and police claimed that he was last seen leaving the medical hall last Sunday. His body was found still in running attire at the pedestrian tunnel at Shah Alam Stadium early on Monday (3rd August 2009). For more info please click this link.

May his soul rest in peace.



GARY LEON ROBERT
1987-2009

EPL FANTASY LEAGUE 09/10 IS BACK! JOIN TODAY!

Salam kepada semua rakan-rakan taulan, gua nak amik kesempatan ini untuk nak mempromote game fantasi yang dinanti-nantikan setiap tahun! Sekarang gua provide kan dua platform liga fantasi untuk korang. Korang nak salah satu boleh, nak join dua-dua pun boleh.

Yang common which is under FantasyPremierLeague.com tak bagi hadiah..tapi yang satu lagi which is Stadium Astro ada provide hadiah...RM50000 tu! Apa lagi..join la!Untuk mengetahui lebih lanjut atau nak sign up..leh je klik mana-mana link yang terdapat dibawah. OK!!

GOOD LUCK!

Join Code

Fantasy Premier League = 736449-155368

Stadium ASTRO = 16296-1819


KEM KEPIMPINAN MAHASISWA UNITEN: SELAMAT TINGGAL PROGRAM!



Seperti yang gua cakap dalam post sebelum ni. Gua tak berkesempatan nak update you all weekend lepas pasal gua ada larian night Run beserta program KKM (Kem Kepimpinan Mahasiswa 09) anjuran MPP UNITEN 08/09.

Personally gua rasa sangat happy untuk menjadi fasi dalam program ni dan gua rindukan semangat yang ada dan suasana kem ni since last time gua join program Pemantapan MPP pada tahun lepas. Budak-budak junior yang join sumenye rocks dan urus setia KKM yang hebat dan komitmen dorang tak boleh disangkal lagi (Thanks to Izzat, Azam, Nu'man, Acap, Jiji, Jennifer, Nabil, Chika, Nana, Nano dan lain-lain). Ketua program juga telah menjalankan tugas yang baik dalam menjayakan program iaitu saudari Hidayah dan dibantu oleh Timbalam Presiden 2 Cik Shafawati.

Aku sebagai fasi hanya menumpang gembira dengan kejayaan korang dan cuba apa yang aku mampu buat untuk jayakan program ni. Overall, my personal review is program ni memang syiok! Aku happy berada disana. Semua fasi pun mantaps! Prathib my brother! Alif, Shiela, Anis dan Kanes! :D

Congratulation to all participants and organiser! Goodbye MPP Program! No more program after this...lets get back to unfinish business shall we?

RUN FOR YOUR LIFE!

Sekadar untuk membuat ulasan mengenai Night Run 09 yang gua masuk Sabtu lepas. Gua tak berkesempatan nak update you all pasal gua tak berpeluang menghadap laptop gua atau mana-mana komputer untuk membuat ulasan pada weekend lepas.

Pada malam Night Run tu, gua rasa amat teruja dengan semangat dan kemeriahan yang terdapat disana kerana terlalu ramai manusia didataran berhadapan dengan Palace of Justice, Putrajaya...tempat dimana event dijalankan dan pelari dilepaskan. Pelari juga sangat ramai dan gua estimate pasti ada ribuan manusia yang join!

Gua sampai sana dengan budakPanjang dan JoresKaka beberapa minit sebelum pelari dilepaskan. Kitorang diminta untuk masuk kedalam satu kawasan berpagar yang dikhaskan untuk menempatkan semua pelari.

Bila semua pelari dilepaskan, gua terus lari dan lari dan lari. Fuhhh..penat beb. Part yang paling gua suka bila gua yang tengah lari and tengah penat tu, nampak je finishing line and orang ramai berkumpul kat situ, gua terasa cam bakal juara yang sedang menuju kearah finishing line. Meremang beb bulu roma gua cakap lu...rasa nak nanges pun ada! Tangisan sang juara la konon! ahaks~ On the way nak sampai tu siap leh terngiang-ngiang lagu "We are the champion" dalam pemikirang gua...hahaha. Alangkah best nya moment tu.

11.5 Km of running and my timing was 1 hour 1 minute...Its a good personal achievement actually. I have never tried to enter such competition and that was my first time. Masuk2 je competition tros kena lari 11.5 Km. Lepas ni gua target nak masuk Duathlon plak kalau mampu dan gua nak cuba masuk lagi larian-larian yang cam night run tu pasal ianya amat menyeronokkan!

Run Muazan..Run! Gua personally nak cakap ribuan jutaan bilionan terima kasih kepada semua yang datang untuk menyokong gua dan pastinya ia adalah Kekasih hati gua cik Nazirah dan keluarganya! Hehe...family gua pun sokong gua tapi dorang tak dapat datang pasal sibuk buat kuih kat rumah...ahaks...business minded beb! Kepada student UNITEN lain yang datang, korang meriahkan lagi suasana sana beb!

Gua pun dapat goodie bag as well. Goodie bag worth RM300. Gambar dibawah adalah semua barang yang ada dalam goodie bag tersebut...termasuk la yang satu tu...gambar yang satu lagi tu. Terkejut gua cakap sama lu orang...hahahaha..cuba perhatikan btol2 ape gambar tu...

Barangan yang ada dalam Goodie Bag beserta number peserta gua


Terkejut beb gua cakap sama lu~ ape yang gua nak buat sekarang ngan menda alah ni....simpan buat kenangan? lol

BILA TEVEZ DAN EVRA SAMBUT BESDAY PARK JI SUNG: FUNNY & SWEET!



Kenangan Tevez, Park Ji Sung and Evra...kepada sesiapa yang tak dapat ushar video ni..gua mintak maap..korang rugi tak tengok kemesraan dorang...

Sayang giler Tevez kene tinggalkan Man Utd...wuwuwuwu

PERSIAPAN TERAKHIR

Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini...gua akan menyertai acara larian malam atau pun lebih dikenali sebagai Night Run 09 yang akan berlangsung di Putrajaya malam hari Sabtu hujung minggu ini.

Gua dah cuba berlari di trek yang sama dengan Night Run 09 ni suatu ketika dulu (lebih kurang 6 minggu yang lepas) dan budakpanjang pun dah cuba sebanyak 3 kali di trek yang sama. Gua pikir dulu gua lari 11.5 Km namun hari ini baru gua tau yang dulu tu sebenarnya gua dah lari 14 Km (TERLEBIH!!). Semua ini berlaku kerana gua tersalah intepret map yang ada dalam borang Night Run 09 tuh..so garisan permulaan gua masa tu dah jauh kebelakang berbanding garisan permulaan di hari pertarungan.

Selepas larian bersejarah (sejarah dalam hidup gua la!) sejauh 14 Km itu, gua dah tak berlari lagi jauh2...cuma sekadar 5 Km average dan itu pun tak sekerap gua buat masa 2 ke 3 bulan yang lepas. Dulu gua rajin lari dengan budakpanjang pusing-pusing Putrajaya..... Tapi selepas tamat musim praktikal gua dulu, seminggu mungkin sekali je...paling hebat pun 2 kali.

Untuk perform well dalam larian kita mestilah mempunyai stamina yang tinggi dan stamina merupakan perkara yang sangat susah untuk di maintain. Kalau dah lama tak lari, memang la ko akan tercungap2 selepas itu. Oleh itu, hari ni gua telah melepaskan geram dengan berlari sejauh 8 Km di atas treadmill dan ini adalah antara persiapan terakhir gua sebelum acara larian berlangsung kelak!

Semoga berjaya kepada diriku!

DAH BOSAN DENGAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Aku dah bosan ngan team bola malaysia..bukan nak kate ape la...aku ni mule kenal bola 10 tahun dulu aku layan liga Malaysia siap sokong negeri sembilan...bile dah lama and bosan dengan persembahan dalam liga malaysia beserta pasukan kebangsaannya, aku pun beralih arah ke Man Utd pasal masa tu aku dah membuka mata untuk menonton liga luar negara...1st time aku tgk impression aku adalah "PERGH!! MANTAP GILER!!"...aku masa tu tertarik dengan corak serangan dorang, cane dorang hold bola, defend, ngan masa tu David Beckham mantap giler...so aku dah stuck ngan Man Utd dan tros jadi die hard fan sehinggalah munculnya kelibat Cristiano Ronaldo 6 tahun dulu.

Aku agak puas hati dengan keputusan aku layan liga lain pasal aku tidak membuang masa melayan liga malaysia yang hampeh dan ranking malaysia turun cam turun escalator setiap tahun...pasukan kebangsaan negara lain yang lopek pun leh duduk atas malaysia...

Thats why aku sokong man united..walopun orang kate dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung...memang betul..tapi sedarkah korang pasal korang dah membuang masa melihat persembahan yang budak sekolah pun lagi hebat?

Aku masih menantikan pasukan Malaysia yang hebat persis zaman Mokhtar Dahari atau nickname dia SUPER MOKH dulu yang membanggakan..dorang siap pernah beat Arsenal kot...tu baru pasukan Malaysia..bukan yang sekarang ni..gaji nak banyak tapi main cam main teng teng.

sekadar pendapat aku...

Majulah sukan untuk negara & GLORY GLORY MAN UNITED!

MALAYSIA XI VS MANCHESTER UNITED: ASIA TOUR 2009

TERBAEK!!! Itu lah yang mampu diungkapkan dengan kata-kata apabila aku berpeluang menonton aksi pemain Manchester United dengan biji bebola mata aku sendiri! Bukan kat TV! hahaha...

Rasa sangat teruja masa datang Stadium Bukit Jalil dengan semuanya nampak warna merah dah...pergi mana-mana semuanya pakai jersey Manchester United! Ada la sikit2 yang pakai jersey Malaysia. Tapi tak kisah la..janji aku dapat tengok Wayne Rooney and his geng beraksi.

Nani mendribble depan mata aku..selalu tengok dalam tv je...pastu dapat tengok Rooney shoot kencang giler sampai nak tercabut goal Malaysia..selalu tengok tv je...hahaha..best best!!

Yang agak menyedihkan is aku tak dapat tengok Cristiano Ronaldo beraksi daa..so the fun I have had not very exciting la pasal nak tgk mamat tu beraksi jugak.

Malaysia main cam biasa..bersepah...tak yakin..tak konsisten...tak pandai cari space...finishing cam siput. Walaupun gol Amri Yahya yang first tu memang cantik dan tak dinafikan, aku tetap rasa die pun terkejut dia leh score cenggitu...second goal memang nasib cos he was at the right place and at the right time. Namun hail to Malaysia pasal semangat yang ditunjukkan (walaupun tak seberapa).

Dengar cerita Man U akan lawan Malaysia lagi Isnin (20/7) minggu depan pukul 8.30 malam. kat Bukit Jalil. Sapa2 yang tak dapat tgk secara live tu leh la tgk nanti...sapa2 nak tengok lagi pun boleh! hahaha..tapi aku rasa this time aku nak tgk tv plak la...kalau ada live la...huhuhu

GLORY GLORY!

FAMITY ENGINEERING CONSULTANTS SDN BHD - JOB VACANCIES!

Huhohuho~ Hari ni sangat best! Aku dan beberapa rakan dalam group 3 or so called Famity Engineering Consultants Sdn Bhd berjaya menyampaikan presentation mengenai company profile. Penerangan ini merupakan penerangan yang menyeluruh demi untuk mendapatkan tender bagi project terbaru client kami.

Sebenarnye semua ni olok2 je. Ni semua adalah requirement bila kitorang dah amik subjek Integrated dimana semua pelajar akan didedahkan bukan setakat maklumat kejuruteraan dalam semua bidang kejuruteraan awam, malah dalam world of professional business and all the procedures involved.

Semua nak ada Ir je kat depan nama, tapi ok what. Bila lagi nak mencapub cenggini. Hopefully it will be a booster for all of us to achieve what we want in our career as a civil engineer one day!

Ada jugak yang tak best...hari ni gua memang penat sangat! Dahla bontot kereta kena cium ngan motor (part paling best was aku tak marah tak ape...pasal penat sangat..tengok cam boley diterima tros aku blah lepas tu). I was stucked in the traffic for 1 hour!

sampai je rumah tros pengsan.

NEW FUTSAL SHOES AND OTHER BIRTHDAY GIFTS!

Its been a long time since the last time I updated MyBlogArena! fewww...almost 2 weeks I guess. But dont worry, I'll try to share most of my latest updates with you guys!

So as for starter, I would like to show off my new futsal shoes! Given by my sweet beloved girlfriend as my birthday present! Thank you sayang!

At first I saw this shoes I felt so amazed with its design and colours. The color is the same like my previous futsal shoes which comprising green and black but this one is mercurial vapor version and the previous one was Total 90 worn by Wayne Rooney. This mercurial vapor is of course the latest shoes worn by Cristiano Ronaldo! I just realised this when I watched the moment Cristiano Ronaldo was revealed to the crowd at Bernabeu and he was wearing this shoes but not futsal version.

My mom and my siblings gave me a set of wallet and black belt and my papa sponsored me a flight ticket to Acheh!

Thanks to everyone for the birthday gifts and thanks also for those who have given me birthday wishes!
Related Posts with Thumbnails