CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE
Showing posts with label REPEKAN ORANG MUDA. Show all posts
Showing posts with label REPEKAN ORANG MUDA. Show all posts

UpDaTeZZZZzzzzzz

Ahhh..gil bab...akibat busy memanjang dengan pelajaran (sampai tahap dah leh jadi Menteri Pelajaran dah ni), gua terlupa dengan blog gua yang melezt ni...dah nak dekat setahun gua tak updet..eh...sebulan....shish kebab..

So nak dijadikan cerita, Alhamdulillah ku ucapkan apabila gua berjaya menghabiskan exam terakhir gua di UNITEN..universiti pilihan anda...yang tersayang. Gua dah spend almost 5 years di UNITEN untuk mengisi ilmu dijiwa dan diminda demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...banyak suke duke pahit manis panjang pendek peristiwa2 yang best gua di UNITEN samada bersama kawan2, lecturer-lecturer, staff2 dan ramai lagi.

Di Uniten gua dah banyak belajar erti kehidupan dan gua tak nafikan perkara ini. Seperti ketika gua belajar di Royal Military College mahupun di sekolah taman melawati 1, 2 dan sekolah menengah Taman Melawati...eh tak dilupe pada Tadika gua...Tadika Wirawati..banyak gua dah pelajari demi untuk memajukan diri gua, mengisi jiwa gua dan mengajar gua erti kehidupan...

So gua rasa buat masa ni..tu saje yg gua nak update...senarnye masih ada kerja perlu disiapkan untuk..InsyaAllah..gua tamatkan jurusan Ijazah muda gua dalam Jurusan Kejuruteraaan Awam atau nama glamer Civil Engineering di UNITEN...lepas ni..ape yg gua dah pelajari selama ini...samada interms of pelajaran or life...gua akan praktik kan dalam kehidupan gua untuk menjadi masyarakat yang berguna...

akhir kata daripada gua...

YeaH YO! (pinjam jap ye Ad) :p

BILA JALAN TAK CUKUP LANE, NI LAH JADINYE~

Sewaktu gua dalam perjalanan pulang ke rumah dari UNITEN pada tengah hari tadi, gua memecut laju di right lane di MRR2 berhampiran Tesco Ampang....

Tiba-tiba, lantas gua mencapai handphone gua dan cube menangkap gambar satu insiden pelik tapi benar yang sedang berlaku saat itu.


Ape dia?



Kelihatan sebuah lori yang tersadai di bahu jalan....

Apakah sebenarnye penyebab kejadian tersebut?


Adakah pemandu lori itu ingin berehat?

atau

Adakah pemandu lori itu gagal mengawal lori?

atau

Adakah pemandu lori itu sedang berimaginasi bahawa terdapat 4 lanes di MRR2 sedangkan yang sebenarnye hanya ada 3 lanes?



Hanya pemandu lori sahaja yang dapat menjawabnye~

GOKU

Mungkin lu orang ingat gua nak cerita pasal GOKU dalam Dragon Ball Z....

tapi lu orang silap...


GOKU yang gua maksudkan adalah...




KURA-KURA gua!




meh sini gua tunjuk gambar die....pasti lu orang terpukau~ hahaha :p




adorable tak die???




SUNYI


Percaya atau tidak..pagi tadi gua menjinakkan diri untuk memasuki dunia UNITEN dan gua dapati.....

UNITEN ibarat tiada penghuni....tiada pelajar ke hulu ke hilir as always...hanya beberapa biji kereta dan kelas-kelas KOSONG~



SUNYI~



Adakah gua terlalu rajin?? Adakah masih ramai manusia yang masih beraya sakan diluar sana??

Kesimpulan yang gua boleh buat is..



Gua memang rajin~



peace

BURUNG HANTOO

Gua percaya ramai rakan2 diluar sana yang membela pelbagai spesis burung dan gua percaya bahawa hanya segelintir manusia yang ada burung yang satu ni...

BURUNG HANTOO..

Burung Hantoo sangat berbeza dengan Burung Hantu...

kenapa?

Gua adalah antara manusia yang membela burung tersebut...ianya sangat mudah untuk dijaga..tidak perlu memberikan makanan mahupun air...tidak perlu menyediakan sangkar burung mahupun jamban untuk membuang air. Dia memang setia pada tuannya dan hanya satu sahaja perkara yang dia tau buat....

GELENG KEPALA~

Gua tunjuk gambar je so korang tak la nampak die geleng kepala...tapi korang akan nampak kecomelannya sahaja~ @,@"

selamat berkenalan dengan Mimiko! :p


Mimiko~

selamat berpuasa!

KOTOK DAN TEMBAK

Gua nak cerita ni..story ni dah berlaku semalam tapi gua baru nak cerita hari ni ngan kawan2. Semalam gua dan rakan-rakan gua yang amik subjek Integrated atau subjek kod nye CESB493 perlu melalui sesi prelim presentation yang kononnya group2 student ni acted as a consultants and our clients were lecturers and consultant yang btol.

So nak dijadikan cerita, gua nye group yang dikenali sebagai FAMITY Engineering Consultants SDN BHD telah pun menyiapkan slide2 untuk presentation siap compile dan tunggu masa je nak mula. Then pukul 3 pm kitorang dipanggil oleh "client" kitorang iaitu Ir. Zakaria dan rakannya which was seorang engineer yang real.

So tanpa berlengah, gua dan rakan2 gua masuk bilik, siapkan peralatan laptop dan sumenya kemudian presentation dimulakan oleh "Project Manager" group gua cik Tan Wei Pin. peluru2 tembakan daripada "client" dah mula kedengaran selepas sahaja cik Wei Pin menamatkan presentation dia. Pastu, bile aku masuk je (as the structural engineer) peluru tembakan mula keluar bertubi2...hahaha...(aku hanya mampu tersenyum) dan client kitorang siap cakap kalau nak kire-kire loading bangunan tu kalau engineer biasa ni blakang "kotok rokok @ kotak rokok" pun leh calculate siap minum kat kedai kopi lagi...(sekali lagi aku hanya mampu tersenyum)...

Rakan-rakan dalam group gua pun kena tembak bertubi-tubi dan duration yang ditetapkan which not more or less than 45 minutes tidak dapat dilaksanakan apabila kami perlu menahan tembakan selama 1 jam setengah dan itu adalah dua kali ganda lamanya.

At the end, gua dan rakan-rakan sedar bahawa kitorang perlu meneliti kembali setiap kesalahan hasil tembakan bertubi2 client dan oleh itu....doakan la kami berjaya menjadi engineer yang berjaya di akhir nanti....:D

I DONT KNOW



Mari mengharuk kan diri~

HILANG KUNCI MOTOR?? TANYALAH MAKCIK NI...

Hahaha...korang pasti pecah perut dengan video kat bawah ni...

saksikan~


HITAM DAN GELAP

Sekarang selepas 1 minggu berlalunye kejohanan MASUM Rowing yang aku join...sekarang tibalah masanya untuk aku kembali mencerahkan kulit yang sudah gelap ini. Semuanya gara-gara training rowing di tengah panas sehingga menggelapkan kulit ku...

Aku dah decide..kalau lagi 3 minggu aku tak cerah seperti sediakala (bukanlah jadi cam orang puteh), aku dah takmo main rowing....

Aku nak main congkak...ok tak???

Any suggestions sukan ape lagi yg aku leh main?? hahaha

GUA HOT!!

Gua hot~

Gua memang hot~

tu je yang gua nak bagitau...

Tak puas hati?

Pedulik ape den~ :p

APABILA BERTEMU DENGAN ANGIN BARAN BOLOT

aku baru je nampak nama anak Angin, Baran dan Bolot hari ni...kesemuanya warganegara Malaysia....

Tak percaya??

Percayala....

MINGGU YANG PENUH KEHITAMAN

Hitam dan kegelapan~

Itulah warna kulit aku saat ini apabila dah 7 minggu berbumbungkan matahari terik ketika berpraktikal di site construction. Ditambah lagi dengan 2 minggu latihan rowing di tasik Putrajaya sebagai persediaan untuk kejohanan MASUM yang akan bermula hari ini iaitu pada 25/5/09.

So senang cerita, aku telah bergelumang dengan minggu-minggu kehitaman dan aku akan menfokuskan ke arah pencerahan kulit apabila minggu MASUM berakhir kelak. Praktikal pun dah tinggal 4 minggu lebih...so okey la..ahahaha...

Namun yang pasti, aku akan merindui pengalaman berpraktikal setelah menamatkan sesi praktikal selama 3 bulan ini nanti. Walaupun berjemuran di bawah sinaran mentari..namun aku suke dengan kerja-kerja yang aku buat semasa praktikal...tidak hanya duduk di ofis...

