CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

HAHAHA...SPIDERMAN JEPUN LA PULAK

SPIDERMAN 3: HOW IT SHOULD HAVE ENDED

Korang nak tau cane sepatutnye Spiderman 3 bermula dan berakhir????

IMPIAN GUA UNTUK 3 BULAN AKAN DATANG....

Gua adalah aku dan aku adalah gua...so takda yang konpius 'GUA' kat tajuk tu ngan Gua Musang atau Gua Niah atau Batu Caves (eh..)

Aku sekarang ni tengah bosan. Baru lepas makan dan kejap lagi masa untuk menaip a.k.a sambung buat modul yang masih banyak pages lagi yang aku kene siapkan. Biasela...nak cari duit lebih..siang praktikal...malam buat modul...target dalam sebulan insya-Allah siaplah modul ni. Disamping buat modul at least aku belajar la something daripada projek ni since tajuk dia pun bagus..."PRINCIPLE OF MANAGEMENT". Mana tau kot2 aku jadi CEO company mana2 ke...hahaha..Insya-Allah.

Mungkin lepas aku berjaya setelkan beberapa pages untuk hari ni, aku nak membutes kejap. Penat wohhh...praktikal di site memang memenatkan. Walaupun bukan aku yang bertukang, namun keletihan itu tetap dirasai mungkin disebabkan faktor kepanasan yang teramat, keleseuan badan dan lain lain. Namun semua itu tidak boleh dijadikan alasan. Pengalaman harus dicari! Papepun pagi nanti pukul 1.55 aku nak gerak pi seksyen 15 Bangi pasal aku nak tengok bola! Man United lawan Arsenal in Champions League semi final.

Bila sebut pasal impian ni...banyak impian aku sebenarnye... Tapi untuk 3 bulan akan datang ni...harap2 impian aku berjaya! Eh bukan impian aku berjaya..harap2 aku berjaya capai impian aku! baru betol!

Senarai impian.

1. Menyaksikan perlawanan diantara Manchester United dan Malaysia XI (btol ke simbol aku tu? niat nak letak sebelas) di mana lagi kalau bukan kat KL...takkan kat Old Trafford plak.

2. Memiliki henpon idaman W995

3. Memiliki duit yang banyak dalam akaun! WOoOoO~

4. Dinner for two ngan orang tersayang (die lom balik lagi)

5. Nak buat movie marathon ngan yang tersayang (nak tengok cerita Transformers!)

6. Nak beli BMW 5 Series (oopsss....ni cam dah lari je dari target 3 bulan)

hahaha...so aku harap, aku berjaya mencapai semua impian 3 bulan yang aku sebutkan diatas....mungkin ada lagi beberapa impian lain tapi aku nak simpan sendiri atau nak share ngan orang yang tersayang yang nun jauh di sana! Cepat la balek! Rinduee~ :D

BAGAIMANA NAK SURVIVE DALAM KARIER ANDA ?

Aku sekarang ni sebenarnye tengah duk menaip2 modul untuk Aviation Management College. Ada lagi 130 pages yang aku kene buat...huhu...CHayoyok Muazan!! Kalau satu hari aku target buat 10 pages, insya-Allah aku dapat habis kan dalam 13 hari lagi.....yeah!

Tapi sekarang ni aku nak share ngan korang camne nak survive dalam karier. Kalau kita dah kiok dalam karier kita memang jawabnya susah lah nak survive dalam hidup ni lebih2 lagi karier kita tu la yang menjana pendapatan untuk kita.

Ya, memang aku tak mula kerja lagi pun. Karier pun takda lagi. Tapi daripada apa yang aku dah baca dan berdasarkan pemerhatian aku, antara cara untuk kita boleh survive dalam karier kita dan at the same time ingin improvekan skill kita adalah dengan cara double kan bidang anda atau pelajari pelbagai teknik dan kemahiran selain daripada apa yang korang usahakan sekarang.

Double kan bidang anda bermaksud, jika anda seorang pelajar ijazah muda kejuruteraan awam (cam kes aku la)...pastikan selepas ni korang amik plak master dalam bidang perniagaan atau MBA. Aku bercadang untuk sambung amik MBA. So hopefully harapan aku tu berjaya dicapai! Sebab apa double? Sebab, kalo korang perasan...sekarang ni kalau korang nak apply kerja sebagai contoh aku la...amik kejuruteraan awam, kalau nak apply kerja, ramai je yang ada ijazah muda kejuruteraan awam tapi masalahnye sekarang bakal majikan nak seseorang yang unik dan lain dari yang lain. So at least kalo korang ada double (pastikan yang berkait la..jangan amik degree civil engineering ngan sijil kulinari sude), korang ada harapan cerah untuk impress kan bakal majikan korang.

Pelajari pelbagai teknik dan kemahiran. Skang ni majikan nak pilih pekerja sangat susah pasal ramai sangat yang apply. Tapi benda ni akan jadi lagi senang bile dorang nampak seseorang yang banyak kemahiran dan lain daripada yang lain. Pelajari kemahiran2 macam bagaimana untuk berhubung dengan orang lain (penting!), NLP (neuro linguistic programmimg), belajar cara pengurusan kewangan, dan banyak lagi!

belajar menyanyi tak masuk k....tapi kalo nak belajar gak okey je...cume pastu korang leh la masuk akademi fantasia yang makin bosan tu..hehehe

BILA BABI SELESEMA....

Selesema adalah virus yang boleh merebak dengan pantas samada melalui udara ataupun sentuhan. Kini berita hangat paling sensasi....selesema babi!

Beberapa negara sudah melaporkan mengenai berleluasanya virus ini yg juga dinamakan sebagai A/H1N1 seperti New Zealand, Sepanyol, Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Cumenye kesan paling hebat sekarang ini adalah di Mexico dimana lebih 80 orang mati dan 1400 masih menderita penyakit itu.

Kebanyakkan negara dah mula letak amaran kuarantin dan anda semua dinasihatkan agar menjaga diri baik-baik. Kalau nak melancong tu kene lebih berhati2 pasal orang yang dalam kapal terbang pun dah mule berjangkit dengan penyakit ni!

NAK JADI JUTAWAN? JOM!

Sejak dari Jumaat minggu lepas, aku dah target nak pergi join himpunan manusia yang aku yakin ramai gila kat PWTC.

Kenapa? Ada apa kat situ?

Ya, disitulah tempat berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa dimana ianya akan menjadi syurga buku dikalangan pembaca-pembaca buku mahupun komik. Dengan tawaran harga yang sangat hebat sehingga mencecah 80% discount...sape yang tak nak? Rugi kalau tak rebut peluang ni.

Banyak participant yang datang macam daripada Karangkraf, Alaf 21, True Wealth Sdn Bhd, Telaga Biru, MPH dan banyak lagi!( Aku sebut yang mana aku tau je la pasal aku baca buku dorang)

So aku takmo melepaskan peluang ni untuk membeli buku-buku motivasi dan perniagaan yang aku dah aim daripada dulu! Buku-buku seperti Jutawan dari Planet Jupiter hasil tulisan pakar kewangan Malaysia, Azizi Ali dan Perniagaan Internet hasil tulisan Irfan Khairi merupakan buku-buku yang aku beli. Buku tulisan Irfan Khairi je dah ada 3 yang aku beli sejak tahun lepas macam Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar, Nota Jutawan Nota Motivasi, Nota Jutawan Nota Perniagaan dan juga buku 'legend' tulisan Andrew Carnegie yang bertajuk Bagaimana Mempengaruhi Seseorang dan Mendapat Kawan. Alhamdulillah semua buku tu aku dah habis baca tapi masih kena baca banyak kali untuk memperbaiki diri dan mendalami ilmu-ilmu tersebut. Baca sekali je memang tak berkesan la. Bak kata Dr Haji Fadzillah Kamsah, kena baca 21 kali baru masuk kepala! WOOoOo~

So tadi aku dah borong 5 buku motivasi dan perniagaan disamping bakal menjadi antara buku rujukan aku untuk menjadi jutawan dan bagaimana menguruskan kewangan. Borong beb! Lepas aku dah baca buku2 camni baru aku tau, untuk jadi millionaire kita kene banyak baca buku-buku camni. Samala cam blajar engineering ke medik ke. Baru leh berjaya. Kalau setakat 10 buah buku je baca tak cukup. Nak kena beratus-ratus malahan beribu kalau boleh. Kebanyakkan jutawan dan orang berjaya didunia ni pasal diorang banyak baca buku-buku motivasi dan perniagaan dan bukan buku PORN! So Porn tak leh masuk. Hahaha.

Antara tips untuk menjadi jutawan adalah, kita tak semestinya kena berniaga untuk menjadi jutawan. Kerja makan gaji pun boleh cuma lambat la progress jutawan dia. Pasalnya, kita kena selalu menabung. Bayangkan kalo kita dapat duit sebulan RM20 000 tapi belanja sampai RM18 000 pastu kite bandingkan ngan orang yang gaji RM5000 pastu belanja RM2000....sapa yang dapat buat saving lebih? Its not actually the matter of how much you get but its the matter of how much you spend your money. That important......

Apa kata anda?

RAHSIA LELAKI WARGA CANCER TERBONGKAR!!

Hari jadi aku mungkin lambat lagi....angka keramat yang menghiasi tarikh tersohor zaman ini kerana seorang bayi lelaki yang comel dan bergaya (pehh..baby pun bergaya) dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta.

7 JULAI 1986....angka keramat yang ingin dinyatakan adalah 7...7 adalah my lucky number! Siapa yang tak kenal kehebatan pemilik nombor 7 ni...nama2 besar seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham, Cantona, 7 Wonders, 7 continentals, 7 Seas....sume 7...manada 8 ke, 9 ke, 3 ke...hahaha...dengan nama seperti Muazan Mohsin lagi..hahaha..

Okeh, mukadimah dah setel. Skang ni aku nak dedahkan rahsia ciri-ciri lelaki Cancer..bukan penyakit tu! lelaki yang lahir diantara 22 JUN - 22 JULAI.

Berikut adalah ciri2 lelaki tersebut...

1. Penuh dengan elemen sensitif
2. Sentiasa berubah mood dan emosi
3. jarang merebut apa yang diingini tetapi menunggu masa dan peluang yg sesuai. Bila dah dapat memang takkan lepas punye.
4. Tak boleh terima rejection dan sentiasa fikir apa yg orang lain pikir pasal dia.
5. sangat kreatif dan imaginatif.
6. Boleh jadi kelakar, kemudian senyap dan terus bersedih.
7. Rumah umpama sarang yang selamat baginya apabila bersedih dan kecewa.
8. Duit umpama faktor keselamatan.
9. Orangnya jimat tetapi bukan kedekut.
10. Perempuan yang sukakan cabaran, lelaki Cancer adalah pilihan anda!
11. Kekalahan takde dalam kamus hidup.
12. Sangat mudah untuk wanita jatuh cinta dengan lelaki Cancer kerana mereka bersikap menghormati dan gentleman.
13. Bersikap pelindung kepada pasangan.
14. Tidak ramai wanita yang berjaya memenangi hati lelaki Cancer.
15. Lelaki penakluk. Jika bersamanya jangan cakap pasal lelaki lain pasal dia akan rasa sangsi dan tidak selesa serta kurang yakin dengan dirinya.
16. Selalu terfikir tentang pasangan.
17. Seorang lelaki yang pemalu tetapi konsisten dalam perhubungan.
18. Lelaki Cancer suka wanita yang melindungi, ceria,cergas, yakin dan dalam masa sama beretika dan bersesuaian dengan suasana.

Yang bawah ni panjang sket dan PENTING!

19. Untuk perhubungan pada peringkat permulaan, akan dipenuhi dengan detik-detik manis tetapi itu semua tidak akan kekal lama! Jadi kepada wanita, jangan biarkan peluang tu wujud dgn menjadikan diri anda sentiasa hebat. Selalulah menjadi pendorong dan sekali sekala berikan pujian.
20. Tidak seperti zodiak lain, jika sang Cancer naik angin, maka lebih baik pasangan beredar. Berilah masa untuk dirinya sendiri menenangkan keadaan. Namun memberikan sentuhan pada bahu dan sedikit ekspresi muka sudah memadai.
21. Lelaki Cancer akan terarah keibunya! Jadi kepada pasangan, jadilah juga kegemaran ibunya!

Hahaha..so sudah tereveal rahsia2 ciri2 lelaki Cancer...penat aku taip..panjang benor...so guys! Renung2kan dan selamat beramal! :p

DARTH VADER VS THE PUNISHER

Korang mesti selalu dengar pasal Alien VS Predator kan? Siap ada part 1 and part 2 lagi. Freddy VS Jason pun ada gak...ape lagi tajuk movie yang ada versus versus ni. Cuma kat sini aku nak share satu lagi movie underground iaitu DARTH VADER VS THE PUNISHER. Sila lihat antara picture yang berjaya diloloskan daripada pihak penerbit filem.


Terbaik bukan? atau korang dah terberak?

ANTARA EMULSIFIER, COKLAT IMPORT DAN BABI

Maka tersebutlah kisah, beberapa orang remaja sedang berjalan-jalan di salah satu kota terindah di dunia dan terletak di Eropah. Sedang mereka asyik berjalan-jalan di negara orang, lalu mereka terserempak dengan sebuah kedai yang banyak menjual coklat-coklat yang kelihatan sangat lazat dan menarik.

