Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini...gua akan menyertai acara larian malam atau pun lebih dikenali sebagai Night Run 09 yang akan berlangsung di Putrajaya malam hari Sabtu hujung minggu ini.
Gua dah cuba berlari di trek yang sama dengan Night Run 09 ni suatu ketika dulu (lebih kurang 6 minggu yang lepas) dan budakpanjang pun dah cuba sebanyak 3 kali di trek yang sama. Gua pikir dulu gua lari 11.5 Km namun hari ini baru gua tau yang dulu tu sebenarnya gua dah lari 14 Km (TERLEBIH!!). Semua ini berlaku kerana gua tersalah intepret map yang ada dalam borang Night Run 09 tuh..so garisan permulaan gua masa tu dah jauh kebelakang berbanding garisan permulaan di hari pertarungan.
Selepas larian bersejarah (sejarah dalam hidup gua la!) sejauh 14 Km itu, gua dah tak berlari lagi jauh2...cuma sekadar 5 Km average dan itu pun tak sekerap gua buat masa 2 ke 3 bulan yang lepas. Dulu gua rajin lari dengan budakpanjang pusing-pusing Putrajaya..... Tapi selepas tamat musim praktikal gua dulu, seminggu mungkin sekali je...paling hebat pun 2 kali.
Untuk perform well dalam larian kita mestilah mempunyai stamina yang tinggi dan stamina merupakan perkara yang sangat susah untuk di maintain. Kalau dah lama tak lari, memang la ko akan tercungap2 selepas itu. Oleh itu, hari ni gua telah melepaskan geram dengan berlari sejauh 8 Km di atas treadmill dan ini adalah antara persiapan terakhir gua sebelum acara larian berlangsung kelak!
Semoga berjaya kepada diriku!
5 things I learn from the suffering of my Start-up
-
L'adorn circa 2014
I love being in Malaysia. It feels home although my home currently is in
the UK, Malaysia still have that home feeling to me especiall...
8 years ago
3 comments:
so how?menang tak?
haha..dah tentu la gua menang! gua anggap gua menang pasal gua berjaya abeskan 11.5 KM! hehehe..tapi gua dapat cert je la..medal tak dapat seyh! huhuhu
hak3,,sabo je la..
yg ni by group ke persendirian?
lu dgn budak2 rowing lu aktif gile..
Post a Comment