CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

MOVIE REVIEW: KNOWING

Aku baru je pulang daripada menonton filem yang ditunggu-tunggu oleh aku sejak seminggu yang lalu. Namun disebabkan final exam yang menjadi perintang lalu aku hanya boleh menonton movie ini pada malam tadi selepas aku habis semua paper final exam aku.

Secara overall, plot atau jalan cerita filem ini amat menarik ditambahkan lagi dengan lakonan hebat abang Nicholas Cage (antara aktor kegemaran) dan juga CGI filem tersebut yang amat hebat terutama apabila cuba menghidupkan suasana kemalangan-kemalangan jiwa yang dahsyat.


Suspen dan beremosi serta terdapat babak sedih dan menakutkan juga berjaya ditonjolkan oleh para pelakon! Syabas diucapan!

Aku dah habiskan RM10 tengok filem ni dan aku rasa amat berbaloi ditambah lagi dengan keperluan hiburan dalam diri yang sudah kekeringan akibat terlalu fokus pada pelajaran sejak bermenjak yang lampau (bunyi cam dah lama sangat je la plak).

Anyway, aku recommend anda-anda di luar sana untuk menonton filem ini. Salah satu plot jalan cerita yang terakhir kelihatan kurang berkesan dan dah macam tengok cerita StarWars dah.

Namun, saksikanlah movie ini!


Rating

4 Stars!

Related Posts with Thumbnails