CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

1ST DAY FINAL EXAM: HIGHWAY & TRANSPORTATION ENGINEERING (PREPARATION AKU)

Sekarang dah masuk pukul 3 pagi. Aku baru pulang dari menuntut ilmu bersama rakan-rakan seperjuangan di Uniten untuk fasa pertama (pukul 9.45pm - 12.30am) dan fasa kedua (pukul 12.45am - 3.00am) di Restoran Yus sambil makan lempeng cicah kuah sardin...sedaaapppp~


Pada sesi kali ini, kami (Aku, Ad, Sob dan Amar) telah menfokuskan 100% pada paper yang akan kami tempuhi esok iaitu Highway & Transportation Engineering. 

Otak seperti sudah tepu kerana cuba anda bayangkan, subjek yang diajar selama 4 bulan dengan nota yang sangat tebal dan menakutkan, aku berjaya revise semua dengan jayanya selama 3 hari saja (Yg efisien). So otak aku boleh dikatakan tepu la jugak.

So lepas ni aku nak solat Isyak, Solat hajat, bercanda bersama orang tersayang dan akhir sekali...

TIDO...

Mari kita mulakan dengan langkah kanan!

Doakan aku dan rakan-rakan berjaya!

AMIN..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails