CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

FAST 6

Fast 6? ape jadahnye kan?? rilek suda..

gua saja translate kan PUASA 6 kepada Fast 6 supaya dapat menarik perhatian anda yang telah pun berjaya gua tarik...bukan teh tarik ataupun tarik tali..

Begini al kisahnya...sesudah kita berpuasa selama sebulan dibulan Ramadhan yang sangat diberkati, Allah swt dengan maha pemurahnya masih memberikan semua umat islam keberkatan berpuasa diluar Ramadhan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."


Boleh tak korang lihat peluang ni..korang nampak tak kelebihannya? Walaupun kita hanya berpuasa selamat enam hari dibulan Syawal yakni berturut2 selepas 2 Syawal ataupun mana-mana 6 hari dibulan Syawal...ganjaran pahalanya lebih besar sehinggakan ibarat kita berpuasa selama SETAHUN!

Inilah kuasa Allah SWT yang Maha Pemurah dengan rahmat dan nikmat kepada kita semua umat Islam.

Dengan ini gua menyeru semua umat Islam yang membaca post gua kali ini termasuk dengan diri gua, marilah kita sama-sama merebut peluang ini dan seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT memanjangkan usia kita agar kita boleh menyambut kedatangan bulan Ramadhan untuk tahun-tahun yang akan datang dengan harapan agar kita mendapat keberkatan daripadaNya

Insya-Allah~

THE UGLY TRUTH


WoOoOo~ by the time gua taip post yg ni, gua sebenarnye baru je balik daripada menonton filem terbaru Gerard Butler...THE UGLY TRUTH...

Bukan nak kate apela...citer ni memang terbaik! gua seronok menonton cerita ni dan gua yg pada mulanya agak mengantuk (pasal tgk midnite movie) terus jadi segar sampai cerita tu abes pasal memang non-stop laughing nye cerita...memang terbaik!

Gua recommend korang tgk cerita tu pasal gua yakin korang tak kan kecewa...

TAPI...

Cerita ni hanya untuk 18 tahun dan keatas....pasal its kind of 'dirty' movie...:p

sekian terima kasih~ :D

LIST OF MUSLIM FOOTBALLERS

I'm so proud to share this info with everyone out there. There are actually a lot of muslim footballers currently and most of them are well known and famous...below is the list of the footballers that you may not know...

  • Hamit Altıntop - German-born Turkish national footballer. He is a versatile midfielder and can play either in a defending or attacking role. He is well known for his flair of long-shot ability, as shown when he played for Schalke 04 and so far with Bayern Munich.
  • Marouane Chamakh - is a French-born Moroccan football player who plays for Bordeaux as a striker
  • Zesh Rehman - is a British-born Pakistani football player who plays for Bradford City as a defender
and lot more actually~ :)

THINK POSITIVE!


Say to yourself every morning:

Today is going to be a GREAT DAY!

I can handle more than I think I can!

By worrying about them,

Things would not get better anyway!

I can be satisfied so long as I TRY TO DO MY BEST!

KUIH RAYA

Dah 2 minggu kita berpuasa...pejam celik pejam celik...kejap je. Gua percaya masih ramai manusia diluar sana yang ponteng berpuasa...korang ni nak jadi ape? (emo skit)

Tapi gua nak amik kesempatan ini untuk menyebarkan kepada sekalian manusia di luar sana..bukan pasal sape yang tak pose...tapi pasal gua ada menjual kuih-kuih raya yang lezat lezat...

Gua ada jual kuih Tart, kuih cokolat chip, dan ada satu lagi kuih (aahhh...gua dah lupe nama kuih tu...tapi nanti gua cakap)..harga sangat berpatutan dan kuih dijamin sedap (lidah gua kate sedap and so far lidah orang len pun kata sedap..gua tak hipokrit so gua bercerita yang benar)

Terutama kuih tart yang mak gua buat ni sangat digemari ramai...siap dah sampai ke luar negara (awek gua bawak and ada supplier yang jual..dia beli borong ngan mak gua dan di jual europe)

Ada satu masa tu mak gua dah takmo buat kuih tart pasal penat and tak menang tangan nak buat pasal tak ramai staff (susah nak mencari staff buat kuih skang ni), tapi disebabkan sedap sangat, ramai kawan2 mak gua yang paksa mak gua buat jugak...hahaha..

So penat dah gua cerita perihal kuih tart...dan sekarang gua nak cakap, sape2 yang nak tempah kuih raya tu...boleh la call gua ditalian bebas tol (pasal tol tak charge) kene charge ngan telco korang...0136364606...market buat masa ni untuk rakyat Universiti Tenaga Nasional dengan Ulu klang sahaja...tempat2 lain mungkin boleh diterima bergantung pada lokasi dan jarak dari markas aku...terima kasih

lu pikir la sendiri!

KEBAIKAN SOLAT TARAWIKH DI MALAM KE 10 RAMADHAN

Kepada umat islam yang menjalankan solat tarawikh pada malam yang ke 10 di bulan Ramadhan, akan diberikan rezeki kepadanya kebaikan dunia dan akhirat oleh Allah s.w.t

BURUNG HANTOO

Gua percaya ramai rakan2 diluar sana yang membela pelbagai spesis burung dan gua percaya bahawa hanya segelintir manusia yang ada burung yang satu ni...

BURUNG HANTOO..

Burung Hantoo sangat berbeza dengan Burung Hantu...

kenapa?

Gua adalah antara manusia yang membela burung tersebut...ianya sangat mudah untuk dijaga..tidak perlu memberikan makanan mahupun air...tidak perlu menyediakan sangkar burung mahupun jamban untuk membuang air. Dia memang setia pada tuannya dan hanya satu sahaja perkara yang dia tau buat....

GELENG KEPALA~

Gua tunjuk gambar je so korang tak la nampak die geleng kepala...tapi korang akan nampak kecomelannya sahaja~ @,@"

selamat berkenalan dengan Mimiko! :p


Mimiko~

selamat berpuasa!

OBAMA AND RAMADHAN

KOTOK DAN TEMBAK

Gua nak cerita ni..story ni dah berlaku semalam tapi gua baru nak cerita hari ni ngan kawan2. Semalam gua dan rakan-rakan gua yang amik subjek Integrated atau subjek kod nye CESB493 perlu melalui sesi prelim presentation yang kononnya group2 student ni acted as a consultants and our clients were lecturers and consultant yang btol.

So nak dijadikan cerita, gua nye group yang dikenali sebagai FAMITY Engineering Consultants SDN BHD telah pun menyiapkan slide2 untuk presentation siap compile dan tunggu masa je nak mula. Then pukul 3 pm kitorang dipanggil oleh "client" kitorang iaitu Ir. Zakaria dan rakannya which was seorang engineer yang real.

So tanpa berlengah, gua dan rakan2 gua masuk bilik, siapkan peralatan laptop dan sumenya kemudian presentation dimulakan oleh "Project Manager" group gua cik Tan Wei Pin. peluru2 tembakan daripada "client" dah mula kedengaran selepas sahaja cik Wei Pin menamatkan presentation dia. Pastu, bile aku masuk je (as the structural engineer) peluru tembakan mula keluar bertubi2...hahaha...(aku hanya mampu tersenyum) dan client kitorang siap cakap kalau nak kire-kire loading bangunan tu kalau engineer biasa ni blakang "kotok rokok @ kotak rokok" pun leh calculate siap minum kat kedai kopi lagi...(sekali lagi aku hanya mampu tersenyum)...

Rakan-rakan dalam group gua pun kena tembak bertubi-tubi dan duration yang ditetapkan which not more or less than 45 minutes tidak dapat dilaksanakan apabila kami perlu menahan tembakan selama 1 jam setengah dan itu adalah dua kali ganda lamanya.

At the end, gua dan rakan-rakan sedar bahawa kitorang perlu meneliti kembali setiap kesalahan hasil tembakan bertubi2 client dan oleh itu....doakan la kami berjaya menjadi engineer yang berjaya di akhir nanti....:D

MIZUNO WAVE RUN 2009 - AGAIN!! RUN FOR YOUR LIFE!

Gua sepatutnya kene belajar ni pasal esok ada test numerical method yang susah tahap extrem...tapi takpela..bak kate orang take 5 la kan..hehehe.

So nak dipendekkan cerita, gua nak share lagi pasal satu running competition ni pasal as what i have said long ago, gua dah sangap berlari dah skarang. As long as distance dia tak mencapai tahap gaban, gua nak join la...gua rasa gua lom bersedia nak lari lebih daripada 20 km ni...huhuhu...

Nama diberi MIZUNO WAVE RUN 2009 dan ada beberapa kategori yang dipertandingkan. Jarak diberi 10 km sahaja dan yang bestnye korang kene habiskan larian dalam masa yang ditetapkan untuk kategori masing-masing kalau korang nak medal. Medal disediakan sebanyak 1200 semua skali.

Kejohanan akan diadakan di UPM tak silap gua. Kalau lu orang nak tau lebih lanjut camne nak register, brape hinggit yuran pendaftaran dan sebagainya...lu orang leh klik pada nama Mizuno di atas.

Gua rasa kalau takde pape aral melintang gua nak masuk. Kene register awal...huhuhu..kalo tak abes~ Last time gua dah masuk Men's Health Night Run 2009 kat Putrajaya....this time gua eager nak join lagi another tournement...yeah!

Masa take 5 gua dah tamat...gua chow dulu~

I DONT KNOW



Mari mengharuk kan diri~

56

Kenapa dengan angka 56? Siapa yang boleh teka?

56 merupakan angka keramat pada hari ini (Sabtu, 15/8/09) apabila telah direkodkan seramai 56 orang telah meninggal dunia sejak hari pertama (bukan malam pertama) virus H1N1 menyerang penduduk Malaysia.

Virus ini dilihat semakin menular dan semakin mengganas menyerang manusia sehinggakan lebih 70 negara seluruh dunia menerima nasib yang sama dimana hampir kesemua negara tersebut telah merekodkan angka kematian walaupun seorang.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan manusia dan harap agar dijauhi daripada bencana-bencana seumpamanya.


MOVIE REVIEW: G.I JOE AND THE PROPOSAL

Gua baru je habis menonton filem The Proposal tadi dan gua dapati gua tidak membuang masa emas gua dengan menonton The Proposal pasal gua rasa cerita tu memang awesome! Ryan Reynold dan Sandra Bullock memang rocks! Nenek dalam citer tu pun klakar nak mati! Kenapa aku cakap camtu? Lu orang pi la tengok sendiri cerita tu.

Memang mantaps seyh gua cakap sama lu! Jalan cerita memang terbaik...banyak plot2 kekeluargaan, kelakar, kesebukkan kota, kerenah dalam organisasi dan many more! Just watch the trailer first and you will see by yourself how awesome the movie is!



Film Rating

5 Stars!


Satu lagi movie yang gua nonton minggu ni was G.I JOE. The movie was so good with all the action packed storyline and all the characthers. Sesiapa yang mahukan aksi awek lompat2, aksi main tembak-tembak(Bukan tembak guna pistol air), lawan-lawan ninja...ni movie yang korang kena tengok sekarang! ye! sekarang! :p

G.I JOE juga terbaek so ape tunggu lagi...korang pi tengok sendiri la kat wayang..takkan nak tunggu aku belanja kot..muahaha :p



Film Rating

4 Stars!

GUA KECEWA

Baru tadi gua menyaksikan perlawanan Community Shield 09/10 diantara dua gergasi bola sepak dunia iaitu Chelsea dan Manchester United. Perlawanan tersebut berkesudahan 2-2 untuk 90 minit perlawanan dan akhirnya memihak kepada Chelsea apabila mudah menewaskan Manchester United dalam pusingan penalti 4-1.

Apabila menyaksikan perlawanan itu, gua rasa sungguh kecewa dengan prestasi beberapa pemain Man Utd dan secara jujurnya, pada malam ini, gua berasa amat bosan dengan corak persembahan pemain United secara keseluruhan.

Pendapat peribadi gua, gua merindui sentuhan Cristiano Ronaldo dan Tevez. Tanpa mereka gua ada nampak kekurangan corak permainan. Gua sukakan larian pantas Ronaldo dan Tevez. Tapi nak wat cane...life goes on. Walaubagaimana sekalipun, gua masih yakin dengan kredibiliti dan keupayaan United untuk merangkul kejuaraan liga 4 kali berturut-turut dan kalau boleh bawak balik skali semua piala yang dipertandingkan pada musim ni.

Kasi tutup mulut penyokong Arsenal, Liverpool dan Chelsea~

Related Posts with Thumbnails