CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

PAGI YANG INDAH DISERTAI DENGAN HUJAN YANG MENDAMAIKAN

Sewaktu mimpiku memasuki scene yang terakhir dimana aku memegang tangan bidadari ku yang berwajahkan si 'Dia' dan berjalan-jalan entah dimana, aku mula merasakan kesejukan disertai dengan bunyi titisan air hujan yang mendamaikan.

Udara yang dihirup amat menyegarkan disamping angin sepoi-sepoi bahasa. Aku mula merasakan kedamaian kehidupan ini apabila diiringi oleh kejadian semulajadi yang diciptakan tuhan untuk hambanya. Setiap ciptaannya itu ada kegunaannya dan setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Apabila kesejukkan mula menunjukkan kerakusannya sehingga menyebabkan aku menggigil, lantas aku membuka mata ku dan aku dapati aku berada didalam kamar tidur ku yang hanya diterangi oleh sedikit cahaya pagi kerana langsir bilik masih belum terbuka.

Kedengaran diluar bunyi titisan air hujan yang turun rintik-rintik dan kadang-kala lebat. Memang mendamaikan....


Ooohhh...sedapnya tidoooo~

3 comments:

mmg masyukkk!!!
tue yg sampai bgn dh tengahari tue...

 

wah, mesti best tido... huhuhuu

 

@arres: WoOoO~ sedap siak tido~

@al-gspch: Pehh..susah siak nak sebut nama lu tu al-gspspdsd..hahaha...weh, lu UITM mane ek?? nanti leh kite tingkatkan hubungan dua hala..haha X)

 
Related Posts with Thumbnails