CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

TRUE STORY: KEJADIAN PECAH MASUK DI BILIK AKU DI RUMAH AKU

Baru je beberapa hari lepas aku cerita pasal kes rompakan di rumah dekat area Taman Maluri, Cheras. Tapi hari ni aku pulak yang kena. Habis aku punya handphone yang aku tengah charge dalam bilik kena rembat beserta dengan beberapa keping RM10 dalam wallet aku dan siap duit indon and singapore pun dia kebas..sial betol. 

Kalau aku cerita camne si Babi tu mencuri pun korang mesti terkejut. Bayangkan dia masuk rumah aku dan lalu je depan aku dan masuk bilik aku (terletak di tingkat bawah) dan ambil handphone aku (tengah charge) dan seluk wallet aku dan ambil 3 keping RM10 dan duit2 negara lain.

Masa dia lalu je depan aku plak, actually aku tengah tidur di tingkat bawah di ruang tamu semasa belajar subjek Foundation dan aku hanya perasan ada orang masuk masa dengar pintu rumah aku terbukak. Pastu aku pikir housemet aku yang bukak pintu pasal dorang ada kat rumah dan aku pun tidor la balik.

Bila aku bangun balik dan pelik pintu rumah aku masih belum tertutup aku pun pi la tutup pintu. Lepas tu bila aku masuk je bilik aku, aku sedar ada Babi masuk pasal handphone aku hilang dan duit dalam wallet pun hilang. 

Nasib baik si Babi tu tak angkut skali laptop aku, tabung aku, wallet aku (ambik duit je), printer aku dan sebagainya. 

Apsal dia tak angkut aku je masa aku tidor tu? Boleh la bila aku sedar aku terus terajang dia masuk lubang kubur.

Baru tadi aku telah melafazkan sumpah, bukan sumpah kat dalam court mahkamah, tapi sumpahan yang akan membuatkan si Babi yang mencuri barang-barang aku mati pukul 3 petang nanti.

So sekarang aku nak tenangkan diri aku (aku masih rasa bersyukur pasal dia tak angkut sume barang aku) dan study macam biasa pasal esok ada final exam yang terakhir untuk semester ni.

Lepas ni aku perlu lebih berhati-hati pasal THE END OF kedatangan si Babi tadi kemungkinan besar menjadi THE BEGINNING OF babi yang sama untuk datang 'menvisit' balik selepas dia dah tahu rumah aku ada banyak lagi barang yang boleh diambil.

Enuff said...I want to go back to work as a student now

2ND DAY FINAL EXAM: REINFORCED CONCRETE II (PREPARATION AKU)

Hari ni adalah juga merupakan hari kedua final exam aku dan subjek yang akan ditempuhi adalah subjek killer TERBAEK sem ini (Padahal sume cam killer je) iaitu RC II atau REINFORCED CONCRETE II.

Subjek ini diajar oleh lecturer aku yang berasal dari Iraq dan orang nya sangat la berdedikasi pada kerja. WoOoOO~ Hidup Dr. Bashar!

So, dalam post ni aku tak nak citer pasal dia. Aku nak citer pasal preparation aku untuk 2nd day final exam. Semalam tepat jam 10 mlm aku dah memulakan ulang kaji bersama teman-teman perjuangan geng lempeng dan yang lain. 1st phase cam biase kat COE Uniten dan 2nd phase menyusul tepat jam 2 pagi di port kedua geng lempeng iaitu restoran Yus sambil melahap lempeng cicah kuah sardin.

Kami belajar sampai otak kami jadi tepu dan tepat jam 3 kami bersurai dan pulang kerumah masing2. 

Semalam paper final secara conclusion nye adalah Tak Terbaek...namun diharapkan hari ni dapat lah Terbaek!

Chaiyok!


Grading Geng Lempeng (GGL)

A- > A  = Terbaek

B- > B+  = Tak Terbaek

C- > C+  = Tak Terbera*

E > D+  = Terbera*

ADA APA DENGAN HARI INI?

Hari ni adalah antara hari yang dinanti-nantikan oleh aku setiap tahun disamping hari jadi aku, hari raya, puasa, hari cuti, hari-hari, harikrishnan, hari ulang tahun percintaan aku yang dah masuk 3 tahun tahun ni and siap sama lagi tarikh ngan besday Jason Vorhees Friday the 13th dan hari bumi!

Hari ni adalah hari dimana...


Lesen memandu aku dah mati => demn, kena renew lesen la pulak.


&


Hari Jadi orang kesayangan aku!


Happy birthday yang ke 23tahun sayang! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan semoga segala apa yang kita berdua hajatkan tercapai!

Amin...



Just for you~

JUARES BERLAKON DAN BERBULU : APAKAH?

Haha..korang mesti nak tau apa yang aku nak sampaikan btol tak? (especially bro juares..hahaha)

Kalo korang nak tau lebey lanjut,

sila la klik sini 

Cuba cari dimana Juares dan lihat dengan mata kepala anda sendiri...


kalau tak bley yang kat link atas atau kalau anda surf dari apartment Uniten yang sedia maklum internet lembab, 

ada boleh klik sini


PERINGATAN KEPADA PENGGUNA MAYBANK2U : AMBIL PERHATIAN!

Aku sebenarnya baru je lepas menunaikan solat hajat dan solat Isyak alhamdulillah, namun ada perkara yang mengganggu pemikiran ku sekarang. 

Apakah perkara itu?

Sebelum aku solat, aku saja lah nak bukak email MPP aku, dan aku dapati terdapat beberapa email spam yang dihantar dan aku pun saja la click SPAM nak ushar apa yang ada dalam tu. Lepas aku click je, aku nampak ada title lebih kurang cam MAYBANK2U: ONLINE RISK.

So lepas je aku click kat email tu, aku pun baca la email tu. Berikut adalah initipati email tersebut, perhatikan:

Dear maybank2u Account Holder,

    Maybank2u would like to inform you that an increased number of merchants and ATMs in your country have experienced data compromises of payment cards used in their stores and at their ATMs, and that your funds may be at risk.  To protect yourself, please follow the next steps :

   * Log in into maybank2u online account 
https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
   * You must request for TAC online via maybank2u - your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
     ( you can find the "request a TAC" button in the right menu of your account "Utilities" )
   * Logout from your maybank2u account and close the browser.
   * When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, open the form attached to email and submit the requested information
     ( Account user ID, password and TAC )

    Please allow 48 hours for processing

Thank you,
maybank2u Risk Management Department


Lepas je aku habis baca, aku pun teringat yang aku pernah dengar dalam radio kata yang Maybank tidak akan sekali-kali meminta perkara-perkara penting cam TAC, ID siap ngan password lagi especially tru email. 

So aku jadi PANAS jugak cam member aku!

Ini macam sindiket penipuan je! Yelah, memang nampak sangat dorang nak kita nye password, ID and TAC. Buat apa dorang still mintak padahal dorang boleh je check kat system dorang ID and password kita. 

So apa pendapat korang??? Perlukah kita mempercayai benda ni?

Bagi aku, aku takkan percaya benda ni sampai bila-bila. Kalau ada apa-apa urusan pasal bank, aku akan jumpa sendiri pegawai tu FACE 2 FACE.

Aku secara peribadi harap korang jangan percaya dengan email-email cam ni...OKEY!

Roger n out!

1ST DAY FINAL EXAM: HIGHWAY & TRANSPORTATION ENGINEERING (PREPARATION AKU)

Sekarang dah masuk pukul 3 pagi. Aku baru pulang dari menuntut ilmu bersama rakan-rakan seperjuangan di Uniten untuk fasa pertama (pukul 9.45pm - 12.30am) dan fasa kedua (pukul 12.45am - 3.00am) di Restoran Yus sambil makan lempeng cicah kuah sardin...sedaaapppp~

Pada sesi kali ini, kami (Aku, Ad, Sob dan Amar) telah menfokuskan 100% pada paper yang akan kami tempuhi esok iaitu Highway & Transportation Engineering. 

Otak seperti sudah tepu kerana cuba anda bayangkan, subjek yang diajar selama 4 bulan dengan nota yang sangat tebal dan menakutkan, aku berjaya revise semua dengan jayanya selama 3 hari saja (Yg efisien). So otak aku boleh dikatakan tepu la jugak.

So lepas ni aku nak solat Isyak, Solat hajat, bercanda bersama orang tersayang dan akhir sekali...

TIDO...

Mari kita mulakan dengan langkah kanan!

Doakan aku dan rakan-rakan berjaya!

AMIN..

MY FINAL EXAM =/= MY FREEDOM

Hari ni dah bertungkus lumus memasterkan diri untuk subjek Highway & Transportation Engineering. Mana taknya, antara nota yang paling tebal adalah nota subjek ni la. Psycho aku dibuatnya.

Nasib baik ada soalan past semester final exam. So leh la buat reference sket-sket dan dapat gambaran awal la jugak camne bakal soalan yang akan datang Ahad ni. Group study aku plak memang terbaek pasal study-study-study last skali mesti ditutup dengan melepak di kedai Yus dan melayan lempeng panas cicah kuah sardin pada pukul 4 pagi.

Final exam aku start Ahad ni dengan subjek Highway & Transportation Design, disusuli dengan Reinforced Concrete Design II pada hari Isnin dan Foundation Engineering pada hari Rabu. Lepas tu plak nak kena fokus kat projek group RC plak siap kena buat report and presentation. 

Bila dah setel semua benda-benda ni aku nak buat MOVIE MARATHON dengan member-member aku. Hahaha! Best siot~ 

Bile la nak menjelma saat-saat gembira seperti ini? Aku nak layan movie Knowing, Unborn, Fast & Furious dan sebagainya. Huhuhaha

Korang plak camne? Layan~

Aku nak tido skang!

PEROKOK = LEMBU : KENYATAAN TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT

Selepas aku membelek-belek blog rakan-rakan seperjuangan aku, aku pun terus meng'click' website Berita Harian, antara sumber berita elektronik aku kat internet ni. Selepas mata aku meliar mencari tajuk-tajuk best selain politik dan perang, aku pun ternampak tajuk berita yang hot ini...




Perkara ini telah menarik perhatian aku untuk membaca isi kandungannya dengan lebih mendalam...berikut adalah isi kandungan bertia tersebut...

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. 

Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. 

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). 

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. 

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.


Secara peribadi, aku rasa merokok itu jugak tidak elok untuk kesihatan namun masing-masing ada pendapat masing-masing...


jadi apakah perspektif pandangan anda?? Mari BERFORUM & BERDIALOG....

TRUE STORY: KEJADIAN ROMPAKAN DI RUMAH DI TAMAN MALURI CHERAS

Aku baru dapat video ni daripada si Dia pada pagi tadi sebagai peringatan ataupun reminder kepada aku bahawa walaupun anda di rumah anda, anda masih dalam bahaya. Berkemungkinan untuk dirompak, dibunuh, dan di apa saja...semuanya tidak mustahil boleh berlaku. Terima kasih sayang saya kerana prihatin =)

So kalo korang nak tau apa cerita disebalik "TRUE STORY" aku pada kali ini...sila lihat video dibawah. Perhatikan~

Jagalah diri anda walau di mana sahaja anda berada kerana yang pasti di mana-mana sahaja ada bahaya...

WooOoOoO~




HELL WEEK : 8KM RUN AT PUTRAJAYA

Partner aku dah bukak cerita pasal aktiviti kami petang tadi dalam blog die dan aku pun nak bercerita jugak perkara yang sama dengan korang..hehe.

Kami berjaya mengharungi jarak lebih kurang 8 KM bermula dari Kelab Tasik Putrajaya dan berakhir juga di Kelab Tasik Putrajaya. Minggu lepas kitorang lari kat Putrajaya gak tapi jarak cuma 5.6 KM je so this time we have decided to take new path which is longer than before.

Alhamdulillah, after we ran all out we have finally managed to finish the running session in 50 minutes. Not bad for 1st trial..haha

Skarang ni aku suka untuk mencabar diri aku sejauh mana aku mampu pergi. So aku nak test lagi dengan jarak yg sama tapi dengan timing yang baik lenkali.

Kami nak masuk Duathlon! WoOoOo~


EXAM WEEK = AKU NAK LARI MASUK KEDALAM TV = KENAPA? TAK PERCAYA?

Bila tiap-tiap hari asyik menghadap buku dan nota-nota subjek semester ni sehingga 8 - 10 jam lamanya setiap hari tanpa gagal, aku terasa seperti mahu melarikan diri buat seketika semata-mata untuk menghiburkan hati. 

Bukan lari-lari cam jogging ke apa, itu sudah tentu aku buat setiap minggu dan setiap hari dengan partner aku En. Ad dan kadang-kadang aku layan sorang, tetapi nak melarikan diri daripada kesebukan kota...eh...kesebukan persediaan final exam ku ini.

So aku terpikir nak lari masuk TV..bukan berlakon dalam TV tapi masuk dalam TV..jangan salah paham plak. Aku nak masuk TV......

Kalo cerita The Ring, antoo dia suka keluar TV......tapi aku nak buat kelainan dengan masuk TV plak...hoho..amcam?? Ade bran??

Lu orang takot tak?? hohoho....


SAYANG TARIK SAYANG : BENCI TARIK BENCI => MANA KORANG SUKA?


Aku nak share something ngan korang. Tadi aku baru dengar kat radio Era masa Dato' Dr Fadzillah Kamsah nye sesi ceramah ringkas. Kali ni topik dia pasal tarik menarik...bukan main tarik tali dan bukan main tarik kereta cam orang yang tak bayar duit sewa kereta dia tu lepas tu kena tarik ataupun main tarik rambut.

Kali ni main tarik-tarik adalah bermaksud....orang yang bagi perasaan sayang akan dapat sayang manakala orang yang bagi perasaan benci akan dapat benci. 

Mengikut kajian dato' Fadzillah, 30% isteri kat Malaysia ni pada asalnya benci + meluat + tak suke kat suami dia (masa zaman-zaman sebelum bercinta la especially masa suami dorang nak ngorat) tapi bile lepas si suami ni yang dulu duk sebuk ngorat-ngorat dan curahkan kasih sayang lama-lama si isteri-isteri ni pun cair dan dorang pun reply balik sayang yang diberi oleh si suami dengan sayang. Tapi kalo kite bagi perasaan benci kat orang, orang pun akan bagi balik benci kat kita. Aku dulu camnila masa zaman ngorat-ngorat...Xp..lol..orang tu asyik jual mahal je..tapi lama-lama jadi suka itu pun lepas aku dah mencuba pelbagai strategi yang mantaps! :p (pinjam CD bley??..hehehe)

So aku nak mengingatkan diri aku dan semua yang membaca, marilah kita sayang menyayangi antara satu sama lain. muehehe.

Tapi jangan harap aku nak sayang ToaT...muahahaha! Sile nyatakan 'WOoOOoO' tanda sokongan!

Kepada sayang saya Cik Nazirah Baharudin! I love you forever! :D

PAGI YANG INDAH DISERTAI DENGAN HUJAN YANG MENDAMAIKAN

Sewaktu mimpiku memasuki scene yang terakhir dimana aku memegang tangan bidadari ku yang berwajahkan si 'Dia' dan berjalan-jalan entah dimana, aku mula merasakan kesejukan disertai dengan bunyi titisan air hujan yang mendamaikan.

Udara yang dihirup amat menyegarkan disamping angin sepoi-sepoi bahasa. Aku mula merasakan kedamaian kehidupan ini apabila diiringi oleh kejadian semulajadi yang diciptakan tuhan untuk hambanya. Setiap ciptaannya itu ada kegunaannya dan setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Apabila kesejukkan mula menunjukkan kerakusannya sehingga menyebabkan aku menggigil, lantas aku membuka mata ku dan aku dapati aku berada didalam kamar tidur ku yang hanya diterangi oleh sedikit cahaya pagi kerana langsir bilik masih belum terbuka.

Kedengaran diluar bunyi titisan air hujan yang turun rintik-rintik dan kadang-kala lebat. Memang mendamaikan....


Ooohhh...sedapnya tidoooo~

TOGETHER WE SUPPORT THE EARTH HOUR!: STOP GLOBAL WARMING!

Hello all, this time I feel like to post in English and perhaps can help to improve my english..hehehe. Since this event which is Earth Hour: 60 Hours will be supported from all people around the globe and not to forget those from Antartica, therefore I'd like to express my feeling in English so that all people from all parts of the earth who surf my blog can understand what I'll be saying.

This coming Saturday, 28th March 2009, we, not only from my beloved country Malaysia, but from all countries in the world, will be celebrating the Earth Hour by switching of the lights for one hour starting from 8.30 pm no matter where you are during that 1 hour period.

Whats with Earth Hour?

This might be a good question that flies in your mind and especially for those who are just noticed about this global event.

Earth Hour is basically an event that requires all of us to vote whether to support the earth or to go for global warming. The vote is done by switching of all of the lights at your house or everywhere you are if you vote for earth and let all the lights turned on if you prefer global warming. So choose which side you are in. Pick wisely.

This event is actually, for the first time, celebrated by more than 80 countries globally this year. It was initiated in Sydney in the 2007 where almost 2.2 millions houses and businesses switched of their lights for one hour. In 2008, the celebration had grown to the next level when more than 50 million people globally took part and in 2009, this year, the target has been increased to 1 billion people.
So lets take part to support the Earth by switching of your lights! :D

For more info please click on below url:

Related Posts with Thumbnails