MELABUR

Setahu aku, ada dua maksud perkataan melabur ini....

satu, melabur di jamban!

dua, melabur di skim2 pelaburan.

Melabur adalah something yang sangat bagus untuk dilakukan demi untuk menjana pendapatan sampingan disamping pendapatan tetap yang diterima jika kita kerja makan gaji atau pendapatan tidak tetap jika kita berniaga.

Skarang ni ramai dah pandai melabur dalam skim-skim pelaburan yang dijamin berbanding Skim Pak Man Telo dulu dan kita leh nampak sendiri unit2 Amanah Saham yang bernilai billiom ringgit habis dijual dan yang paling ramai membeli unit saham adalah kaum Cina....

Tidak pelikkah anda atau perasan kah anda akan sesuatu?

Kaum Cina merupakan kaum yang sangat bagus lebih2 lagi dalam perkara yang melibatkan perniagaan dan wang. Mereka sentiasa pandai menngambil peluang yang ada untuk meraih pendapatan sampingan...So aku ingat nak belajar la camne dorang ni buat duit....leh kaji2 sket...hehehe. Tetapi secara kasar pada pendapat aku, sekarang ini memang majoriti kaum Cina yang memegang ekonomi Malaysia.

Korang tak pernah ke lalui peristiwa bile masuk je Raya Cina, banyak giler kedai tutup....sunyi~

HAHAHA...SPIDERMAN JEPUN LA PULAK

SPIDERMAN 3: HOW IT SHOULD HAVE ENDED

Korang nak tau cane sepatutnye Spiderman 3 bermula dan berakhir????

IMPIAN GUA UNTUK 3 BULAN AKAN DATANG....

Gua adalah aku dan aku adalah gua...so takda yang konpius 'GUA' kat tajuk tu ngan Gua Musang atau Gua Niah atau Batu Caves (eh..)

Aku sekarang ni tengah bosan. Baru lepas makan dan kejap lagi masa untuk menaip a.k.a sambung buat modul yang masih banyak pages lagi yang aku kene siapkan. Biasela...nak cari duit lebih..siang praktikal...malam buat modul...target dalam sebulan insya-Allah siaplah modul ni. Disamping buat modul at least aku belajar la something daripada projek ni since tajuk dia pun bagus..."PRINCIPLE OF MANAGEMENT". Mana tau kot2 aku jadi CEO company mana2 ke...hahaha..Insya-Allah.

Mungkin lepas aku berjaya setelkan beberapa pages untuk hari ni, aku nak membutes kejap. Penat wohhh...praktikal di site memang memenatkan. Walaupun bukan aku yang bertukang, namun keletihan itu tetap dirasai mungkin disebabkan faktor kepanasan yang teramat, keleseuan badan dan lain lain. Namun semua itu tidak boleh dijadikan alasan. Pengalaman harus dicari! Papepun pagi nanti pukul 1.55 aku nak gerak pi seksyen 15 Bangi pasal aku nak tengok bola! Man United lawan Arsenal in Champions League semi final.

Bila sebut pasal impian ni...banyak impian aku sebenarnye... Tapi untuk 3 bulan akan datang ni...harap2 impian aku berjaya! Eh bukan impian aku berjaya..harap2 aku berjaya capai impian aku! baru betol!

Senarai impian.

1. Menyaksikan perlawanan diantara Manchester United dan Malaysia XI (btol ke simbol aku tu? niat nak letak sebelas) di mana lagi kalau bukan kat KL...takkan kat Old Trafford plak.

2. Memiliki henpon idaman W995

3. Memiliki duit yang banyak dalam akaun! WOoOoO~

4. Dinner for two ngan orang tersayang (die lom balik lagi)

5. Nak buat movie marathon ngan yang tersayang (nak tengok cerita Transformers!)

6. Nak beli BMW 5 Series (oopsss....ni cam dah lari je dari target 3 bulan)

hahaha...so aku harap, aku berjaya mencapai semua impian 3 bulan yang aku sebutkan diatas....mungkin ada lagi beberapa impian lain tapi aku nak simpan sendiri atau nak share ngan orang yang tersayang yang nun jauh di sana! Cepat la balek! Rinduee~ :D

RAHSIA LELAKI WARGA CANCER TERBONGKAR!!

