CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE
Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

ISU NAMA ALLAH DENGAN THE HERALD

Isu hangat ketika ini adalah penggunaan nama Allah dalam The Herald sebagai nama tuhan agama kristian dalam bahasa melayu. Pada perkiraan saya dah lebih 5 kes cubaan memusnahkan gereja berlaku di Malaysia. Sebelum saya pergi lebih jauh dalam memberikan pendapat peribadi, eloklah dibaca petikan yang diambil daripada TIME.com. Sila klik link dibawah..

http://www.time.com/time/world/article/0,8599,1952497,00.html

Nama tuhan kristian dalam bahasa Melayu adalah Allah S.W.T bagi saya memang boleh mengelirukan dan boleh menggoncang dunia. Bukan bermaksud dihati penulis dalam menulis post kali ini untuk memburukkan lagi suasana. Namun ianya harus difikirkan secara lojik akal dan munasabah.

Dimanakah letaknya darjat nama yang Maha Suci iaitu Allah S.W.T dalam kehidupan manusia ketika ini? Memanglah dalam kepercayaan Islam bahawa Allah itu adalah pencipta seluruh kehidupan dan alam semesta namun ianya tidak bermakna bahawa penggunaan nama Allah boleh sewenang-wenangnya disalahguna untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu daripada bahasa inggerisnya 'God'. Adakah ini adil dan satu langkah yang bijak?

'GOD' adalah 'TUHAN' dan 'TUHAN' adalah 'GOD'...mengapa perlu jadi 'GOD' sebagai 'ALLAH' dalam bahasa Melayunya? Memang tidak menghairankan jika keputusan hakim Lau Bee Lan daripada Mahkamah Tinggi telah mencetuskan ketidakpuashatian semua umat Islam di Malaysia. Keputusan untuk membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama lain selain Islam adalah tidak tepat. Ini boleh menimbulkan kekecohan dan kekeliruan.

Secara tepatnya, adakah Allah tuhan agama Kristian? JAWAPANNYA TIDAK! Allah memang pencipta alam manusia mengikut kepercayaan umat islam dan mereka yang benar-benar layak untuk menggunakan nama Allah adalah mereka yang beriman kepadanya atau dengan kata lain mereka yang mengucap kalimah Syahadah.

Jika sekiranya penggunaan nama Allah berleluasa dan agama lain bebas menggunakannya dalam memberi maksud 'GOD' dalam penerbitan mereka, pasti ramai umat manusia akan terkeliru dan ini boleh menimbulkan ketegangan antara agama dan paling berat murtad.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan bertindaklah secara aman dalam memastikan keagungan nama ALLAH S.W.T itu sentiasa berada pada darjat tertinggi dalam agama Islam.

AMAH

Kenapa orang gaji dipanggil AMAH??? Adakah sebab mereka memang PERAMAH??

Penggunaan amah dalam komuniti di Malaysia semakin popular kerana ramai rakyat Malaysia kini sibuk dengan urusan kerja seharian masing2 lebih-lebih lagi yang sudah bergelar suami mahupun isteri...yang pemalas buat kerja2 rumah pun ada je and end up amik amah untuk dijadikan pembersih rumah...so setel kerja betul tak? '-'

TETAPI.....beberapa perkara telah berlaku sebelum ini seperti kes amah didera dan sebagainya, liputannye sangat meluas dan pantas masuk ke negara-negara berkaitan yang menyediakan khidmat amah ni melalui media massa dan seterusnya menghukum rakyat negara ini sehingga timbulnya perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat negara asal amah2 terbabit lebih-lebih lagi Indonesia. Ramai rakyat Indonesia yang membuat demonstrasi sehingga timbulnya operasi "SAPU MALAYSIA" akibat tidak puas hati kerana ramai amah2 yang bekerja di Malaysia ditindas dan didera.

MENGAPA semua perkara tersebut perlu terjadi? Mengapa masih terdapat segelintir rakyat Indonesia yang terus menghukum rakyat Malaysia? Semua rakyat Malaysia salahkah?

Post ini bukan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan mama-mana pihak dan ianya adalah sekadar untuk dijadikan renungan untuk rakyat dikedua-dua negara.

