CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

KESELESAAN MENONTONG WAYANG BERTARAF 5 BINTANG

Salam pembaca semua! Sesudah hampir 8 hari saya tidak mengemaskinikan blog ini akibat kepenatan dan sebagainya akhirnya hari ini saya menggagahkan juga diri ini untuk "posting" isu baru. Baru sahaja tadi saya membaca surat khabar online dan ternampak tajuk "Menonton wayang seperti dirumah" dalam akhbar Berita Harian, online punya pasal percuma..haha.


Dalam petikan itu mengatakan bahawa anda semua kini boleh menikmati layanan dan keselesaan menonton wayang sebagaimana anda menonton di rumah anda. Anda boleh duduk di kerusi sofa yang empuk dan boleh diselaraskan sehingga 140 darjah ataupun dengan kata lain layak untuk menjadi katil anda..huhu. Semua ini boleh dinikmati di Cathay Cineplexes melalui "Platinum Movie Suites" dan hanya terdapat 2 sahaja dewan yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu dewan 11 dan 12.

Jika anda ingin membeli popcorn atau apa sahaja, anda hanya perlu menekan satu punat yang akan memanggil pelayan yang akan melayan anda dengan mesranya. Anda juga boleh melayari internet melalui perkhidmatan WiFi yang disediakan dan duduk dikerusi urut Ogawa yg disediakan dan terdapat empat kerusi urut didalam sebuah dewan. Siapa yang nak main X Box pun ada!

Semua ini boleh dinikmati dengan harga tiket RM25 pada waktu bukan puncak dan RM40 pada waktu puncak (Cuti umum, Sabtu & Ahad, Selepas waktu bekerja). Tiket boleh dibeli secara tempahan atau datang sendiri kalau rajin.

2 comments:

yey!ade orang nak belanja saye tgk wayang kat sini...hehehheheheheh

 

weeekkk....sape tah nak belanja dia..=P

 
Related Posts with Thumbnails