Hari jadi aku mungkin lambat lagi....angka keramat yang menghiasi tarikh tersohor zaman ini kerana seorang bayi lelaki yang comel dan bergaya (pehh..baby pun bergaya) dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta.

7 JULAI 1986....angka keramat yang ingin dinyatakan adalah 7...7 adalah my lucky number! Siapa yang tak kenal kehebatan pemilik nombor 7 ni...nama2 besar seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham, Cantona, 7 Wonders, 7 continentals, 7 Seas....sume 7...manada 8 ke, 9 ke, 3 ke...hahaha...dengan nama seperti Muazan Mohsin lagi..hahaha..

Okeh, mukadimah dah setel. Skang ni aku nak dedahkan rahsia ciri-ciri lelaki Cancer..bukan penyakit tu! lelaki yang lahir diantara 22 JUN - 22 JULAI.

Berikut adalah ciri2 lelaki tersebut...

1. Penuh dengan elemen sensitif
2. Sentiasa berubah mood dan emosi
3. jarang merebut apa yang diingini tetapi menunggu masa dan peluang yg sesuai. Bila dah dapat memang takkan lepas punye.
4. Tak boleh terima rejection dan sentiasa fikir apa yg orang lain pikir pasal dia.
5. sangat kreatif dan imaginatif.
6. Boleh jadi kelakar, kemudian senyap dan terus bersedih.
7. Rumah umpama sarang yang selamat baginya apabila bersedih dan kecewa.
8. Duit umpama faktor keselamatan.
9. Orangnya jimat tetapi bukan kedekut.
10. Perempuan yang sukakan cabaran, lelaki Cancer adalah pilihan anda!
11. Kekalahan takde dalam kamus hidup.
12. Sangat mudah untuk wanita jatuh cinta dengan lelaki Cancer kerana mereka bersikap menghormati dan gentleman.
13. Bersikap pelindung kepada pasangan.
14. Tidak ramai wanita yang berjaya memenangi hati lelaki Cancer.
15. Lelaki penakluk. Jika bersamanya jangan cakap pasal lelaki lain pasal dia akan rasa sangsi dan tidak selesa serta kurang yakin dengan dirinya.
16. Selalu terfikir tentang pasangan.
17. Seorang lelaki yang pemalu tetapi konsisten dalam perhubungan.
18. Lelaki Cancer suka wanita yang melindungi, ceria,cergas, yakin dan dalam masa sama beretika dan bersesuaian dengan suasana.

Yang bawah ni panjang sket dan PENTING!

19. Untuk perhubungan pada peringkat permulaan, akan dipenuhi dengan detik-detik manis tetapi itu semua tidak akan kekal lama! Jadi kepada wanita, jangan biarkan peluang tu wujud dgn menjadikan diri anda sentiasa hebat. Selalulah menjadi pendorong dan sekali sekala berikan pujian.
20. Tidak seperti zodiak lain, jika sang Cancer naik angin, maka lebih baik pasangan beredar. Berilah masa untuk dirinya sendiri menenangkan keadaan. Namun memberikan sentuhan pada bahu dan sedikit ekspresi muka sudah memadai.
21. Lelaki Cancer akan terarah keibunya! Jadi kepada pasangan, jadilah juga kegemaran ibunya!

Hahaha..so sudah tereveal rahsia2 ciri2 lelaki Cancer...penat aku taip..panjang benor...so guys! Renung2kan dan selamat beramal! :p

DARTH VADER VS THE PUNISHER

Korang mesti selalu dengar pasal Alien VS Predator kan? Siap ada part 1 and part 2 lagi. Freddy VS Jason pun ada gak...ape lagi tajuk movie yang ada versus versus ni. Cuma kat sini aku nak share satu lagi movie underground iaitu DARTH VADER VS THE PUNISHER. Sila lihat antara picture yang berjaya diloloskan daripada pihak penerbit filem.


Terbaik bukan? atau korang dah terberak?

PENAT DOHH PRAKTIKAL!!

sejak bermenjak ni...macam-macam ragam membe2 aku yang buat praktikal skang ni. Ada yang buat "site visit" ke GSC kat Midvalley, ada yang siap buat "discussion" kat Red Box entah mana tah...semuanya cam menarik je bunyi dia..hahaha

Aku juga tak kurang busynye...dalam 100% kegiatan praktikal aku setiap hari.....aku elaboratekan seperti dibawah....

40% = Rounding sekitar site project untuk tgk progress pembinaan.

3% = minum air mineral yang diprovidekan di tapak projek (PENTING!!)

7% = borak-borak dan tanya-tanya ngan pekerja2 indon

10% = borak-borak dan tanya-tanya dengan supervisors aku.

20% = keluar buat hal lain (buat part time business, kerja parti time ngan Aviation Management Center buat modul, research untuk FYP)

15% = melepak dalam kabin di tapak projek

5% = mengular dalam site project..huhu (Nak tau apa yang aku buat???) lihat dibawah....



huhuhaha...


THE END..

MEMIKIRKAN MASA DEPAN : CABARAN PALING HEBAT MASA KINI

Hari ni kebanyakkan rakan-rakan di UNITEN telah berjaya menamatkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Aku plak? Insya-Allah hujung tahun ni giliran aku pulak untuk menamatkan zaman universiti aku dan seterusnya memasuki alam yang penuh pancaroba yang sentiasa menantikan kehadiran aku. Sebelum terlambat, aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menghabiskan zaman universiti korang di UNITEN dalam masa terdekat ni. Harap-harap korang semua akan success apabila dah menempuh alam pekerjaan nanti.

Ok. Mukadimah dah setel. Skang ni apa yang aku cuba nak sampaikan ialah "Memikirkan masa depan adalah cabaran masa kini". Maksudnya, skarang kita akan habiskan zaman belajar di universiti, namun apa yang pasti, kita perlu set kan matlamat untuk masa depan kita supaya kita sentiasa on track dan tak bersepah-sepah nanti. Masa depan yang penuh dengan cabaran. Adakah anda mahu mendapatkan title Ir yang merupakan antara kejayaan tersohor seorang jurutera berbanding mendapatkan PHD atau stakat amik Master je? Apa yang susah nya adalah, bagaimana untuk memikirkan apa yang terbaik untuk masa depan kita. Itu merupakan cabaran pertama sejurus selepas kita menamatkan university life kita. Semuanya kadang2 bergantung pada minat, kejayaan tertinggi yang kita nak, impian, kebahagiaan, pengalaman dan pelbagai lagi. Aku tak rasa kita boleh dapat semua itu dalam hidup ni kalau kita tak sanggup untuk berdepan dengan cabaran semua itu. Tapi itulah masalah manusia. masalah aku....

Aku mahukan kejayaan seperti memperoleh gelaran Ir, mendapatkan MBA, ingin menjadi jurutera yang berjaya dalam business, memajukan syarikat keluarga aku sampai leh challenge Sime Darby. Tapi mampukah aku mendapat semua itu? kadang2 dengan keadaan CGPA aku yang sederhana buat aku terfikir mampukah aku hadapi semua itu. Perlukah aku mendapatkan kerja dengan consultant atau kerja dengan syarikat-syarikat besar cam Sime Darby ke ape ke untuk dapatkan pengalaman? Mana lebih bagus? Banyak orang kata yang terbaik untuk fresh graduate engineering is bekerja ngan consultant tapi aku layak ke ngan CGPA aku tu? Aku pening....

Aku juga nak kejar MBA pasal aku nak dual kan academic achievement aku tapi dengan CGPA yang tak seberapa tu mampukah aku mencapai apa yang aku nak seperti nak melanjutkan pelajaran dalam MBA? Boleh ke aku pursue MBA?? Masih ada peluangkah aku? Siap plan nak study oversea lagi. Aku memang nak study oversea tapi kadang-kadang bila aku rasa kurang yakin dengan kemampuan aku buatkan aku cube nak menafikan semua kemahuan aku itu.

Tapi Allah itu maha berkuasa, manusia hanya merancang dan yang menentukan hanya lah Dia. Mungkin aku harus berfikir begini...dalam hidup ni mungkin kita banyak merancang tapi tak semuanya flow bagus..mesti ada ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah. So aku hanya berfikir yang aku perlu berani sahut semua cabaran yang mendatang, have faith in myself because if I dont then who else will? If I dont have confident then who else can give it to me?

THE MOST IMPORTANT IS...WE MUST HAVE FAITH IN OURSELVES. Dengan faith tu, walaupun cabaran banyak di masa depan, kita mampu cope dengan semua itu dan berusaha dengan gigih. Harus terima setiap ujian yang mendatang dan berdoa yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang.


IF WE WANT HAPPINESS...WE HAVE TO PURSUE IT...NO SHORTCUT



Apakata anda?
Related Posts with Thumbnails