Tanpa berfikir panjang, mereka masuk ke kedai tersebut dan melihat mana-mana coklat yang boleh dibeli....akhirnya mereka berjaya menemui coklat yang disukai dan membelinya. Dengan cepat mereka membuka bungkusan coklat tersebut dan memakannya. Sedap plus manis plus rasa semacam pada cecair yang terdapat di dalam coklat tersebut.....rasa semacam???

Terdapat seorang diantara mereka merupakan orang cina dan selepas memakan coklat tersebut beliau mendapati dan dapat merasakan bahawa cecair di dalam coklat itu adalah arak! Lalu semua remaja itu yang semuanya beragama Islam terus meludah2 uwek uwek kan coklat itu.

Jadi disini, ingin aku sampaikan bahawa pastikan betul2 sesuatu makanan itu boleh dimakan atau tidak. Mungkin budak2 remaja diatas tidak perasan akan perkara ini namun dengan cara memastikan apa makanan yang akan ditelan itu adalah sangat penting.

Okey, tadi tu baru mukadimah. Skang ni hari ni, ada cerita baru bahawa hampir kebanyakkan coklat2 yang diimport dari negara luar adalah berunsurkan emulsifier atau agen penambah perisa,agen pewarna dan agen pemudah penyebatian yang mengilatkan coklat supaya nampak mahal adalah daripada lemak babi. Kenapa lemak babi?

Kerana babi merupakan antara ternakan yang paling banyak diusahakan di eropah seperti di Jerman, France dan Denmark. Babi juga mempunyai lemak sebanyak 70% daripada keseluruhan isi kandungan badannnye. Oleh sebab itu, penggunaan lemak babi adalah lebih meluas berbanding lemak lembu atau daripada unsur tumbuhan yang penggunaannya sangat kecil berbanding lemak babi.

Jadi, sila hati-hati dalam membeli dan memakan. Jangan terpedaya dek kecantikan luaran coklat tersebut dan apabila dimakan rupanya ia terdiri daripada lemak babi dan arak.

Renung2kan dan selamat beramal! :D

PENAT DOHH PRAKTIKAL!!

sejak bermenjak ni...macam-macam ragam membe2 aku yang buat praktikal skang ni. Ada yang buat "site visit" ke GSC kat Midvalley, ada yang siap buat "discussion" kat Red Box entah mana tah...semuanya cam menarik je bunyi dia..hahaha

Aku juga tak kurang busynye...dalam 100% kegiatan praktikal aku setiap hari.....aku elaboratekan seperti dibawah....

40% = Rounding sekitar site project untuk tgk progress pembinaan.

3% = minum air mineral yang diprovidekan di tapak projek (PENTING!!)

7% = borak-borak dan tanya-tanya ngan pekerja2 indon

10% = borak-borak dan tanya-tanya dengan supervisors aku.

20% = keluar buat hal lain (buat part time business, kerja parti time ngan Aviation Management Center buat modul, research untuk FYP)

15% = melepak dalam kabin di tapak projek

5% = mengular dalam site project..huhu (Nak tau apa yang aku buat???) lihat dibawah....



huhuhaha...


THE END..

MEMIKIRKAN MASA DEPAN : CABARAN PALING HEBAT MASA KINI

Hari ni kebanyakkan rakan-rakan di UNITEN telah berjaya menamatkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Aku plak? Insya-Allah hujung tahun ni giliran aku pulak untuk menamatkan zaman universiti aku dan seterusnya memasuki alam yang penuh pancaroba yang sentiasa menantikan kehadiran aku. Sebelum terlambat, aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menghabiskan zaman universiti korang di UNITEN dalam masa terdekat ni. Harap-harap korang semua akan success apabila dah menempuh alam pekerjaan nanti.

Ok. Mukadimah dah setel. Skang ni apa yang aku cuba nak sampaikan ialah "Memikirkan masa depan adalah cabaran masa kini". Maksudnya, skarang kita akan habiskan zaman belajar di universiti, namun apa yang pasti, kita perlu set kan matlamat untuk masa depan kita supaya kita sentiasa on track dan tak bersepah-sepah nanti. Masa depan yang penuh dengan cabaran. Adakah anda mahu mendapatkan title Ir yang merupakan antara kejayaan tersohor seorang jurutera berbanding mendapatkan PHD atau stakat amik Master je? Apa yang susah nya adalah, bagaimana untuk memikirkan apa yang terbaik untuk masa depan kita. Itu merupakan cabaran pertama sejurus selepas kita menamatkan university life kita. Semuanya kadang2 bergantung pada minat, kejayaan tertinggi yang kita nak, impian, kebahagiaan, pengalaman dan pelbagai lagi. Aku tak rasa kita boleh dapat semua itu dalam hidup ni kalau kita tak sanggup untuk berdepan dengan cabaran semua itu. Tapi itulah masalah manusia. masalah aku....

