CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

2012: SPOILER!

Sewaktu ketika dahulu ketika gua sibuk2 dengan project Integrated gua yang mana gua perlu membuat presentation dan report, gua tidak sabar2 untuk menonton filem "2012". Mula ditayangkan diMalaysia pada 12/11/2009.

Tapi walaupun dah habis dengan Integrated tu dan abis study, gua masih tak berkesempatan nak menonton 2012 pasal sibuk buat benda lain sehinggalah pada satu hari gua pergi tengok ngan kawan gua kat Mid Valley. Member gua tu bestla dapat guna voucher so tengok free, yang aku plak kena bayar dan yang paling mengong pi bayar penuh RM12 padahal leh dapat diskaun guna 'student rate'....gua masih student ye pasal status student gua masih aktif..:p..kalau tak aktif pun gua nak student price jugak..:p

So nak dijadikan cerita, gua nak buat spoil sikit kat sini..so sape2 yang belum tengok cerita tu and masih nak baca komen gua yang seterusnya, risiko gua tak pegang ye...terima kasih.

Filem 2012 kalau nak dikomen pasal 'effect' dia, memang MANTAPS la kan. Korang akan dapat tengok kapal perang USS J.F Kennedy (tak silap aku) rempuh White House, jalan retak2, orang termasuk dalam retakan bumi, gunung berapi dan tsunami. Semua nampak macam real..90% la.

Penuh dengan moral story yang sangat bagus which menyentuh pasal kehidupan keluarga...pasal ayah dan anak2, pasal isteri kawin lain, pasal anak2 benci ayah...tapi end up sangat touching.

Yang tak bestnye plak, kalau dah kata END OF THE WORLD tu buat la cara end of the world. Tak payahla nak good ending sangat. Bila cerita dia menyentuh pasal bagaimana diorang nak menyelamatkan diri (guna teori BAHTERA NABI NUH) gua dah rasa pelik and tak syiok dah. Ingatkan semua mati. Rupanya ada lagi yang terselamat. Kalau KIAMAT betul2, ko takkan dapat menyorok celah mana pun kat muka bumi ni...celah ketiak mak ayah pun belom tentu terselamat.

So itu sahaja spoiler aku pada hari ini pasal filem 2012...apa kata korang plak??

terima kasih. Yeah Yo!

p/s: dari dulu nak tengok PHOBIA 2 tapi asyik ada halangan je. Nanti gua nak tgk TWILIGHT: NEW MOON pasal awek dia cam cun...:p

0 comments:

Related Posts with Thumbnails