CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE
Showing posts with label TRUE STORY. Show all posts
Showing posts with label TRUE STORY. Show all posts

BILA JALAN TAK CUKUP LANE, NI LAH JADINYE~

Sewaktu gua dalam perjalanan pulang ke rumah dari UNITEN pada tengah hari tadi, gua memecut laju di right lane di MRR2 berhampiran Tesco Ampang....

Tiba-tiba, lantas gua mencapai handphone gua dan cube menangkap gambar satu insiden pelik tapi benar yang sedang berlaku saat itu.


Ape dia?



Kelihatan sebuah lori yang tersadai di bahu jalan....

Apakah sebenarnye penyebab kejadian tersebut?


Adakah pemandu lori itu ingin berehat?

atau

Adakah pemandu lori itu gagal mengawal lori?

atau

Adakah pemandu lori itu sedang berimaginasi bahawa terdapat 4 lanes di MRR2 sedangkan yang sebenarnye hanya ada 3 lanes?



Hanya pemandu lori sahaja yang dapat menjawabnye~

LARGEST ANACONDA ON EARTH!!! NEW RECORD!

KUIH RAYA

Dah 2 minggu kita berpuasa...pejam celik pejam celik...kejap je. Gua percaya masih ramai manusia diluar sana yang ponteng berpuasa...korang ni nak jadi ape? (emo skit)

Tapi gua nak amik kesempatan ini untuk menyebarkan kepada sekalian manusia di luar sana..bukan pasal sape yang tak pose...tapi pasal gua ada menjual kuih-kuih raya yang lezat lezat...

Gua ada jual kuih Tart, kuih cokolat chip, dan ada satu lagi kuih (aahhh...gua dah lupe nama kuih tu...tapi nanti gua cakap)..harga sangat berpatutan dan kuih dijamin sedap (lidah gua kate sedap and so far lidah orang len pun kata sedap..gua tak hipokrit so gua bercerita yang benar)

Terutama kuih tart yang mak gua buat ni sangat digemari ramai...siap dah sampai ke luar negara (awek gua bawak and ada supplier yang jual..dia beli borong ngan mak gua dan di jual europe)

Ada satu masa tu mak gua dah takmo buat kuih tart pasal penat and tak menang tangan nak buat pasal tak ramai staff (susah nak mencari staff buat kuih skang ni), tapi disebabkan sedap sangat, ramai kawan2 mak gua yang paksa mak gua buat jugak...hahaha..

So penat dah gua cerita perihal kuih tart...dan sekarang gua nak cakap, sape2 yang nak tempah kuih raya tu...boleh la call gua ditalian bebas tol (pasal tol tak charge) kene charge ngan telco korang...0136364606...market buat masa ni untuk rakyat Universiti Tenaga Nasional dengan Ulu klang sahaja...tempat2 lain mungkin boleh diterima bergantung pada lokasi dan jarak dari markas aku...terima kasih

lu pikir la sendiri!

OBAMA AND RAMADHAN

FINALLY W995 IS MINE!


Yeah! I've got what I have dreamed to have since the past 4 months! Finally! Just imagine that after you have lost your precious handphone and you are dreaming to have a new one which is much more better ( 8.1 megapix in SE walkman handphone and few other great applications!)...sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata apabila memilikinya!

W995 now is in my hand! yahooo dan alhamdulillah!

The new gadget which will be helping me throughout my day!

Goodbye MyW850i and welcome MyW995

Rejeki rejeki~

PRISON BREAK MALAYSIA! TRUE STORY

Mungkin terpengaruh dengan drama Prison Break atau pun pasal keinginan nak melepaskan diri yang membuak-buak...

27 orang pelatih Pusat Serenti Kampung Selamat melarikan diri dengan cara buat pusat serenti tu jadi huru hara dengan membakar beberapa tempat...

Lepas aku baca artikel ni tros teringat kat Prison Break..hahaha

Nak baca artikel tu sila klik sini

CLONNED YAHOO: PLEASE DONT BELIEVE THIS


Have you seen anything like this? I got this extract from my Yahoo email and the title is "YAHOO ALERT!" sent by "YAHOO CENTERS".

In my opinion this is something that might trap you to give "them" your username and password so that they can use it and get into your email account to obtain any important file like your Banking account info and so forth.

Never ever trust this kind of email and once you get it, just get rid of it.

Yahoo will not use this kind of method to ask for your username and password. There is no congestion report so far officially reported by Yahoo and they have their own method to just delete any unused email account but not like this extract.

So please be aware.....

MEMIKIRKAN MASA DEPAN : CABARAN PALING HEBAT MASA KINI

Hari ni kebanyakkan rakan-rakan di UNITEN telah berjaya menamatkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Aku plak? Insya-Allah hujung tahun ni giliran aku pulak untuk menamatkan zaman universiti aku dan seterusnya memasuki alam yang penuh pancaroba yang sentiasa menantikan kehadiran aku. Sebelum terlambat, aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menghabiskan zaman universiti korang di UNITEN dalam masa terdekat ni. Harap-harap korang semua akan success apabila dah menempuh alam pekerjaan nanti.

Ok. Mukadimah dah setel. Skang ni apa yang aku cuba nak sampaikan ialah "Memikirkan masa depan adalah cabaran masa kini". Maksudnya, skarang kita akan habiskan zaman belajar di universiti, namun apa yang pasti, kita perlu set kan matlamat untuk masa depan kita supaya kita sentiasa on track dan tak bersepah-sepah nanti. Masa depan yang penuh dengan cabaran. Adakah anda mahu mendapatkan title Ir yang merupakan antara kejayaan tersohor seorang jurutera berbanding mendapatkan PHD atau stakat amik Master je? Apa yang susah nya adalah, bagaimana untuk memikirkan apa yang terbaik untuk masa depan kita. Itu merupakan cabaran pertama sejurus selepas kita menamatkan university life kita. Semuanya kadang2 bergantung pada minat, kejayaan tertinggi yang kita nak, impian, kebahagiaan, pengalaman dan pelbagai lagi. Aku tak rasa kita boleh dapat semua itu dalam hidup ni kalau kita tak sanggup untuk berdepan dengan cabaran semua itu. Tapi itulah masalah manusia. masalah aku....

Aku mahukan kejayaan seperti memperoleh gelaran Ir, mendapatkan MBA, ingin menjadi jurutera yang berjaya dalam business, memajukan syarikat keluarga aku sampai leh challenge Sime Darby. Tapi mampukah aku mendapat semua itu? kadang2 dengan keadaan CGPA aku yang sederhana buat aku terfikir mampukah aku hadapi semua itu. Perlukah aku mendapatkan kerja dengan consultant atau kerja dengan syarikat-syarikat besar cam Sime Darby ke ape ke untuk dapatkan pengalaman? Mana lebih bagus? Banyak orang kata yang terbaik untuk fresh graduate engineering is bekerja ngan consultant tapi aku layak ke ngan CGPA aku tu? Aku pening....

Aku juga nak kejar MBA pasal aku nak dual kan academic achievement aku tapi dengan CGPA yang tak seberapa tu mampukah aku mencapai apa yang aku nak seperti nak melanjutkan pelajaran dalam MBA? Boleh ke aku pursue MBA?? Masih ada peluangkah aku? Siap plan nak study oversea lagi. Aku memang nak study oversea tapi kadang-kadang bila aku rasa kurang yakin dengan kemampuan aku buatkan aku cube nak menafikan semua kemahuan aku itu.

Tapi Allah itu maha berkuasa, manusia hanya merancang dan yang menentukan hanya lah Dia. Mungkin aku harus berfikir begini...dalam hidup ni mungkin kita banyak merancang tapi tak semuanya flow bagus..mesti ada ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah. So aku hanya berfikir yang aku perlu berani sahut semua cabaran yang mendatang, have faith in myself because if I dont then who else will? If I dont have confident then who else can give it to me?

THE MOST IMPORTANT IS...WE MUST HAVE FAITH IN OURSELVES. Dengan faith tu, walaupun cabaran banyak di masa depan, kita mampu cope dengan semua itu dan berusaha dengan gigih. Harus terima setiap ujian yang mendatang dan berdoa yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang.


IF WE WANT HAPPINESS...WE HAVE TO PURSUE IT...NO SHORTCUT



Apakata anda?

TRUE STORY: KEJADIAN PECAH MASUK DI BILIK AKU DI RUMAH AKU

Baru je beberapa hari lepas aku cerita pasal kes rompakan di rumah dekat area Taman Maluri, Cheras. Tapi hari ni aku pulak yang kena. Habis aku punya handphone yang aku tengah charge dalam bilik kena rembat beserta dengan beberapa keping RM10 dalam wallet aku dan siap duit indon and singapore pun dia kebas..sial betol. 

Kalau aku cerita camne si Babi tu mencuri pun korang mesti terkejut. Bayangkan dia masuk rumah aku dan lalu je depan aku dan masuk bilik aku (terletak di tingkat bawah) dan ambil handphone aku (tengah charge) dan seluk wallet aku dan ambil 3 keping RM10 dan duit2 negara lain.

Masa dia lalu je depan aku plak, actually aku tengah tidur di tingkat bawah di ruang tamu semasa belajar subjek Foundation dan aku hanya perasan ada orang masuk masa dengar pintu rumah aku terbukak. Pastu aku pikir housemet aku yang bukak pintu pasal dorang ada kat rumah dan aku pun tidor la balik.

Bila aku bangun balik dan pelik pintu rumah aku masih belum tertutup aku pun pi la tutup pintu. Lepas tu bila aku masuk je bilik aku, aku sedar ada Babi masuk pasal handphone aku hilang dan duit dalam wallet pun hilang. 

Nasib baik si Babi tu tak angkut skali laptop aku, tabung aku, wallet aku (ambik duit je), printer aku dan sebagainya. 

Apsal dia tak angkut aku je masa aku tidor tu? Boleh la bila aku sedar aku terus terajang dia masuk lubang kubur.

Baru tadi aku telah melafazkan sumpah, bukan sumpah kat dalam court mahkamah, tapi sumpahan yang akan membuatkan si Babi yang mencuri barang-barang aku mati pukul 3 petang nanti.

So sekarang aku nak tenangkan diri aku (aku masih rasa bersyukur pasal dia tak angkut sume barang aku) dan study macam biasa pasal esok ada final exam yang terakhir untuk semester ni.

Lepas ni aku perlu lebih berhati-hati pasal THE END OF kedatangan si Babi tadi kemungkinan besar menjadi THE BEGINNING OF babi yang sama untuk datang 'menvisit' balik selepas dia dah tahu rumah aku ada banyak lagi barang yang boleh diambil.

Enuff said...I want to go back to work as a student now

ADA APA DENGAN HARI INI?

Hari ni adalah antara hari yang dinanti-nantikan oleh aku setiap tahun disamping hari jadi aku, hari raya, puasa, hari cuti, hari-hari, harikrishnan, hari ulang tahun percintaan aku yang dah masuk 3 tahun tahun ni and siap sama lagi tarikh ngan besday Jason Vorhees Friday the 13th dan hari bumi!

Hari ni adalah hari dimana...


Lesen memandu aku dah mati => demn, kena renew lesen la pulak.


&


Hari Jadi orang kesayangan aku!


Happy birthday yang ke 23tahun sayang! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga segala apa yang kita berdua hajatkan tercapai!

Amin...



Just for you~

PERINGATAN KEPADA PENGGUNA MAYBANK2U : AMBIL PERHATIAN!

Aku sebenarnya baru je lepas menunaikan solat hajat dan solat Isyak alhamdulillah, namun ada perkara yang mengganggu pemikiran ku sekarang. 

Apakah perkara itu?

Sebelum aku solat, aku saja lah nak bukak email MPP aku, dan aku dapati terdapat beberapa email spam yang dihantar dan aku pun saja la click SPAM nak ushar apa yang ada dalam tu. Lepas aku click je, aku nampak ada title lebih kurang cam MAYBANK2U: ONLINE RISK.

So lepas je aku click kat email tu, aku pun baca la email tu. Berikut adalah initipati email tersebut, perhatikan:

Dear maybank2u Account Holder,

    Maybank2u would like to inform you that an increased number of merchants and ATMs in your country have experienced data compromises of payment cards used in their stores and at their ATMs, and that your funds may be at risk.  To protect yourself, please follow the next steps :

   * Log in into maybank2u online account 
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
   * You must request for TAC online via maybank2u - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
     ( you can find the "request a TAC" button in the right menu of your account "Utilities" )
   * Logout from your maybank2u account and close the browser.
   * When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, open the form attached to email and submit the requested information
     ( Account user ID, password and TAC )

    Please allow 48 hours for processing

Thank you,
maybank2u Risk Management Department


Lepas je aku habis baca, aku pun teringat yang aku pernah dengar dalam radio kata yang Maybank tidak akan sekali-kali meminta perkara-perkara penting cam TAC, ID siap ngan password lagi especially tru email. 

So aku jadi PANAS jugak cam member aku!

Ini macam sindiket penipuan je! Yelah, memang nampak sangat dorang nak kita nye password, ID and TAC. Buat apa dorang still mintak padahal dorang boleh je check kat system dorang ID and password kita. 

So apa pendapat korang??? Perlukah kita mempercayai benda ni?

Bagi aku, aku takkan percaya benda ni sampai bila-bila. Kalau ada apa-apa urusan pasal bank, aku akan jumpa sendiri pegawai tu FACE 2 FACE.

Aku secara peribadi harap korang jangan percaya dengan email-email cam ni...OKEY!

Roger n out!

TRUE STORY: KEJADIAN ROMPAKAN DI RUMAH DI TAMAN MALURI CHERAS

Aku baru dapat video ni daripada si Dia pada pagi tadi sebagai peringatan ataupun reminder kepada aku bahawa walaupun anda di rumah anda, anda masih dalam bahaya. Berkemungkinan untuk dirompak, dibunuh, dan di apa saja...semuanya tidak mustahil boleh berlaku. Terima kasih sayang saya kerana prihatin =)

So kalo korang nak tau apa cerita disebalik "TRUE STORY" aku pada kali ini...sila lihat video dibawah. Perhatikan~

Jagalah diri anda walau di mana sahaja anda berada kerana yang pasti di mana-mana sahaja ada bahaya...

WooOoOoO~




Related Posts with Thumbnails