CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

RAHSIA LELAKI WARGA CANCER TERBONGKAR!!

Hari jadi aku mungkin lambat lagi....angka keramat yang menghiasi tarikh tersohor zaman ini kerana seorang bayi lelaki yang comel dan bergaya (pehh..baby pun bergaya) dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta.

7 JULAI 1986....angka keramat yang ingin dinyatakan adalah 7...7 adalah my lucky number! Siapa yang tak kenal kehebatan pemilik nombor 7 ni...nama2 besar seperti Cristiano Ronaldo, David Beckham, Cantona, 7 Wonders, 7 continentals, 7 Seas....sume 7...manada 8 ke, 9 ke, 3 ke...hahaha...dengan nama seperti Muazan Mohsin lagi..hahaha..

Okeh, mukadimah dah setel. Skang ni aku nak dedahkan rahsia ciri-ciri lelaki Cancer..bukan penyakit tu! lelaki yang lahir diantara 22 JUN - 22 JULAI.

Berikut adalah ciri2 lelaki tersebut...

1. Penuh dengan elemen sensitif
2. Sentiasa berubah mood dan emosi
3. jarang merebut apa yang diingini tetapi menunggu masa dan peluang yg sesuai. Bila dah dapat memang takkan lepas punye.
4. Tak boleh terima rejection dan sentiasa fikir apa yg orang lain pikir pasal dia.
5. sangat kreatif dan imaginatif.
6. Boleh jadi kelakar, kemudian senyap dan terus bersedih.
7. Rumah umpama sarang yang selamat baginya apabila bersedih dan kecewa.
8. Duit umpama faktor keselamatan.
9. Orangnya jimat tetapi bukan kedekut.
10. Perempuan yang sukakan cabaran, lelaki Cancer adalah pilihan anda!
11. Kekalahan takde dalam kamus hidup.
12. Sangat mudah untuk wanita jatuh cinta dengan lelaki Cancer kerana mereka bersikap menghormati dan gentleman.
13. Bersikap pelindung kepada pasangan.
14. Tidak ramai wanita yang berjaya memenangi hati lelaki Cancer.
15. Lelaki penakluk. Jika bersamanya jangan cakap pasal lelaki lain pasal dia akan rasa sangsi dan tidak selesa serta kurang yakin dengan dirinya.
16. Selalu terfikir tentang pasangan.
17. Seorang lelaki yang pemalu tetapi konsisten dalam perhubungan.
18. Lelaki Cancer suka wanita yang melindungi, ceria,cergas, yakin dan dalam masa sama beretika dan bersesuaian dengan suasana.

Yang bawah ni panjang sket dan PENTING!

19. Untuk perhubungan pada peringkat permulaan, akan dipenuhi dengan detik-detik manis tetapi itu semua tidak akan kekal lama! Jadi kepada wanita, jangan biarkan peluang tu wujud dgn menjadikan diri anda sentiasa hebat. Selalulah menjadi pendorong dan sekali sekala berikan pujian.
20. Tidak seperti zodiak lain, jika sang Cancer naik angin, maka lebih baik pasangan beredar. Berilah masa untuk dirinya sendiri menenangkan keadaan. Namun memberikan sentuhan pada bahu dan sedikit ekspresi muka sudah memadai.
21. Lelaki Cancer akan terarah keibunya! Jadi kepada pasangan, jadilah juga kegemaran ibunya!

Hahaha..so sudah tereveal rahsia2 ciri2 lelaki Cancer...penat aku taip..panjang benor...so guys! Renung2kan dan selamat beramal! :p

2 comments:

@Arres: apa plak bidaah...ko ape tau...ni sume kajian...Dr Fadzillah Kamsah pun ada buat research pasal mende ni...ni bukannye horoskop. huahuahua...

 
Related Posts with Thumbnails