CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

NILAI SUBSIDI PETROL MALAYSIA = HARGA PETROL NEGARA PENGELUAR MINYAK YANG LAIN

Salam pembaca semua! Baru-baru ini saya ada terbaca mengenai perbandingan harga-harga petrol dibeberapa negara pengeluar minyak yang lain seperti di Arab Saudi, Venezuela dan Nigeria dengan harga di Malaysia yang juga negara pengeluar minyak dunia. Saya berasa amat marah dan seperti ditipu bulat-bulat apabila perbandingan harga petrol tersebut sangatlah diluar jangkaan. Anda boleh lihat sendiri dan bandingkan pada gambarajah yang disediakan.

Rakyat di 8 negara pengeluar minyak dunia dapat menikmati harga petrol dibawah paras RM1.oo seliter manakala 2 lagi negara hanya mengenakan RM1.03 dan RM1.19. Bagaimana dengan rakyat di Malaysia? Harga petrol yang mencecah sehingga RM2.70 seliter merupakan satu nilai yang sangat tidak masuk akal. Dahla naiknya terus sehingga 78 sen seliter (Paling tinggi dalam sejarah). Mahalnya berkali ganda berbanding dengan harga petrol negara pengeluar minyak yang lain pula. Nilai subsidi petrol di Malaysia sama dengan harga petrol seliter di beberapa negara lain. Betulkah kita ini hidup dinegara pengeluar minyak? Janganlah dibandingkan dengan Singapura dan Thailand. Siapalah mereka tu? Mereka adalah negara pengimport minyak. Kenyataan yang membandingkan kita dengan Singapura dan Thailand juga amat menunjukkan kurangnya rasional orang yang berkata-kata itu.

Walaupun rebet tunai diberikan tetapi mampukah rebet itu membantu rakyat? Rakyat yang bodoh sahaja yang suka dengan kenaikan harga minyak dan mekanisma baru yang diperkenalkan. Adakah ini adil? Dimana keadilannya? Dimana perginya manifesto "MEMBELA NASIB RAKYAT" yang diperkenalkan? Dimana perginya duit berbillion yang dikecapi Petronas selama kini? Janganlah asyik membebel untuk berfikir kesenangan generasi akan datang. Sepatutnya rakyat yang hidup sekarang ini diberi pembelaan dan anda kena ingat, tanpa rakyat sekarang ini siapalah rakyat digenerasi akan datang. Tak paham? pikir sendiri.

Penulis bengkek
Edisi Khas Luahan Perasaan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails