Hello pembaca semua! Hari ini merupakan hari yang amat bermakna bagi sekalian tenaga pengajar yang selama ini bertungkus lumus dan bersusah payah dalam membentuk satu masyarakat yang harmoni dan mangamalkan budaya yang baik dan moral tinggi. Selamat hari guru diucapkan kepada semua tenaga pengajar di seluruh Malaysia terutama yang pernah mengajar saya sewaktu saya belajar di Tadika Wirawati, SRK Taman Melawati, SRK Taman Melawati 2, SMK Taman Melawati, Maktab Tentera Diraja dan Uniten. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru saya kerana tanpa mereka siapalah saya sekarang. Mereka banyak memberikan sumber inspirasi, motivasi, semangat dan ilmu yang berguna kepada saya.
Oleh itu, saya ingin menceritakan sedikit sebanyak apa yang telah saya dengari sewaktu menghadiri Khutbah Jumaat di Masjid MMU, Cyberjaya petang tadi. Tajuk khutbah pada hari ini saya kurang pasti tetapi apa yang cuba dinyatakan adalah masyarakat perlu menerapkan budaya yang baik dan moral yang membina hasil pengajaran para pendidik yang merangkumi semua termasuk guru-guru, pensyarah dan tidak lupa para pendakwah yang sentiasa menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat.
Manusia sememangnya mudah terpedaya dengan hasutan syaitan dan itulah antara kelemahan paling ketara manusia. Oleh itu, betulah apa yang dikatakan oleh Khatib iaitu "meruntuh lebih mudah daripada membina". Walaupun kadang kala manusia sedar akan tanggungjawab sebagai umat islam namun manusia juga mudah leka dengan sifat duniawi di samping dorongan kearah kejahatan oleh syaitan. Oleh itu, sebagai seorang islam, kita seharusnya cuba mengawal diri kita dan amalkan pengajaran berguna yang telah diterapkan oleh sekalian para pendidik selama kita hidup ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
5 things I learn from the suffering of my Start-up
-
L'adorn circa 2014
I love being in Malaysia. It feels home although my home currently is in
the UK, Malaysia still have that home feeling to me especiall...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment