Salam semua pembaca MyBlogArena blog terhangat masakini..huhu..Sekarang saya cuba untuk berblog dengan cara santai dan pada masa yang sama saya selaku penulis blog ini ingin mengumumkan ruangan terbaru dalam MyBlogArena iaitu "21st Century Millionaire bersama Muazan Mohsin". Saya akan mengupdate ruangan ini dua kali setiap minggu dan hari keluarannya adalah rahsia untuk membiarkan anda tertanya-tanya dan kerap melawat blog saya..hehe..taktik baik punya.
Baiklah, apa itu "21st Century Millionaire bersama Muazan Mohsin" dan apa pengisiannya? Seperti yang semua sedia maklum, saya ni adalah seorang pelajar dan masih menuntut di tahun akhir pengajian kejuruteraan awam di Universiti Tenaga Nasional. Status jutawan pun belum dapat lagi since rezeki belum sampai la katakan..hehe. Tapi saya mempunyai impian untuk menjadi jutawan muda insya-allah jika diizinkan tuhan pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, saya selalu membaca buku-buku motivasi dan perniagaan sebagai antara pendorong untuk meningkatkan momentum saya dalam mencapai impian saya yang menggunung tingginya itu. Saya juga, seperti yang dinyatakan pada post yang sebelum ini bercita-cita untuk menjadi speaker untuk perniagaan dan motivasi di masa akan datang. Oleh yang demikian, walaupun saya belum mencecah status jutawan lagi, saya ada sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat dan belajar untuk kearah jutawan abad ke 21 ini. Itulah sebabnya saya namakan ruangan ini sebagai "21st Century Millionaire bersama Muazan Mohsin" (21CMBMM).
Dengan berkonsepkan santai dan padat dengan info-info perniagaan, saya harap para pembaca akan tertarik dengan apa yang akan dikongsikan nanti di ruangan ini. 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan dan kenyataan ini telah dikuatkan lagi dalam Islam. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama berkongsi ilmu!
"NO DREAMS COME TRUE UNTIL YOU WAKE UP AND GO TO WORK!"
Salam jutawan,
Mohd Muazan Mohsin
5 things I learn from the suffering of my Start-up
-
L'adorn circa 2014
I love being in Malaysia. It feels home although my home currently is in
the UK, Malaysia still have that home feeling to me especiall...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment