Sekadar untuk membuat ulasan mengenai Night Run 09 yang gua masuk Sabtu lepas. Gua tak berkesempatan nak update you all pasal gua tak berpeluang menghadap laptop gua atau mana-mana komputer untuk membuat ulasan pada weekend lepas.
Pada malam Night Run tu, gua rasa amat teruja dengan semangat dan kemeriahan yang terdapat disana kerana terlalu ramai manusia didataran berhadapan dengan Palace of Justice, Putrajaya...tempat dimana event dijalankan dan pelari dilepaskan. Pelari juga sangat ramai dan gua estimate pasti ada ribuan manusia yang join!
Gua sampai sana dengan budakPanjang dan JoresKaka beberapa minit sebelum pelari dilepaskan. Kitorang diminta untuk masuk kedalam satu kawasan berpagar yang dikhaskan untuk menempatkan semua pelari.
Bila semua pelari dilepaskan, gua terus lari dan lari dan lari. Fuhhh..penat beb. Part yang paling gua suka bila gua yang tengah lari and tengah penat tu, nampak je finishing line and orang ramai berkumpul kat situ, gua terasa cam bakal juara yang sedang menuju kearah finishing line. Meremang beb bulu roma gua cakap lu...rasa nak nanges pun ada! Tangisan sang juara la konon! ahaks~ On the way nak sampai tu siap leh terngiang-ngiang lagu "We are the champion" dalam pemikirang gua...hahaha. Alangkah best nya moment tu.
11.5 Km of running and my timing was 1 hour 1 minute...Its a good personal achievement actually. I have never tried to enter such competition and that was my first time. Masuk2 je competition tros kena lari 11.5 Km. Lepas ni gua target nak masuk Duathlon plak kalau mampu dan gua nak cuba masuk lagi larian-larian yang cam night run tu pasal ianya amat menyeronokkan!
Run Muazan..Run! Gua personally nak cakap ribuan jutaan bilionan terima kasih kepada semua yang datang untuk menyokong gua dan pastinya ia adalah Kekasih hati gua cik Nazirah dan keluarganya! Hehe...family gua pun sokong gua tapi dorang tak dapat datang pasal sibuk buat kuih kat rumah...ahaks...business minded beb! Kepada student UNITEN lain yang datang, korang meriahkan lagi suasana sana beb!
Gua pun dapat goodie bag as well. Goodie bag worth RM300. Gambar dibawah adalah semua barang yang ada dalam goodie bag tersebut...termasuk la yang satu tu...gambar yang satu lagi tu. Terkejut gua cakap sama lu orang...hahahaha..cuba perhatikan btol2 ape gambar tu...
5 things I learn from the suffering of my Start-up
-
L'adorn circa 2014
I love being in Malaysia. It feels home although my home currently is in
the UK, Malaysia still have that home feeling to me especiall...
8 years ago
2 comments:
hadiah utk lu kawen nanti la tu.
ahahah
:P
salam....
actually i'm trying to reach nazirah 4 a long time....
may i know how to reach her from u....
Post a Comment