CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

ANTARA EMULSIFIER, COKLAT IMPORT DAN BABI

Maka tersebutlah kisah, beberapa orang remaja sedang berjalan-jalan di salah satu kota terindah di dunia dan terletak di Eropah. Sedang mereka asyik berjalan-jalan di negara orang, lalu mereka terserempak dengan sebuah kedai yang banyak menjual coklat-coklat yang kelihatan sangat lazat dan menarik.

Tanpa berfikir panjang, mereka masuk ke kedai tersebut dan melihat mana-mana coklat yang boleh dibeli....akhirnya mereka berjaya menemui coklat yang disukai dan membelinya. Dengan cepat mereka membuka bungkusan coklat tersebut dan memakannya. Sedap plus manis plus rasa semacam pada cecair yang terdapat di dalam coklat tersebut.....rasa semacam???

Terdapat seorang diantara mereka merupakan orang cina dan selepas memakan coklat tersebut beliau mendapati dan dapat merasakan bahawa cecair di dalam coklat itu adalah arak! Lalu semua remaja itu yang semuanya beragama Islam terus meludah2 uwek uwek kan coklat itu.

Jadi disini, ingin aku sampaikan bahawa pastikan betul2 sesuatu makanan itu boleh dimakan atau tidak. Mungkin budak2 remaja diatas tidak perasan akan perkara ini namun dengan cara memastikan apa makanan yang akan ditelan itu adalah sangat penting.

Okey, tadi tu baru mukadimah. Skang ni hari ni, ada cerita baru bahawa hampir kebanyakkan coklat2 yang diimport dari negara luar adalah berunsurkan emulsifier atau agen penambah perisa,agen pewarna dan agen pemudah penyebatian yang mengilatkan coklat supaya nampak mahal adalah daripada lemak babi. Kenapa lemak babi?

Kerana babi merupakan antara ternakan yang paling banyak diusahakan di eropah seperti di Jerman, France dan Denmark. Babi juga mempunyai lemak sebanyak 70% daripada keseluruhan isi kandungan badannnye. Oleh sebab itu, penggunaan lemak babi adalah lebih meluas berbanding lemak lembu atau daripada unsur tumbuhan yang penggunaannya sangat kecil berbanding lemak babi.

Jadi, sila hati-hati dalam membeli dan memakan. Jangan terpedaya dek kecantikan luaran coklat tersebut dan apabila dimakan rupanya ia terdiri daripada lemak babi dan arak.

Renung2kan dan selamat beramal! :D

0 comments:

Related Posts with Thumbnails