CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

PEROKOK = LEMBU : KENYATAAN TOK GURU NIK AZIZ NIK MAT

Selepas aku membelek-belek blog rakan-rakan seperjuangan aku, aku pun terus meng'click' website Berita Harian, antara sumber berita elektronik aku kat internet ni. Selepas mata aku meliar mencari tajuk-tajuk best selain politik dan perang, aku pun ternampak tajuk berita yang hot ini...




Perkara ini telah menarik perhatian aku untuk membaca isi kandungannya dengan lebih mendalam...berikut adalah isi kandungan bertia tersebut...

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. 

Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. 

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). 

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. 

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.


Secara peribadi, aku rasa merokok itu jugak tidak elok untuk kesihatan namun masing-masing ada pendapat masing-masing...


jadi apakah perspektif pandangan anda?? Mari BERFORUM & BERDIALOG....

12 comments:

adakah aku dan BudakPanjang dikategorikan sbg lembu???

gua agak bersetuju...tp nk wat cemane...

dh jd perokok tegar...dan hanya rokok jer yg boleh melenyapkan kesedihan gua...

 

btul manusia ade akal dan fikiran utk fikir yang merokok tu xelok utk kesihatan. tp itulah manusia mendengar kata nafsu daripada fikiran sbb tu even tho da diberi amaran kt kotak rokok mahupon kempen2 tak nak rokok, mereka masih merokok sbb rokok itu nikmat. biarlah nnt mereka akn menghidap kanser, biarlah nnt ade janin keguguran yg penting nafsu merokok mesti dipuaskan..jika manusia itu sayangkan diri sendiri atau pon sayangkan rakan2 di sekitarnya, pasti kesedaran utk merokok itu akn berhenti. ape2 pon tepuk dada tanya paru2. just my 2 cents~

 

@arres: Hohoho..nafsu lu kuat siak...XP..walau apa pun aku tetap berharap benda2 yang baik je yang akan terjadi kat semua sahabat aku...:D

@Anonymous: Aku setuju jugak dengan pendapat ko...good opinion by the way. ;D Teruskan mencurahkan idea!

 

tibe2 hr ini rajin mengomen..hehe sbb aku xsuke org merokok..oh2 lebih2 lg tibe2 aku terlibat jd 2nd hand smoker. hmm ade care lain kot utk ilangkn kesedihan xsemestinya dgn rokok, cume kna fikir dgn akal bukan dgn hati. ;)

 

aku sokong betul kalau semua orang benti rokok.Come on..jgn jadi lem..Terlalu banyak experience orang sekeliling aku mati sebab rokok nih.

 

@Anonymous: Aku bukan tak suka orang yang merokok tapi aku tak suka dengan budaya orang merokok...tapi bile dah ikut nafsu manusia ni memang susah nak berubah kecuali jika mereka ada struggle nak berubah tapi tula..kalau dah nama manusia tu manusia jugak...hmmmm

@honey: Aku pun sokong agar orang2 ni berhenti merokok..aku sangat suka kalau kawan-kawan keliling aku yang dulunya merokok berhenti merokok..tapi aku percaya bahawa SEBUTAN BERHENTI MEROKOK adalah mudah berbanding dengan PERUBAHAN BERHENTI MEROKOK. Namun yang pasti, aku yakin jugak mana-mana girlfriend yang balak die merokok boleh la kasi support kat dorang agar berhenti merokok kerana orang yang tersayang ni kadang2 mampu memberikan impak yang sangat hebat! =D

 

hmmm...tula....bukan senang nak berenti merokok....sian jugak...tapi....para perokok pernah dgr nicotine patch tak?cube ah try bende tu dulu..insyallah boleh berlaku.kalau susah nak dapat kat malaysia..mari hamba belikan di ireland ini.teringat pulak adik sendiri yang jugak penghisap asap ini.kene belikan ni!

 

ahahahaha....
suke2...
sbb yg tersayangla aku jd heavy smoker skng nie...

 

@Naz: Haha..mungkin anda boleh berniaga di Malaysia..lepas tu belanja saya makan..muehehe

@Arres: Ape siak lu..Xp

 

semasa di negara org dulu, xramai aku tgk diorg ni merokok...rase selesa nk berjalan ke sane ke mari dan those yg smoke pulak respect dgn tanda no smoking..diorg retila xsmoke kt tempat no smoking..kagum..bile malaysia akan jadi macam tu?

 

manede..kat ireland ni....setiap lima langkah..mesti ade orang rokok....seperti duduk di negara asap..uhuk uhuk..tapi pasal tanda no smoking tu btol la kut~

 

oh ye ke..kat us xramai pon

 
Related Posts with Thumbnails