Salam rakan-rakan pembaca sekalian. Saya ingatkan nak menaip dalam bahasa inggeris mengenai isu ini supaya satu dunia boleh tahu. Tapi memandangkan otak saya pun dah letih nak 'translate' , jadi taip sahajalah dalam bahasa ibunda.
Otak penulis sebenarnya bukan letih pasal apa, cumanya tadi penulis terpaksa beratur panjang membawa kereta kesayangan penulis si Proton Iswara tu mendaki Bukit Antarabangsa untuk mengisi minyak di stesen Petronas atas bukit itu. Saya terpaksa menghabiskan selama 2 jam mendaki memandangkan kereta-kereta yang lain bergerak tersangatlah perlahan.
Namun, saya rasa bersyukur bahawa masih sempat untuk menikmati harga petrol RM1.92 seliter sebelum harganya dilonjakkan ke paras RM2.70 seliter bermula pada pukul 12 malam tadi. Itupun hanya beberapa minit sahaja sebelum menjelang 12 malam tadi. Selepas membuat perkiraan, kemungkinan penulis terpaksa membayar sebanyak RM100.00 pada masa akan datang untuk memenuhkan tangki minyak kereta penulis berbanding dengan harga sebelumnya RM75.00. Penulis sedang mempertimbangkan untuk berjalan kaki sahaja selepas ini. =8p
Semua ini bermula setelah pengumuman di buat oleh Pak Lah yang menyatakan harga petrol dan diesel dinaikan sebanyak 78 sen seliter bagi petrol dan RM1.00 untuk diesel. Namun kononnya kerajaan cuba untuk mengurangkan beban rakyat terutama yang berpendapatan rendah dengan memberi duit secara wang pos setiap tahun bagi setiap kenderaan kurang daripada 2000 cc sebanyak RM625. Untuk mat motor yang mempunyai motor dengan kurang 250 cc juga dapat RM150. Ada beberapa lagi pelan penstrukturan semula yang dilaksanakan oleh kerajaan dan anda boleh lihat sendiri di akhbar-akhbar utama. Apa pula pendapat anda? Fikir-fikirkanlah. Mampukah percaturan kerajaan yang tinggi risikonya ini membantu rakyat seperti mana yang dikatakan iaitu untuk memperjuangkan nasib rakyat?
0 comments:
Post a Comment