Adakah rakyat Indonesia sudah lupa betapa banyaknya bantuan yang diberikan oleh Malaysia terutama apabila Indonesia diserang bencana dan malapetaka? Ketika isu "SAPU MALAYSIA" hangat diperkatakan satu ketika dahulu dan pada waktu yang sama bencana alam berlaku di Indonesia, dalam ketakutan dan demi sifat kemanusiaan, ramai rakyat Malaysia yang datang memberikan bantuan. Tetapi masih ada segelintir rakyat Indonesia yang masih menunjukkan keegoan dan memerli bantuan yang diberikan dan semuanya adalah kerana perselisihan faham yang berlaku ketika itu.

Isu ini cuba dikupas kembali oleh gua kerana gua baru sahaja terbaca mengenai kekejaman yang dilakukan oleh seorang amah Indonesia dari Bandung terhadap seorang bayi perempuan di Tanjung Malim. Sedarkah rakyat Indonesia akan perkara ini? Sila klik di sini untuk membaca artikel yang diperoleh daripada Berita Harian 28/11/09

Sebenarnya, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghidupkan kembali suasana harmoni kedua-dua negara. Jangan hanya kerana setitik nila rosak susu sebelangan dan dalam setandan pisang tak kesemuanya busuk.

Oleh itu, sebelum menghukum mana-mana pihak secara membuta tuli tanpa memikirkan kesan dan peristiwa sebenar yang berlaku, kaji dan fikir-fikirkanlah terlebih dahulu.

MALAYSIA YEAR END SALE 2009!!

Sekarang suda pukul 6 pagi..gua masih belum tidur. Tadi tengok bola Manchester Utd lawan Besiktas bosan gila. Dahla Manchester main teruk gile..pi main teng teng lagi bagus. So lepas menyaksikan perlawanan yang menghampakan tersebut, baru gua berkesempatan membuka internet di laptop gua.

Saje belek2 Facebook, gua nampak ada iklan ni di profile page gua...

MALAYSIA YEAR END SALE 2009

Nak tahu lebih lanjut boleh baca info dibawah...

Your Complete Guide for Malaysia Year End Sale 2009

21 November 2009 – 3 January 2010

YES! You heard us right. The shopping season is back again this time round for the year-end sales. The Malaysia Savings Sale this season will last you about 44 days. 44 days of thrilling entertainment, the best dining experience and the best offers you can ever get throughout the year! In conjunction with the Christmas season as well as New Year celebration, it’s going to be a remarkable experience you’ll never forget. And, not forgetting as well, it’s the school holiday season too!

Just set aside your worries and it’s time for a crazy shopping spree. Look out for apparels, accessories, gadgets, interior décor and even holiday packages for more discounts here in the sales.

retrieved from http://megasales.701panduan.com/


so ape lagi...sape yg rasa2 tangan dah gatal tu pi la memboli bolah!

:D

56

Kenapa dengan angka 56? Siapa yang boleh teka?

56 merupakan angka keramat pada hari ini (Sabtu, 15/8/09) apabila telah direkodkan seramai 56 orang telah meninggal dunia sejak hari pertama (bukan malam pertama) virus H1N1 menyerang penduduk Malaysia.

Virus ini dilihat semakin menular dan semakin mengganas menyerang manusia sehinggakan lebih 70 negara seluruh dunia menerima nasib yang sama dimana hampir kesemua negara tersebut telah merekodkan angka kematian walaupun seorang.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan manusia dan harap agar dijauhi daripada bencana-bencana seumpamanya.


H1N1: INFLUENZA A

H1NI or INFLUENZA A or previously known as Swine Flu has attacked the entire earth...People do not normally get this type of flu, but human infections can and do happen. In March and April 2009, the first confirmed cases of human infection were documented in a number of states as well as in other countries.

This H1N1 flu is contagious, but there are simple steps to take to reduce your chances of contracting the flu. The first and best method is washing your hands frequently with warm water and soap and to cover your mouth when you cough or sneeze. You cannot catch this H1N1 flu by eating pork or products made from pork.

Infected people may be able to infect others even before symptoms develop and up to seven or more days after becoming sick. That means that you may be able to pass the flu on to someone else before you know you are sick, as well as while you are sick.There medicines available to treat H1N1 flu. Antiviral drugs are prescription medicines – pills, liquid or an inhaler – that fight against the flu by keeping flu viruses from reproducing in your body. If you get sick, antiviral drugs can make your illness milder and make you feel better faster. They may also prevent serious flu complications.For treatment, antiviral drugs work best if started soon after getting sick, usually within two days of developing symptoms.


BILA BABI SELESEMA....

Selesema adalah virus yang boleh merebak dengan pantas samada melalui udara ataupun sentuhan. Kini berita hangat paling sensasi....selesema babi!

Beberapa negara sudah melaporkan mengenai berleluasanya virus ini yg juga dinamakan sebagai A/H1N1 seperti New Zealand, Sepanyol, Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Cumenye kesan paling hebat sekarang ini adalah di Mexico dimana lebih 80 orang mati dan 1400 masih menderita penyakit itu.

Kebanyakkan negara dah mula letak amaran kuarantin dan anda semua dinasihatkan agar menjaga diri baik-baik. Kalau nak melancong tu kene lebih berhati2 pasal orang yang dalam kapal terbang pun dah mule berjangkit dengan penyakit ni!

PEROKOK = LEMBU : KENYATAAN TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT

Selepas aku membelek-belek blog rakan-rakan seperjuangan aku, aku pun terus meng'click' website Berita Harian, antara sumber berita elektronik aku kat internet ni. Selepas mata aku meliar mencari tajuk-tajuk best selain politik dan perang, aku pun ternampak tajuk berita yang hot ini...




Perkara ini telah menarik perhatian aku untuk membaca isi kandungannya dengan lebih mendalam...berikut adalah isi kandungan bertia tersebut...

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. 

Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. 

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). 

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. 

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.


Secara peribadi, aku rasa merokok itu jugak tidak elok untuk kesihatan namun masing-masing ada pendapat masing-masing...


jadi apakah perspektif pandangan anda?? Mari BERFORUM & BERDIALOG....

PETROL AND GAS CRISIS? HOW TO SAVE MONEY TO THE MAX??

Hello folks. I believe that now we are all having a very big problem which is the economy crisis. Its perhaps the worst ever cases have ever happened to our world since the last few decades. Luckily the petrol or gas price is decreasing each day and sometimes increased a little bit. If i'm not mistaken by the time I'm doing this post the price is around $55 a barrel.

" NEW YORK – Crude-oil futures were little changed Monday in a market preoccupied with the strength of demand as world economies cool off.
Light, sweet crude for December delivery was recently up 36 cents, or 0.6%, at $57.40 a barrel on the New York Mercantile Exchange, after falling to lows near $55 a barrel. January Brent crude on the ICE Futures exchange was up 33 cents at $54.57 a barrel."

-Wallstreets Journal, Nov 17 2008

Therefore I would like to share with you guys on how to save up your money spending for petrol or gas. You can actually save your budget up to 33% on this energy source. There are a few tips which you can apply but I will give it one by one or in other words post by post to make it more interesting. Catch you later!

10% ELAUN KERAIAN PM, TPM, MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DIKURANGKAN

Salam pembaca yang dihormati, Perdana Menteri Malaysia , Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan penurunan elaun pegawai-pegawai tertinggi kerajaan sebanyak 10% bagi mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan selama ini. Langkah tersebut merupakan antara 4 langkah yang dirangka oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

Antara langkah-langkah lain ialah mempercepatkan bayaran rebet yang dijanjikan mulai sabtu ini bagi setiap kereta dan motosikal mengikut kategori yang ditetapkan dan yang telah memperbaharui cukai jalan bermula pada April dan Mei tahun ini. Kuota fleetcard untuk pengusaha pengankutan ditambahkan dan jaringan sosial diperbaikil lagi.

Kesemua langkah tersebut didakwa dapat menjimatkan kos kepada RM2 billion.

ABIM: CADANGAN BAYAR PINJAMAN PTPTN IKUT SYARIAH

Salam pembaca semua! Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini telah mencadangkan agar konsep bayaran balik pinjaman PTPTN dilaksanakan mengikut syariah seperti yang diamalkan oleh perbankan syariah. Presiden ABIM, Yusof Mohamad mencadangkan konsep syariah tersebut supaya pembayaran balik pinjaman PTPTN boleh mengelakkan daripada berlakunya unsur-unsur riba.

Disamping mengelakkan daripada unsr riba, cadangan tersebut dikatakan berupaya mengurangkan beban semua peminjam yang membuat pinjaman dengan pihak Perbadanan Tinggi Pendidikan Tabung Nasional (PTPTN).

Pihak ABIM juga menyokong tindakan Kementerian Pengajian Tinggi untuk merujuk kepada JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan dengan konsep pembayaran balik pinjaman PTPTN tersebut untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai.

NILAI SUBSIDI PETROL MALAYSIA = HARGA PETROL NEGARA PENGELUAR MINYAK YANG LAIN

Salam pembaca semua! Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai perbandingan harga-harga petrol dibeberapa negara pengeluar minyak yang lain seperti di Arab Saudi, Venezuela dan Nigeria dengan harga di Malaysia yang juga negara pengeluar minyak dunia. Saya berasa amat marah dan seperti ditipu bulat-bulat apabila perbandingan harga petrol tersebut sangatlah diluar jangkaan. Anda boleh lihat sendiri dan bandingkan pada gambarajah yang disediakan.

Rakyat di 8 negara pengeluar minyak dunia dapat menikmati harga petrol dibawah paras RM1.oo seliter manakala 2 lagi negara hanya mengenakan RM1.03 dan RM1.19. Bagaimana dengan rakyat di Malaysia? Harga petrol yang mencecah sehingga RM2.70 seliter merupakan satu nilai yang sangat tidak masuk akal. Dahla naiknya terus sehingga 78 sen seliter (Paling tinggi dalam sejarah). Mahalnya berkali ganda berbanding dengan harga petrol negara pengeluar minyak yang lain pula. Nilai subsidi petrol di Malaysia sama dengan harga petrol seliter di beberapa negara lain. Betulkah kita ini hidup dinegara pengeluar minyak? Janganlah dibandingkan dengan Singapura dan Thailand. Siapalah mereka tu? Mereka adalah negara pengimport minyak. Kenyataan yang membandingkan kita dengan Singapura dan Thailand juga amat menunjukkan kurangnya rasional orang yang berkata-kata itu.

Walaupun rebet tunai diberikan tetapi mampukah rebet itu membantu rakyat? Rakyat yang bodoh sahaja yang suka dengan kenaikan harga minyak dan mekanisma baru yang diperkenalkan. Adakah ini adil? Dimana keadilannya? Dimana perginya manifesto "MEMBELA NASIB RAKYAT" yang diperkenalkan? Dimana perginya duit berbillion yang dikecapi Petronas selama kini? Janganlah asyik membebel untuk berfikir kesenangan generasi akan datang. Sepatutnya rakyat yang hidup sekarang ini diberi pembelaan dan anda kena ingat, tanpa rakyat sekarang ini siapalah rakyat digenerasi akan datang. Tak paham? pikir sendiri.

Penulis bengkek
Edisi Khas Luahan Perasaan

HARI MINYAK SEMALAYSIA

Salam rakan-rakan pembaca sekalian. Saya ingatkan nak menaip dalam bahasa inggeris mengenai isu ini supaya satu dunia boleh tahu. Tapi memandangkan otak saya pun dah letih nak 'translate' , jadi taip sahajalah dalam bahasa ibunda.

Otak penulis sebenarnya bukan letih pasal apa, cumanya tadi penulis terpaksa beratur panjang membawa kereta kesayangan penulis si Proton Iswara tu mendaki Bukit Antarabangsa untuk mengisi minyak di stesen Petronas atas bukit itu. Saya terpaksa menghabiskan selama 2 jam mendaki memandangkan kereta-kereta yang lain bergerak tersangatlah perlahan.

Namun, saya rasa bersyukur bahawa masih sempat untuk menikmati harga petrol RM1.92 seliter sebelum harganya dilonjakkan ke paras RM2.70 seliter bermula pada pukul 12 malam tadi. Itupun hanya beberapa minit sahaja sebelum menjelang 12 malam tadi. Selepas membuat perkiraan, kemungkinan penulis terpaksa membayar sebanyak RM100.00 pada masa akan datang untuk memenuhkan tangki minyak kereta penulis berbanding dengan harga sebelumnya RM75.00. Penulis sedang mempertimbangkan untuk berjalan kaki sahaja selepas ini. =8p

Semua ini bermula setelah pengumuman di buat oleh Pak Lah yang menyatakan harga petrol dan diesel dinaikan sebanyak 78 sen seliter bagi petrol dan RM1.00 untuk diesel. Namun kononnya kerajaan cuba untuk mengurangkan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah dengan memberi duit secara wang pos setiap tahun bagi setiap kenderaan kurang daripada 2000 cc sebanyak RM625. Untuk mat motor yang mempunyai motor dengan kurang 250 cc juga dapat RM150. Ada beberapa lagi pelan penstrukturan semula yang dilaksanakan oleh kerajaan dan anda boleh lihat sendiri di akhbar-akhbar utama. Apa pula pendapat anda? Fikir-fikirkanlah. Mampukah percaturan kerajaan yang tinggi risikonya ini membantu rakyat seperti mana yang dikatakan iaitu untuk memperjuangkan nasib rakyat?

MINYAK NAIK HARGA

Salam pembaca semua! Sekarang ini hangat diberita-berita utama berkaitan dengan kemungkinan kenaikan harga minyak dan diesel di Malaysia sejajar dengan kenaikan harga minyak mentah dunia. Baru-baru ni kedengaran ura-ura bahawa harga minyak dan diesel akan naik pada bulan ogos ini namun Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ada menyatakan bahawa segala keputusan mengenai bahan api mungkin akan dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi.

Tajuk berita terbaru yang saya terima menyatakan bahawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad (pic), menyatakan bahawa harga bahan api di Malaysia mungkin akan bersandarkan terus pada harga pasaran dunia dan persoalan yang timbul adalah adakah ini menunjukkan rakyat tidak akan lagi menikmati subsidi? Lagi berita terbaru adalah kerajaan akan menimbangkan untuk menggunakan 2 mekanisma subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan "penetapan kuota". Disamping itu pada bulan ogos ini Datuk Shahrir berkata harga kawalan bagi bahan mentah akan dimansuhkan serta merta dengan perlaksanaan dua mekanisma baru ini.

Saya disini ingin menyeru kepada semua bijak pandai diluar sana untuk membangunkan kereta yang tidak bergantung pada petrol ataupun diesel. Jurutera-jurutera sekarang ni makin ramai, ahli-ahli penyelidik pun tak kurang hebatnya. Kita kena terima kenyataan yang sumber bahan api ini tidak akan bertahan lama dan akan habis satu hari nanti. Jadinya teruskan usaha anda untuk membantu menyelesaikan kes ini disamping hanya bermain-main dengan harga pasaran bahan mentah ini dan seterusnya hanya menyusahkan para pengguna.

TUN DR MAHATHIR KELUAR UMNO

Salam pembaca semua! Semasa saya sedang bekerja di Manhattan Fish Market di Alamanda petang tadi, tiba-tiba seorang rakan sekerja berkata bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah keluar UMNO dan berkuatkuasa serta merta. Pada mulanya saya berasa agak terkejut tetapi perkara ini tidak mustahil untuk berlaku sejak terdapat krisis dalaman diantara bekas pemimpin dan pemimpin UMNO yang sekarang iaitu diantara Tun Mahathir dan Dato' Seri Abdullah.

Dengan ketiadaan Tun yang merupakan antara manusia yang paling berpengaruh di Malaysia ini maka berkemungkinan besar UMNO akan mengalami satu anjakan paradigma. Tun menyuarakan hasrat ketidakpuas hatian beliau terhadap corak kepimpinan Dato' Seri Abdullah yang dikatakan mementingkan keluarganya dan bersedia menyenaraikan setiap perkara yang dilakukan sehingga merugikan negara. Tun juga menyuarakan bahawa UMNO sekarang tidak mampu lagi untuk memperjuangkan nasib orang melayu yang sepatutnya diperjuangkan oleh UMNO sejak 62 tahun yang lalu semenjak penubuhannya.
Tun yang pada satu ketika pernah dipuji oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat diatas keberanian Tun menentang puak Zionis, Israel, dan pernah membantu Kelantan dahulu berkata banyak perkara yang mengecawakannya seperti anggota UMNO disekat untuk berjumpa dengannya oleh kepimpinan parti.
Tun Dr Mahathir juga berkata bahawa beliau hanya akan kembali ke pangkuan UMNO jika dan hanya jika Dato' Seri Abdullah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

GILIRAN MALAYSIA AIRLINES BERI TIKET PERCUMA

Salam pembaca semua! Baru-baru ini, Malaysia Airlines atau lebih dikenali sebagai MAS telah pun membuat satu promosi dimana 1, 000, 000 tempat duduk akan dijual pada harga dari RM0 (percumala kan?) kepada sesiapa yang mebuat tempahan untuk penerbangan domestik sahaja. Tapi anda kena ingat dan jangan salah faham. Tiket sahaja yang percuma tapi yang lain-lain kena bayarlah macam airport tax dan sebagainya. Setiap tempahan yang dibuat memang tidak dibenarkan untuk 'refund' kalau tiba-tiba 'cancel'. Bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan.

Jadi pada sesiapa yang hendak menggunakan khidmat 5 bintang dengan percuma bolehlah tempah tiket di Malaysia Airlines. =) (Yang takde duit, diam-diam sude)

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari http://www.malaysiaairlines.com/ELFZERO/fares.htm

BILA BERAS MENJADI BEBAN

Salam pembaca semua! Sejak kebelakangan ini harga barang-barang semakin menjadi-jadi. Semuanya naik. Itu naik ini naik. Rakyat pun boleh naik jugak tapi naik angin. Kerajaan tetap meneruskan usaha untuk cuba membendung harga-harga barang ini daripada terus naik sehingga membebankan pengguna atau rakyat. Akhirnya satu Jawatankuasa Kabinet dibentuk oleh kerajaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan hari ini mereka membincangkan untuk menguruskan kenaikan harga beras ini.

Petang tadi satu keputusan sudah pun dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet itu dan keputusannya adalah harga beras Super Special Tempatan 5 % dan Beras Super Special Tempatan 10 % yang sebelum ini tidak dikawal harganya akan diletakkan harga siling masing-masing pada RM2.80 sekilo dan RM2.70 sekilo.

Harga padi dinaikkan kepada RM750 setan (metrik) berkuat kuasa serta merta untuk membantu ekonomi para petani. Adakah ini keputusan yang bagus? Kita lihat hasilnya nanti.

MUSLIMS WILL BE THE STRONGEST COMMUNITY BY 2035 IN BRITAIN

Hello readers! I've got something from a newspaper today and it is a new information that has been found by the religion group thinker in Britain. From their research, in 2035 the muslims population will be increasing a lot more than the christians community. The muslims population are estimated to be around 1.96 million people more than christians which are just around 1.63 million people by 2035. Hindus community also will be higher than the christians community but it is estimated to be happened after 2050.

The group also thought that around 4000 churches are estimated to be closed by 2020 if the numbers of catholic community which go to the church continously decreasing so sudden based from the current trend.

But England Church party said that the report wasnt true and stated that it was wrong and can mislead people.

CRUDE OIL STAYS ABOVE US$124 A BARREL!

Hello readers! Just now I have read a newspaper and I saw this headline "Crude oil set to stay above US$120". One more thing is, there was a statement made by the Iran's Oil Minister, Gholam Hossein Nozar telling that the price can reaches US$200(RM640) a barrel soon.

Currently, the price of crude oil has reached its highest value which is US$124(RM398.4) a barrel. He says that the problem is because of the difficulty to dig and produce crude oil in Nigeria and also because of the weak US dollars. The oil price is actually not expensive. Its just because of the side effect made by weak US Dollars. Iran is the second crude oil producer in the world for now.

RICE PRICE INRCREASE!

Hello readers! As you all might know, the price of rice has increased lately. The increase range is between 15% to 40%. Thats very high! What are we going to do after this? When the price keep on increasing therefore we have to find another alternative ways to change the rice status as our primary food in Malaysia. But the question is, can we do that? I mean, do you really think that we can change rice to something else? For me its a bit difficult because so far I grew up, almost everyday I ate rice. Rice is something that has mixed up in my body DNA. Hahaha. Perhaps I can change it to bread but how long can I stand it? Hurrmmm...

But recently I have heard something from a news on TV regarding the rice issue. A specialist in economy said that we in Malaysia still want to eat rice eventhough the price of the rice is increasing. For now maybe this will be a huge issue but perhaps after a few months, all of us will not care anymore about the pricing of rice. The price might be increasing but the most important thing is we still have enough rice stocks in the market. Thats all that matters. huehue. Whats your opinion? Want to change rice with salads? =)

A DAUGHTER HELD CAPTIVE BY FATHER AND RAPED FOR 24 YEARS

When I heard about this news for the first time on the television, straight away I was shocked. A daughter whose name is Elisabeth Fritzl, 42, was kept in a windowless and soundproofed cell by her father and also was raped by him for over 24 years since his daughter was 18 years old in 1984. This case is happening in Austria and is classified as the high profile case ever in the country.

Within this 24 years, the father which name is Josef Fritzl (pic), 73 , has fathered 7 kids which Elisabeth gave birth to but only 6 of them survive until today. His seventh child was dead long ago and its believed that the body of the child has been thrown into an incinerator by Josef Fritzl himself to dispose the body.

3 of his children which aged 19,18 and 5, have never saw sunlight since they were born until they were freed a few days ago. His other 3 kids lived with their grandparents and they were registered with authorities saying that they were found outside of his house in 1993,1994 and 1997.

If Josef is found guilty, he will be imprisoned for 15 years and for me thats not enough and he deserves to spend more years in jail. This is because he has kept her daughter for 24 years and raped her, but he will only be imprisoned for 15 years? Thats not fair enough if compared with his cruelty.
Related Posts with Thumbnails