CLICK HERE!

CLICK HERE!
T-SHIRT SILKSCREEN PRINTING SERVICE

FINAL EXAM: KEGAGALAN ITU TANGGA KEJAYAAN

Selepas berhempas pulas sejak dua menjak ini untuk persediaan rapi menghadapi dua test 2 yang baru berlangsung petang tadi untuk subjek Highway & Transportation dan baru tadi untuk subjek Reinforced Concrete 2, saya masih merasakan bahawa persediaan sekarang masih belum cukup untuk melalui detik lebih mencabar hujung bulan ini iaitu final exam apabila saya masih merasakan bahawa saya gagal dalam mendapatkan keputusan terbaik untuk dua test tersebut.

Highway&Transportation rasanya boleh score namun Reinforced Concrete 2 macam haram je. Tapi perkara yang lepas itu perlu dilepaskan dan jangan dikenang sangat. Cukup hanya sekadar mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan berusaha dengan lebih gigih lagi dimasa hadapan.

Tapi apa kena dengan tajuk kat atas tu? Kegagalan tangga kejayaan? bukan usaha tangga kejayaan ke?

Jangan khuatir, kadang-kadang sesetengah perkara perlu di"adapt"kan mengikut kesesuaian kita. Bukan apa, ianya adalah untuk meningkatkan semangat yang kian pudar kepada api yang membara. Mungkin anda tidak pernah dengar quote ini yang datang daripada mulut pioneer antara syarikat komputer terbesar didunia iaitu En. Dell yang mengasaskan DELL . En. Dell pernah ditanya bagaimana cara untuk kita berjaya dan jawapan magik beliau adalah GANDAKAN KEGAGALAN ANDA!

Kenapa? Sekiranya diteliti dengan betul, memang betul apa yang dikatakan kerana KEGAGALAN juga dapat mengajar kita erti kejayaan. Janganlah bila En.Dell kata gandakan kegagalan pastu kita pun asyik gagal je dalam hidup. Bukan camtu, bila kita gagal, pastikan kita belajar daripada kesilapan dalam kegagalan tersebut dan ini akan buat kita lagi berjaya!

Janganlah bila dah gagal buat bodoh je...memang bodoh sampai ke mati la jawabnye.

WooOOoO~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails