CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

Urutan Refleksologi = Body Maintenance

Pada hari ini, saya berkesempatan untuk merasai kehebatan sebenar urutan refleksologi di Times Square. Sebenanya urutan jenis ini sudah lama ingin dicuba oleh saya tapi faktor keraguan dan harga membuatkan perkara ini sering terbantut. Namun pada hari ini saya dapat merasai kepuasan urutan ini.

Sewaktu saya mula keletihan akibat berjalan terlalu lama di Times Square dan saya ingin menuju ke surau di tingkat lapan, saya terserempak dengan beberapa tempat urut refleksologi yang boleh didapati di east wing Times Square atau senang cerita di tepi eskalator yang menuju ke surau di Times Square. Saya melintasi satu tempat urutan refleksologi dan ternampak dua "pak arab" sedang diurut oleh seorang lelaki dan perempuan Cina. Mereka kelihatan sungguh selesa ketika diurut dan kadang-kadang muka seperti menahan sakit mungkin urutan itu terkena pada kawasan yang menyakitkan.
Lalu saya membuat keputusan untuk mencuba sendiri. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan seperti Leg to Knee RM25 = 35 minit, Leg RM19.90 = 30 minit. Juga terdapat pakej urutan satu badan dan untuk urutan satu badan anda tak perlu risau kerana anda diurut di dalam bilik dan bukan dihadapan orang ramai.
Saya memilih pakej Leg to Knee. Semasa diurut saya sempat bersembang dengan uncle yang mengurut saya. Dia adalah bangsa Cina yang berasal dari Kedah dan mempunyai pengalaman mengurut selama 7 tahun. Dia mempelajari ilmu mengurut daripada Sifu yang datang dari China. Rupanya urutan ini juga mampu mengesan dimana kawasan dibadan anda yang sebenarnya sakit dan mampu melancarkan pengedaran darah didalam badan anda. Uncle itu cakap, badan manusia juga macam kereta, selalu kena buat maintenance, maksudnya kena selalu berurut, kalau tak buat maintenance nanti jadi kereta semput! Selepas selesai diurut barulah saya dapat rasa bahawa harga yang dibayar memang berbaloi kerana kaki saya berasa sangat ringan dan selesa disamping perkhidmatan yang diberikan bagus.
Apa tunggu lagi...cubalah! =)

2 comments:

ko xnak urut batin ke? hahahha...

 

siot..urut batin tu dah lain dah..kekekekek

 
Related Posts with Thumbnails