CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

MuMubOOK dilancarkan!




Announcing my latest website which will promote most of the books that I have read. Most of the books are about money..money..money...and money! :)

The benefits that you will get from these books are tips to save your money, tips to grow your money, tips in real estate industry, tips of doing internet business and many more!

The website is



Let me explain again that i'm not selling my own book....I'm just promoting all the books that I think can help you to manage your money! :D

THINK POSITIVE!


Say to yourself every morning:

Today is going to be a GREAT DAY!

I can handle more than I think I can!

By worrying about them,

Things would not get better anyway!

I can be satisfied so long as I TRY TO DO MY BEST!

BAGAIMANA NAK SURVIVE DALAM KARIER ANDA ?

Aku sekarang ni sebenarnye tengah duk menaip2 modul untuk Aviation Management College. Ada lagi 130 pages yang aku kene buat...huhu...CHayoyok Muazan!! Kalau satu hari aku target buat 10 pages, insya-Allah aku dapat habis kan dalam 13 hari lagi.....yeah!

Tapi sekarang ni aku nak share ngan korang camne nak survive dalam karier. Kalau kita dah kiok dalam karier kita memang jawabnya susah lah nak survive dalam hidup ni lebih2 lagi karier kita tu la yang menjana pendapatan untuk kita.

Ya, memang aku tak mula kerja lagi pun. Karier pun takda lagi. Tapi daripada apa yang aku dah baca dan berdasarkan pemerhatian aku, antara cara untuk kita boleh survive dalam karier kita dan at the same time ingin improvekan skill kita adalah dengan cara double kan bidang anda atau pelajari pelbagai teknik dan kemahiran selain daripada apa yang korang usahakan sekarang.

Double kan bidang anda bermaksud, jika anda seorang pelajar ijazah muda kejuruteraan awam (cam kes aku la)...pastikan selepas ni korang amik plak master dalam bidang perniagaan atau MBA. Aku bercadang untuk sambung amik MBA. So hopefully harapan aku tu berjaya dicapai! Sebab apa double? Sebab, kalo korang perasan...sekarang ni kalau korang nak apply kerja sebagai contoh aku la...amik kejuruteraan awam, kalau nak apply kerja, ramai je yang ada ijazah muda kejuruteraan awam tapi masalahnye sekarang bakal majikan nak seseorang yang unik dan lain dari yang lain. So at least kalo korang ada double (pastikan yang berkait la..jangan amik degree civil engineering ngan sijil kulinari sude), korang ada harapan cerah untuk impress kan bakal majikan korang.

Pelajari pelbagai teknik dan kemahiran. Skang ni majikan nak pilih pekerja sangat susah pasal ramai sangat yang apply. Tapi benda ni akan jadi lagi senang bile dorang nampak seseorang yang banyak kemahiran dan lain daripada yang lain. Pelajari kemahiran2 macam bagaimana untuk berhubung dengan orang lain (penting!), NLP (neuro linguistic programmimg), belajar cara pengurusan kewangan, dan banyak lagi!

belajar menyanyi tak masuk k....tapi kalo nak belajar gak okey je...cume pastu korang leh la masuk akademi fantasia yang makin bosan tu..hehehe

MEMIKIRKAN MASA DEPAN : CABARAN PALING HEBAT MASA KINI

Hari ni kebanyakkan rakan-rakan di UNITEN telah berjaya menamatkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Aku plak? Insya-Allah hujung tahun ni giliran aku pulak untuk menamatkan zaman universiti aku dan seterusnya memasuki alam yang penuh pancaroba yang sentiasa menantikan kehadiran aku. Sebelum terlambat, aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menghabiskan zaman universiti korang di UNITEN dalam masa terdekat ni. Harap-harap korang semua akan success apabila dah menempuh alam pekerjaan nanti.

Ok. Mukadimah dah setel. Skang ni apa yang aku cuba nak sampaikan ialah "Memikirkan masa depan adalah cabaran masa kini". Maksudnya, skarang kita akan habiskan zaman belajar di universiti, namun apa yang pasti, kita perlu set kan matlamat untuk masa depan kita supaya kita sentiasa on track dan tak bersepah-sepah nanti. Masa depan yang penuh dengan cabaran. Adakah anda mahu mendapatkan title Ir yang merupakan antara kejayaan tersohor seorang jurutera berbanding mendapatkan PHD atau stakat amik Master je? Apa yang susah nya adalah, bagaimana untuk memikirkan apa yang terbaik untuk masa depan kita. Itu merupakan cabaran pertama sejurus selepas kita menamatkan university life kita. Semuanya kadang2 bergantung pada minat, kejayaan tertinggi yang kita nak, impian, kebahagiaan, pengalaman dan pelbagai lagi. Aku tak rasa kita boleh dapat semua itu dalam hidup ni kalau kita tak sanggup untuk berdepan dengan cabaran semua itu. Tapi itulah masalah manusia. masalah aku....

Aku mahukan kejayaan seperti memperoleh gelaran Ir, mendapatkan MBA, ingin menjadi jurutera yang berjaya dalam business, memajukan syarikat keluarga aku sampai leh challenge Sime Darby. Tapi mampukah aku mendapat semua itu? kadang2 dengan keadaan CGPA aku yang sederhana buat aku terfikir mampukah aku hadapi semua itu. Perlukah aku mendapatkan kerja dengan consultant atau kerja dengan syarikat-syarikat besar cam Sime Darby ke ape ke untuk dapatkan pengalaman? Mana lebih bagus? Banyak orang kata yang terbaik untuk fresh graduate engineering is bekerja ngan consultant tapi aku layak ke ngan CGPA aku tu? Aku pening....

