Kebanyakkan daripada kita semua selalu mengambil masa yang lama untuk mencari apakah perkhidmatan atau produk yang boleh diniagakan. Disebabkan masa yang diambil terlalu lama untuk memikirkan perkara ini termasuk dengan masa untuk mengambil keputusan apakah jenis perniagaan yang ingin diceburi, kita telah pun rugi kerana pihak lain yang mempunyai idea perniagaan yang sama telah membuat "first step" dengan memulakan perniagaan yang kita sedang pertimbangkan.
Untuk mencari idea perniagaan apakah yang ingin diceburi, kata Irfan Khairi didalam bukunya Nota Jutawan Nota Perniagaan, kita tidak perlu mencarinya jauh-jauh kerana kemungkinan kita sendiri tidak sedar bahawa terdapatnya idea perniagaan yang berharga jutaan ringgit didalam diri masing-masing.
Peluang perniagaan itu ada dimana-mana dan kita boleh memilih jalan perniagaan kita sendiri namun disarankan agar cepat bertindak setelah kita membuat keputusan kerana kebanyakkan kita yang sebenarnya mempunyai idea perniagaan yang baik terpaksa membatalkan hasrat berniaga kerana kita sendiri yang membunuhnya akibat tidak yakin dan mempercayai idea perniagaan sendiri.
Apakah idea perniagaan anda hari ini? pegang pada kata pepatah ini jika anda berhasrat untuk menjadi kaya, "No dreams come true until you wake up and go to work"
5 things I learn from the suffering of my Start-up
-
L'adorn circa 2014
I love being in Malaysia. It feels home although my home currently is in
the UK, Malaysia still have that home feeling to me especiall...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment