Mungkin lepas korang baca title kat atas tu korang pikir aku semakin dewasa. Memang aku dah dewasa dan akan menjadi lebih dewasa selari dengan peningkatan umur ku yang tahun ini bakal mencecah 23 tahun.
Namun, apa yang aku nak sampaikan adalah pasal HIDUP ku dan pasal bukan DIRI ku. "Diriku semakin dewasa" adalah berkaitan dengan faktor umur tetapi "hidupku semakin dewasa" adalah mengenai kehidupanku yang semakin menampakkan perbezaan dari segi pengalaman dan faktor pemandangan.
Tahun ni aku merupakan pelajar tahun akhir kejuruteraan awam di UNITEN dan aku hanya tinggal 1 semester sahaja lagi sebelum menamatkan pengajian di UNITEN sambil menggenggam segulung ijazah sebagai 'reward' atau pun kemuncak kejayaan seorang mahasiswa yang telah menamatkan program ijazahnya...insyaAllah
Dulu aku bermula daripada seorang yang tidak tahu berjalan, seorang yang tidak tahu membaca, seorang yang tidak kenal erti kehidupan...sehinggalah aku mendapat pendidikan yang hebat daripada kedua ibu dah papa serta sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan bakal mengharungi dunia yang penuh cabaran dan dugaan apabila akan memasuki dunia pekerjaan dan berkeluarga dan disinilah bermulanya kehidupan berdikari yang diajar sedikit demi sedikit ketika muda remaja.
Aku berharap agar segala impian aku tercapai dalam hidup ini kerana hidup hanya sekali dan aku memohon kepada yang berkuasa agar aku diberikan kekuatan untuk menepuh segala cabaran yang mendatang...
AMIN..
5 things I learn from the suffering of my Start-up
-
L'adorn circa 2014
I love being in Malaysia. It feels home although my home currently is in
the UK, Malaysia still have that home feeling to me especiall...
8 years ago
4 comments:
alhamdulillah...
bgsla ko dh jd mcm tue...
=)
Jom belajar rajin.Next sem,kite bole gi holiday ramai2.
amin...:)
@arres: hihihi..
@K.I.T.A: Jom2..next sem kita pi holiday satu kelas! WooOoOo~
@Naz: amin...:)
Post a Comment