Aku juga nak kejar MBA pasal aku nak dual kan academic achievement aku tapi dengan CGPA yang tak seberapa tu mampukah aku mencapai apa yang aku nak seperti nak melanjutkan pelajaran dalam MBA? Boleh ke aku pursue MBA?? Masih ada peluangkah aku? Siap plan nak study oversea lagi. Aku memang nak study oversea tapi kadang-kadang bila aku rasa kurang yakin dengan kemampuan aku buatkan aku cube nak menafikan semua kemahuan aku itu.

Tapi Allah itu maha berkuasa, manusia hanya merancang dan yang menentukan hanya lah Dia. Mungkin aku harus berfikir begini...dalam hidup ni mungkin kita banyak merancang tapi tak semuanya flow bagus..mesti ada ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah. So aku hanya berfikir yang aku perlu berani sahut semua cabaran yang mendatang, have faith in myself because if I dont then who else will? If I dont have confident then who else can give it to me?

THE MOST IMPORTANT IS...WE MUST HAVE FAITH IN OURSELVES. Dengan faith tu, walaupun cabaran banyak di masa depan, kita mampu cope dengan semua itu dan berusaha dengan gigih. Harus terima setiap ujian yang mendatang dan berdoa yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang.


IF WE WANT HAPPINESS...WE HAVE TO PURSUE IT...NO SHORTCUT



Apakata anda?

NAVY SEALS : WANT TO BE FIT? PREPARE TO PUSH YOURSELF TO THE LIMIT


Sepatutnya sekarang adalah masa untuk menyiapkan isi-isi slide untuk presentation final year project esok namun kesempatan yang ada diambil untuk terus meng'update' MyBlogArena dengan isi-isi dan topik-topik panas dan berkualiti..huhu.


Sesi kali ini adalah pasal fitness anda. Saya adalah rowers Uniten dan untuk sukan rowing atau apa jua sukan kita mestilah fit untuk perform yang terbaik. Oleh itu sejak 3 bulan yang lalu, satu pendekatan kehidupan yang berbeza telah diambil untuk memantapkan diri dalam mengharungi gaya hidup sihat dan untuk perform well dalam apa jua sukan yang diceburi seperti Rowing.


Ada satu sesi yang dikendalikan oleh kelab rowing dan coach telah memperkenalkan latihan yang dimulai dengan Level 1..berikut adalah corak latihan yang diperkenalkan dalam Level 1:


Runinng - 1 hour / 10 km ....ok la lagi

Swimming - 1 hour / 1.5 km ....wuhuhu, cam 50 meter je dah tenggelam

Ergometer - 1 hour / 10 km ....belum pernah cuba tapi insya-allah akan cuba

Cycling - 1 hour / 40km .....woOOOo,cam sama dgn berbasikal dari Uniten ke Seremban


Itulah semua latihan yang coach sarankan, namun saya masih punyai cara tersendiri untuk workout. Tak kira apa juga jenis latihan yang ingin digunakan, kita kena ingat bahawa untuk jadi fit bukan senang dan harus kuatkan mental untuk push diri to the limit dalam apa jua workout.


Saya juga ada workout sendiri dan nama diambil sempena workout komando US terkenal, Navy SEALs iaitu BUD/S atau Basic Underwater Demolition training..huhuhu. Siaplah ko Encik Toat..ko pikir ko hebat??? huhu..kasi wOoOo sket!


THE ONLY EASY DAY WAS YESTERDAY!


FINAL EXAM: KEGAGALAN ITU TANGGA KEJAYAAN

Selepas berhempas pulas sejak dua menjak ini untuk persediaan rapi menghadapi dua test 2 yang baru berlangsung petang tadi untuk subjek Highway & Transportation dan baru tadi untuk subjek Reinforced Concrete 2, saya masih merasakan bahawa persediaan sekarang masih belum cukup untuk melalui detik lebih mencabar hujung bulan ini iaitu final exam apabila saya masih merasakan bahawa saya gagal dalam mendapatkan keputusan terbaik untuk dua test tersebut.

Highway&Transportation rasanya boleh score namun Reinforced Concrete 2 macam haram je. Tapi perkara yang lepas itu perlu dilepaskan dan jangan dikenang sangat. Cukup hanya sekadar mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan berusaha dengan lebih gigih lagi dimasa hadapan.

Tapi apa kena dengan tajuk kat atas tu? Kegagalan tangga kejayaan? bukan usaha tangga kejayaan ke?

Jangan khuatir, kadang-kadang sesetengah perkara perlu di"adapt"kan mengikut kesesuaian kita. Bukan apa, ianya adalah untuk meningkatkan semangat yang kian pudar kepada api yang membara. Mungkin anda tidak pernah dengar quote ini yang datang daripada mulut pioneer antara syarikat komputer terbesar didunia iaitu En. Dell yang mengasaskan DELL . En. Dell pernah ditanya bagaimana cara untuk kita berjaya dan jawapan magik beliau adalah GANDAKAN KEGAGALAN ANDA!

Kenapa? Sekiranya diteliti dengan betul, memang betul apa yang dikatakan kerana KEGAGALAN juga dapat mengajar kita erti kejayaan. Janganlah bila En.Dell kata gandakan kegagalan pastu kita pun asyik gagal je dalam hidup. Bukan camtu, bila kita gagal, pastikan kita belajar daripada kesilapan dalam kegagalan tersebut dan ini akan buat kita lagi berjaya!

Janganlah bila dah gagal buat bodoh je...memang bodoh sampai ke mati la jawabnye.

WooOOoO~
Related Posts with Thumbnails