Aku mahukan kejayaan seperti memperoleh gelaran Ir, mendapatkan MBA, ingin menjadi jurutera yang berjaya dalam business, memajukan syarikat keluarga aku sampai leh challenge Sime Darby. Tapi mampukah aku mendapat semua itu? kadang2 dengan keadaan CGPA aku yang sederhana buat aku terfikir mampukah aku hadapi semua itu. Perlukah aku mendapatkan kerja dengan consultant atau kerja dengan syarikat-syarikat besar cam Sime Darby ke ape ke untuk dapatkan pengalaman? Mana lebih bagus? Banyak orang kata yang terbaik untuk fresh graduate engineering is bekerja ngan consultant tapi aku layak ke ngan CGPA aku tu? Aku pening....

Aku juga nak kejar MBA pasal aku nak dual kan academic achievement aku tapi dengan CGPA yang tak seberapa tu mampukah aku mencapai apa yang aku nak seperti nak melanjutkan pelajaran dalam MBA? Boleh ke aku pursue MBA?? Masih ada peluangkah aku? Siap plan nak study oversea lagi. Aku memang nak study oversea tapi kadang-kadang bila aku rasa kurang yakin dengan kemampuan aku buatkan aku cube nak menafikan semua kemahuan aku itu.

Tapi Allah itu maha berkuasa, manusia hanya merancang dan yang menentukan hanya lah Dia. Mungkin aku harus berfikir begini...dalam hidup ni mungkin kita banyak merancang tapi tak semuanya flow bagus..mesti ada ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah. So aku hanya berfikir yang aku perlu berani sahut semua cabaran yang mendatang, have faith in myself because if I dont then who else will? If I dont have confident then who else can give it to me?

THE MOST IMPORTANT IS...WE MUST HAVE FAITH IN OURSELVES. Dengan faith tu, walaupun cabaran banyak di masa depan, kita mampu cope dengan semua itu dan berusaha dengan gigih. Harus terima setiap ujian yang mendatang dan berdoa yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang.


IF WE WANT HAPPINESS...WE HAVE TO PURSUE IT...NO SHORTCUT



Apakata anda?

KEPADA PELAJAR UNITEN: INGIN MENJADI AMBASSADOR MAXIS DI UNITEN???

Disini aku nak buat sedikit announcement...kepada mana-mana pelajar Uniten yang hendak menjadi AMBASSADOR atau DUTA syarikat telco terbesar di Malaysia iaitu MAXIS di UNITEN, anda boleh lah memberikan nama penuh anda dan gambar passport kepada aku sebelum Ahad bersamaan dengan 19 APRIL 2009.

Apakah kebaikan menjadi DUTA MAXIS di UNITEN?

- Anda akan diberikan simcard HOTLINK percuma!!
- Anda juga akan diberikan top-up oleh MAXIS!!


Apakah yang anda perlu buat bila dah jadi ambassador MAXIS di UNITEN??

- Kemungkinan wajah anda akan disiarkan di iklan-iklan Maxis samada di surat khabar mahupun iklan di dalam UNITEN! Tunggu apa strategi Maxis untuk korang!

Tapi yang penting, korang tak payah risau pasal MAXIS takkan suruh korang buat benda merepek2....hehehe...mungkin tayang muka aja!

So apa tunggu lagi! Ni masa untuk korang jadi feymes! Ambassador tu!!

Kalau boleh spread kan perkara ni kat rakan-rakan UNITEN korang tau! Kita sama-sama tolong k!

sapa cepat dia dapat pasal aku nak 5 orang sahaja!!!!!!

YA 5 ORANG SAHAJA!!

cepat!! contact aku atau email ke aku at seal_socom@yahoo.co.uk!




**Hasil kerjasama EXCO PERHUBUNGAN AWAM MPP UNITEN & JABATAN HAL EHWAL AWAM UNITEN

PERFUME TERHANGAT MASAKINI!! SEMUANYA TERBAIK DENGAN ONE DROP PERFUME!

I WANT A FAT BABE!!

Korang jangan terkejut lepas baca tajuk post gua kali ni. Itu bukan apa yang gua nak tapi itu apa yang gua nak tunjuk kat lu semua. Kepada insan yang dicintai dan jauh nun di Ireland sana, ini hanya tajuk video semata-mata ye..hehehe.

Masa gua godek2 konon nak tengok video2 kelakar dalam youtube, skali gua nampak video ni. Apa lagi...layan la beb!


Related Posts with Thumbnails