CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

LOGO PERNIAGAAN ANDA: IMPAK GEMPAK

Minggu lepas kita ada bincang pasal nama perniagaan dan kali ini kita akan bincang pulak pasal logo perniagaan.


Kenapa logo? penting sangat ke logo nie?


Itu lah persoalan yang selalu orang tanya. Yela..bendanya kecil aje. Apa keberkesanan dia kalau kita ada logo sendiri? Dahla kecil, apa yang benda ni mampu buat? Tapi itu lah kelemahannya pemikiran sesetengah usahawan-usahawan ataupun ahli perniagaan yang ada sekarang. Mereka terlalu memandang rendah keupayaan sesuatu yang bernama LOGO ini.


Seperti yang anda semua sedia maklum, logo itu adalah suatu gambar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk setiap perniagaan yang mempunyai logo. Pepatah inggeris ada cakap "A picture paints a thousand words" ataupun dalam kata melayu nya "sekeping gambar melakar seribu perkataan".


Anda sepatutnya mencipta logo sendiri untuk perniagaan anda. Walaupun logo itu kecil tapi ia mampu memberikan impak yang amat besar kepada sesuatu perniagaan. Walaupun kecil tapi ianya kecil-kecil cili padi.


Disamping itu, logo akan memberikan gambaran profesional kepada perniagaan anda dan ini sangat penting untuk "1st impression" yang kita pernah bincang minggu lepas. Selain itu, imej atau gambar juga mudah diingati oleh manusia berbanding perkataan kalau hendak dilihat dari sudut psikoloji nya.


Jika anda tidak mempunyai idea membuat logo sendiri, grafixxcavator.com bersedia membantu anda untuk mencipta logo yang menarik dan unik sejajar dengan perniagaan anda. Untuk maklumat lanjut silalah layari http://www.grafixxcavator.com/ hari ini.


Cola-cola, 7 Eleven, Giant, Tesco, Dunhill, Mercedes Benz, Intel, dapatkah anda gambarkan logo-logo tersebut? Anda sebenarnya perlukan logo untuk memantapkan lagi perniagaan anda!


Apa tunggu lagi! Cipta logo anda sekarang! :D

0 comments:

Related Posts with Thumbnails